Education Trust Fund (ETF) telah melaburkan lebih daripada RM1.8 juta PETALING JAYA, 10 Jun (Bernama) -- KPMG di Malaysia terus memperkukuh komitmennya dalam membangunkan bakat masa hadapan dengan menganugerahkan biasiswa kepada 24 penerima menerusi
Young Star Scholarship Program. Dengan penerimaan bantuan kewangan antara RM8,000 hingga RM10,000, inisiatif ini mencerminkan dedikasi berterusan KPMG untuk memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi serta membangunkan bakat yang bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan, khususnya dalam kalangan komuniti B40 dan yang kurang berkemampuan.
Ditubuhkan pada tahun 2022, Young Star Scholarship Program merupakan sebahagian daripada inisiatif di bawah
KPMG Education Trust Fund (ETF). Program ini dilaksanakan seiring dengan
KPMG Young Spark Sponsorship, yang menyokong pelajar sekolah rendah dan menengah, serta
KPMG Young Excellence Sponsorship yang mengiktiraf anak-anak kakitangan KPMG di Malaysia atas pencapaian akademik mereka. Dana ETF ini disokong oleh komitmen berjumlah RM5 juta daripada Rakan Kongsi KPMG di Malaysia, dengan peruntukan RM500,000 disalurkan setiap tahun sepanjang tempoh 10 tahun.
Sejak penubuhannya, ETF telah menyokong 983 penerima manfaat dengan jumlah pelaburan melebihi RM1.8 juta. Ini termasuk RM682,000 yang disalurkan menerusi
Young Star Scholarship Program kepada 77 penerima biasiswa sepanjang tiga tahun lalu. Usaha ini adalah selaras dengan inisiatif KPMG di peringkat global iaitu 10by30, di mana ia menyasarkan impak positif kepada 10 juta belia daripada golongan komuniti yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah menjelang tahun 2030 melalui peluasan akses kepada pendidikan.
Foong Mun Kong, Rakan Kongsi Pengurusan KPMG di Malaysia, berkata: “Di KPMG, kami memahami bahawa generasi masa hadapan akan mengalami era transformasi pesat, termasuk kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) serta peningkatan kerumitan makroekonomi. Dalam konteks ini, kejayaan tidak lagi ditentukan oleh keupayaan untuk memiliki semua jawapan, tetapi oleh sifat adaptif, ketangkasan, dan pembelajaran berterusan. Young Star Scholarship Program mencerminkan pegangan ini. Ia bukan sahaja menyediakan akses kepada pendidikan tinggi, tetapi juga membina daya tahan serta keupayaan yang diperlukan oleh pelajar untuk berkembang dalam dunia yang sentiasa berubah.”
Selain sokongan kewangan untuk mendapatkan kelayakan profesional, biasiswa ini turut menyediakan laluan pembangunan berstruktur yang merangkumi penempatan latihan industri yang dijamin serta ikatan perkhidmatan selama satu tahun selepas tamat pengajian. Para penerima biasiswa juga dibimbing melalui program mentor berterusan dan pembangunan profesional, di samping pendedahan kepada pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, pembangunan kepimpinan, serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) berfokus kelestarian sepanjang perjalanan mereka.
“Dunia masa hadapan dimiliki oleh mereka yang sentiasa bersedia untuk belajar, mampu menyesuaikan diri dan terus berkembang. Inilah semangat di sebalik komitmen kami dalam melahirkan individu yang beraspirasi tinggi, iaitu progresif, dinamik, dan bersedia untuk apa sahaja yang akan datang” tambah Foong.
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
kpmg.com.my/EducationTrustFund. Risalah program turut disertakan untuk rujukan.
Pautan: KPMG Young Star Brochure 2026SUMBER: KPMG PLT
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Andrew Leong
Assistant Manager, Marketing & Communications
KPMG in Malaysia
Tel no.: 017-4737042
E-mel: kaijianleong@kpmg.com.my
Nama: Khadijah Zainal
Senior Executive, Marketing & Communications
KPMG in Malaysia
Tel no.: 011-11468571
E-mel: khadijahzainal@kpmg.com.my
--BERNAMA