Kajian Boomi Dapati Organisasi APAC Berisiko Menjejaskan ROI AI Tanpa Asas Data yang Kukuh

Released on: Thursday, 18 Jun 2026 5:36PM

Table
Kajian Boomi Dapati Organisasi APAC Berisiko Menjejaskan ROI AI Tanpa Asas Data yang Kukuh

 Minat terhadap AI semakin meningkat di seluruh rantau ini, namun isu pemecahan data, kualiti data yang lemah dan jurang tadbir urus masih berterusan
 
SINGAPURA, 18 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi, syarikat pengaktifan data untuk AI, hari ini mengumumkan penyelidikan baharu yang ditauliahkan oleh Boomi dan dijalankan oleh Omdia, yang menunjukkan bahawa meskipun penggunaan kecerdasan buatan (AI) berkembang pesat di Asia Pasifik (APAC), sebilangan besar organisasi masih kekurangan seni bina data yang diperlukan untuk mencapai pulangan pelaburan (ROI) yang boleh diukur.

Tinjauan Omdia terhadap lebih 1,100 pembuat keputusan kanan teknologi dan perniagaan di Australia, New Zealand, Singapura, Malaysia dan Filipina mendapati bahawa 74% daripada mereka sudah melaksanakan inisiatif AI aktif. Sembilan daripada 10 responden percaya automasi yang didayakan AI akan membentuk semula proses perniagaan mereka secara ketara dalam tempoh dua hingga tiga tahun.

Walaupun momentum penggunaan semakin meningkat, hanya 46% ketika ini mempunyai pendekatan integrasi berteraskan platform, sekali gus menyerlahkan jurang yang semakin melebar antara cita-cita AI dan pelaksanaannya. Sementara itu, hampir satu perempat responden berkata mereka tidak dapat mengukur kejayaan inisiatif AI dengan berkesan, satu jurang kritikal ketika cuba menilai ROI.

“Organisasi APAC bergerak pantas dalam AI, namun penyelidikan ini menunjukkan bahawa banyak organisasi masih kelihatan menganggap AI sebagai lanjutan daripada perbelanjaan teknologi yang lebih luas, dan bukannya inisiatif transformasi perniagaan strategik,” kata David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi, APJ, Boomi. “Jurang antara penggunaan dan realisasi ROI berpunca daripada satu isu asas: asas data yang lemah. Tanpa rangka kerja integrasi, tadbir urus dan kualiti data yang disatukan, setiap inisiatif AI baharu menambah kerumitan dan bukannya nilai.”

Penyelidikan itu mendapati bahawa 89% responden sedang berusaha secara aktif untuk mengurangkan pertindihan alat dan teknologi, manakala 92% sudah menyatukan data, integrasi proses, pengurusan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) dan automasi.

Tadbir Urus Data sebagai Keutamaan Utama

Sementara itu, 94% organisasi APAC melihat integrasi, akses dan tadbir urus data sebagai keutamaan utama, manakala 93% percaya inisiatif AI akan meningkatkan tumpuan terhadap kualiti data dan dasar tadbir urus. Namun begitu, hanya separuh daripada responden mempunyai dasar tadbir urus data khusus AI secara rasmi, dan 81% berkata integrasi bayangan yang tidak diuruskan mengganggu kualiti data serta keyakinan terhadap data.

“Sembilan daripada 10 organisasi yang kami tinjau menyatakan tadbir urus sebagai keutamaan, tetapi hanya separuh mempunyai dasar rasmi,” kata Michael Barnes, Ketua Penganalisis, Enterprise IT Asia di Omdia. “Apabila pasukan membangunkan model AI berdasarkan data yang tidak dikawal sepenuhnya atau tidak diorkestrasikan merentas sistem, mereka kekurangan keterlihatan terhadap data yang memberi input kepada sistem tertentu. Jurang itu menjadi risiko perniagaan yang nyata.”

Kedaulatan data semakin muncul sebagai pertimbangan utama, dengan 76% firma menyuarakan kebimbangan mengenai keperluan residensi data. Bagaimanapun, hanya 24% berkata kebimbangan tersebut memberi kesan ketara terhadap strategi integrasi data atau AI mereka, menunjukkan bahawa banyak organisasi masih berada pada peringkat awal perancangan operasi.

Meningkatkan Skala untuk Kelebihan Daya Saing

“Kejayaan meningkatkan skala AI bergantung pada data yang dipercayai, saling terhubung dan ditadbir dengan baik. CIO dan pemimpin kanan IT semakin memberi tumpuan kepada usaha memudahkan persekitaran yang berpecah-pecah, meningkatkan kualiti data dan membina asas operasi yang diperlukan untuk menyokong AI pada skala perusahaan,” tambah Irecki.

“Kadar penggunaan AI yang kukuh di seluruh APAC diterajui oleh Malaysia pada 86% dan Singapura pada 78% menunjukkan bahawa organisasi kini bergerak melangkaui fasa percubaan kepada pelaksanaan, namun sudah tiba masanya untuk organisasi menyediakan asas data, keupayaan integrasi dan struktur tadbir urus yang betul.”

“Tanpa peralihan ini, organisasi berisiko mewujudkan aktiviti AI yang terpencil tanpa menghasilkan manfaat perniagaan yang boleh diukur. Tadbir urus, kualiti data dan pengukuran prestasi yang jelas ialah faktor yang mengubah pelaksanaan AI kepada nilai perniagaan yang mampan, sekali gus membolehkan organisasi menterjemahkan penggunaan AI kepada peningkatan produktiviti, kecekapan operasi dan kelebihan daya saing,” kata Irecki.

Muat turun laporan penuh, “Cita-cita AI Bertemu Realiti Data: Keutamaan dan Cabaran Teknologi APAC 2026 (AI Ambition Meets Data Reality: APAC Technology Priorities and Challenges 2026)”, di https://boomi.com/content/report/apac-tech-priorities-ai-2026/

Sumber Tambahan
Maklumat tentang Boomi

Boomi, syarikat pengaktifan data untuk AI, memperkasa perusahaan berasaskan ejen dengan menghidupkan data merentas seluruh perniagaan. Boomi Enterprise Platform merupakan asas data aktif yang menyediakan infrastruktur berasaskan ejen penting bagi memacu transformasi berasaskan ejen Dengan menyatukan reka bentuk dan tadbir urus ejen, pengurusan API dan MCP, integrasi dan automasi, serta pengurusan data ke dalam satu platform, Boomi membolehkan organisasi memanfaatkan kuasa AI melalui keterhubungan yang selamat dan berskala. Dipercayai oleh lebih 30,000 pelanggan dan disokong oleh rangkaian lebih 800 rakan kongsi, Boomi membantu organisasi daripada pelbagai saiz mencapai ketangkasan, kecekapan dan inovasi pada skala besar. Ketahui lebih lanjut di boomi.com.

© 2026 Boomi, LP. Boomi, logo “Boomi”, logo “B”, dan Boomiverse ialah tanda dagangan berdaftar Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutunya di Amerika Syarikat dan negara lain. Semua hak terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan milik pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260615391067/en

Hubungi

Hubungan Media:
Jasmine Ee
Komunikasi Global
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi

--BERNAMA

 
Back to Home