Blackstone Kumpul Dana Ekuiti Persendirian Asia Terbesar dalam Sejarahnya Berjumlah $13.1 Bilion

Released on: Wednesday, 03 Jun 2026 2:16PM

Dana yang Menerima Langganan Berlebihan Itu Mengumpulkan Lebih Dua Kali Ganda Modal Berbanding Dana Pendahulunya

NEW YORK, 3 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Blackstone (NYSE: BX) hari ini mengumumkan penutupan akhir Blackstone Capital Partners Asia III (“BCP Asia III”) pada nilai $13.1 bilion, melepasi sasaran $10 bilion dan menandakan kutipan dana ekuiti persendirian terbesar syarikat itu di rantau Asia. Dana yang menerima langganan berlebihan itu mencapai had maksimum kutipannya dan dibina berasaskan prestasi kukuh dua dana terdahulu dalam strategi yang sama, dengan penutupan kali ini mewakili lebih dua kali ganda jumlah modal yang dikumpulkan oleh dana pendahulunya.

Ketua Global Strategi Ekuiti Persendirian Blackstone, Joe Baratta, berkata: “Kami berterima kasih atas kepercayaan berterusan para pelabur terhadap Blackstone dan francais Ekuiti Persendirian Asia kami yang terkemuka. Kejayaan kutipan dana ini mencerminkan kekuatan platform kami dan keupayaan kami untuk mencatat prestasi merentasi pelbagai kitaran pasaran. Asia Pasifik merupakan rantau yang paling pesat berkembang di dunia, menawarkan peluang menarik untuk melabur pada skala besar berdasarkan tema pelaburan berkeyakinan tinggi kami dan memberikan pulangan kepada para pelabur.”

Ketua Asia bagi Blackstone Private Equity, Amit Dixit, said: berkata: “Selama dua dekad, kami memberi tumpuan kepada membangunkan perniagaan menjadi peneraju pasaran dan menjana prestasi untuk para pelabur kami. Kami percaya kelebihan kami terletak pada skala operasi yang disokong oleh pasukan tempatan di pasaran utama rantau ini; prestasi yang kukuh; serta strategi berorientasikan kawalan yang membolehkan kami mengambil pendekatan proaktif dan terlibat secara langsung dalam menyokong transformasi perniagaan. Kami mengucapkan terima kasih kepada para pelabur atas sokongan dan kerjasama mereka.”

Blackstone merupakan antara pelabur global paling aktif di rantau ini sepanjang 24 bulan lalu, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju di India dan Jepun. Syarikat itu telah melaburkan lebih $7 bilion merentasi 12 transaksi, termasuk:

· Neysa, platform awan AI India yang berkembang pesat
· TechnoPro, penyedia perkhidmatan kejuruteraan khusus terkemuka di Jepun
· JUNO, francais salun rambut terkemuka di Korea Selatan

Selain itu, syarikat itu turut merekodkan 15 pelupusan pelaburan dalam tempoh yang sama, termasuk:

· Penyenaraian International Gemological Institute, peneraju terbesar dalam pensijilan berlian makmal
· Penyenaraian Aadhar Housing Finance, syarikat pembiayaan perumahan mampu milik terbesar di India
· Pelupusan pegangan dalam Alinamin Pharmaceutical selepas membantu membangunkan syarikat itu menjadi antara perniagaan penjagaan kesihatan pengguna terkemuka di Jepun

Maklumat tentang Blackstone
Blackstone ialah pengurus aset alternatif terbesar di dunia. Blackstone berusaha untuk menjana pulangan yang menarik kepada pelabur institusi dan individu dengan memperkukuh syarikat-syarikat yang menerima pelaburannya. Aset di bawah pengurusan Blackstone yang melebihi $1.3 trilion merangkumi strategi pelaburan global yang tertumpu kepada hartanah, ekuiti persendirian, kredit, infrastruktur, sains hayat, ekuiti pertumbuhan, pasaran sekunder dan dana lindung nilai. Maklumat lanjut boleh didapati di www.blackstone.com. Ikuti @blackstone di LinkedIn, X (Twitter), dan Instagram.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Media Contact
Ellen Bogard
Ellen.Bogard@Blackstone.com
Tel: +852 3651 7737

Sumber: Blackstone

--BERNAMA
Back to Home