EmPOWER AI London anjuran Bidgely menampilkan bengkel khusus dan dialog antara rakan industri untuk memanfaatkan wawasan yang diperlukan bagi membentuk semula penglibatan sektor tenaga.
Laporan LCP Delta baharu menjadi teras kepada agenda interaktif yang menggalakkan perbincangan terbuka bersama penyelidik bebas dan pemimpin serantau yang progresif.LOS ALTOS, Calif., 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bidgely membawa siri lawatan wawasan globalnya ke London dari 10 hingga 12 Jun, menandakan persinggahan penting seterusnya dalam siri persidangan
EmPOWER AI utamanya. Sebahagian daripada siri lawatan antarabangsa yang merangkumi Toronto dan New York, forum di London ini berfungsi sebagai hab kolaboratif yang aktif untuk peruncit tenaga yang bersedia untuk meneraju — dan bukan sekadar memberi reaksi terhadap — peningkatan elektrifikasi, fleksibiliti beban yang kritikal, pengalaman pelanggan generasi baharu serta isu kemampuan kos tenaga yang mendesak.
Melalui bengkel khusus dan dialog terbuka antara rakan industri, EmPOWER AI London menghimpunkan pemikir terbaik dalam industri untuk meneroka bagaimana kecerdasan buatan (AI) dapat memanfaatkan wawasan pelanggan yang diperlukan bagi memodenkan grid serta membentuk semula penglibatan tenaga di peringkat global.
Bengkel Kolaboratif: Beralih daripada Wawasan kepada TindakanBakal dilancarkan bersama EmPOWER AI London ialah laporan bersama baharu dengan firma penyelidikan tenaga LCP Delta,
" Penyelidikan Aset Rumah ." Laporan ini menanda aras pendekatan yang tersedia untuk mengenal pasti aset seperti pam haba, kenderaan elektrik (EV), sistem solar PV dan lain-lain, serta mengesahkan kelebihan analitik data berasaskan AI berbanding anggaran statistik standard atau pemantauan berasaskan perkakasan.
Ketua wawasan pelanggan di LCP Delta, David Trevithick, akan membentangkan dapatan daripada penyelidikan tindak balas permintaan berasaskan tingkah laku firma tersebut.
“Dengan penggunaan aset di rumah yang semakin meningkat, profil permintaan isi rumah menjadi lebih unik dan berubah-ubah—mewujudkan peluang yang lebih besar untuk peruncit mengenal pasti aset, menyasarkan tarif pintar dan tawaran fleksibiliti dengan lebih berkesan, meningkatkan ramalan permintaan serta memperkukuhksn pengekalan pelanggan,” tambah Trevithick.
Bengkel tambahan akan tertumpu pada keutamaan kritikal yang dikenal pasti dalam laporan tersebut, dengan membentangkan aplikasi praktikal serta kisah kejayaan dunia sebenar untuk:
- Mempercepatkan Elektrifikasi: Pelajari bagaimana AI dapat membantu mengenal pasti pelanggan EV berimpak tinggi, mengenal pasti kawasan pertumbuhan beban yang pesat, serta memacu strategi pengambilan pelanggan yang lebih bersasar dalam bengkel ini yang menerangkan bagaimana sebuah penyedia tenaga terkemuka berjaya menyasarkan pengguna tenaga paling tinggi dan mencapai 3X peningkatan dalam pengurangan kW bagi setiap kenderaan, berbanding purata populasi EV.
- Memodenkan Pusat Panggilan & CX: Dengan mengintegrasikan wawasan AI daripada Bidgely ke dalam ekosistem pusat panggilan serta aliran kerja penyelesaian panggilan, lihat cara untuk mencapai hasil dunia nyata dengan peningkatan 7 peratus dalam kepuasan pelanggan, pengurangan 3 peratus dalam purata masa pengendalian panggilan, peningkatan 3 peratus dalam kadar penyelesaian panggilan pertama, serta skor keyakinan antara 85 hingga 95 peratus daripada wakil perkhidmatan pelanggan.
Para peserta juga akan mendapat gambaran awal tentang inovasi baharu daripada Bidgely,
Respons Suara Interaktif (IVR) integrasi dengan PolyAI, Genesys dan NICE, yang menggunakan AI perbualan untuk menyelesaikan soalan tenaga yang kompleks dalam masa nyata—dengan ini memberikan pengalaman pelanggan yang lebih intuitif di samping mengurangkan masa menunggu serta kos operasi.
- Mengoptimumkan Fleksibiliti Beban: Dengan penyasaran pelanggan berasaskan AI, terokai cara untuk meningkatkan pembentukan dan peralihan beban puncak melalui kajian kes yang menarik daripada sebuah penyedia tenaga yang berjaya mencapai pengurangan lebih 70 peratus pelanggan yang berada di puncak tinggi dengan mengoptimumkan program harga yang berubah-ubah.
- Memacu Kemampuan Kos Tenaga: Terokai pelan tindakan praktikal untuk menyokong segmen pelanggan rentan melalui kajian kes yang menarik, seperti penggunaan Analytics Workbench (AWB) daripada Bidgely untuk mengenal pasti lebih 8,200 calon berpendapatan rendah yang tersembunyi; mencapai kadar pertukaran 2.3 peratus daripada titik sentuhan pemasaran tunggal; dan menggandakan kapasiti audit tenaga rumah untuk menghubungkan lebih banyak pelanggan dengan rebat kecekapan tenaga.
Sertai Peralihan Tenaga Berkuasakan AI di London“EmPOWER AI London bukan sekadar melihat masa depan tenaga—ia adalah tempat kita membinanya secara aktif,” kata Abhay Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif Bidgely. “Peralihan grid memerlukan tindakan berani dan data yang pintar. Kami menjemput pemimpin yang progresif dari seluruh dunia untuk menyertai kami, mencabar status quo, dan memanfaatkan potensi sebenar apabila AI bersepadu dengan kecekapan serta kreativiti manusia.”
Untuk memastikan tempat anda di EmPOWER AI London, lawati
empower.bidgely.com/london-2026.
Maklumat Tentang BidgelyBidgely ialah perintis dalam kecerdasan tenaga berasaskan AI, yang mengubah data meter mentah kepada wawasan berdefinisi tinggi untuk utiliti global. Dengan perkhidmatan yang merangkumi lebih 50 juta rumah, Platform UtilityAI™ syarikat ini memanfaatkan 19 paten asas untuk mengoptimumkan keterlihatan grid, operasi pusat panggilan serta penglibatan pelanggan yang diperibadikan. Diiktiraf oleh
Fast Company sebagai sebuah syarikat yang tersenarai dalam “Top 10 Most Innovative Applied AI”, Bidgely mengintegrasikan analitik tenaga berketepatan tinggi dengan ekosistem AI merentas platform seperti Microsoft Copilot dan Amazon Web Services untuk memodenkan grid dengan ketepatan di peringkat premis.
www.bidgely.com |
bidgely.com/insights Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260528875676/enHubungiChristine Bennett
Bidgely
press@bidgely.comSumber: Bidgely
--BERNAMA