PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2026 TAMPILKAN KEINDAHAN TARIAN KLASIK INDIA MENERUSI “RAMAYANAM: THE ETERNAL VICTORY OF DHARMA”

Released on: Wednesday, 24 Jun 2026 9:34AM

Table
Vehaara Arts tampil dengan persembahan tarian klasik sempena PST 'Ramayanam: The Eternal Victory of Dharma


KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) menganjurkan persembahan Tarian Klasik India, “Ramayanam: The Eternal Victory of Dharma” sempena program Panggung Seni Tradisional 2026 (PST2026) pada 26 dan 27 Jun 2026 di Dewan Tunku Abdul Rahman, MaTiC, Kuala Lumpur.
 
Persembahan “Ramayanam: The Eternal Victory of Dharma” merupakan sebuah drama tari Bharatanatyam yang mengetengahkan keagungan epik Ramayana menerusi gabungan gerak tari, muzik klasik India dan ekspresi dramatik. Karya ini bukan sahaja mempersembahkan keindahan seni klasik India, malah mengangkat nilai-nilai sejagat seperti kebenaran, kesetiaan, keberanian dan kemenangan.
 
Persembahan ini mengangkat epik agung Ramayana yang menyingkap perjalanan Dewa Rama, bermula dengan perkahwinannya bersama Dewi Sita, diikuti pengasingan di hutan, sehinggalah ke kemuncak pertempuran menentang Ravana. Pementasan terbitan Vehaara Arts ini turut menampilkan kekuatan seramai 80 orang penari serta tenaga produksi yang terdiri daripada penggiat seni dan para pelajar dari sekolah sekitar Lembah Klang.
 
Sejak penubuhannya pada tahun 2010, Vehaara Arts konsisten dalam memelihara dan memartabatkan khazanah tarian klasik India di Malaysia. Usaha berterusan ini dizahirkan menerusi pementasan PST “Ramayanam: The Eternal Victory of Dharma”, yang diterajui oleh Guru Shri Kunaratnam Velautham selaku Pengarah Artistik merangkap pengasas Vehaara Arts, manakala Nantha Kumar Ravie Chandran bertindak sebagai koreografer.
 
Penganjuran PST merupakan sebahagian daripada usaha kerjasama antara JKKN dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seni budaya dalam memperkukuh pemeliharaan serta kelestarian seni persembahan tradisional sebagai warisan budaya negara. Program ini turut menjadi platform bagi memperluaskan apresiasi masyarakat terhadap kepelbagaian seni dan budaya tradisional Malaysia serta menyokong usaha memartabatkan warisan budaya kebangsaan.
 
JKKN komited untuk terus memperkasa penganjuran program seni dan budaya yang inklusif agar warisan seni tradisional negara terus dipelihara, dipertahan dan diwariskan kepada generasi akan datang selaras dengan aspirasi pembinaan masyarakat berbudaya tinggi dan bersatu padu, selaras dengan Malaysia Madani.
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN iaitu mysenibudaya melalui pautan www.facebook.com/mysenibudaya.
 
Dikeluarkan Oleh:
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 03-2072 6431  Faks : 03-2070 4064
Website: www.jkkn.gov.my  E-mel: ukk@jkkn.gov.my
Platform Media Sosial Rasmi JKKN:
Facebook: @Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan @mysenibudaya
Instagram, Thread & You Tube: @mysenibudaya 

SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Shariza Isa 
Penolong Pengarah
JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 013-9391535
E-mel: shariza@jkkn.gov.my

Nama: Mohd Zulhafiz Mohd Noor 
Pegawai Kebudayaan 
JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel: 017-2533659
E-mel: zulhafiz@jkkn.gov.my

--BERNAMA
Back to Home