InterSystems dan 59stVentures Memperkasa Ekosistem Data Sedia AI di Seluruh ASEAN

Released on: Thursday, 28 May 2026 6:15PM

Table
Wakil InterSystems dan 59stVentures bergambar kenangan sempena pengumuman kerjasama strategik mereka di Singapura.
 
Kerjasama ini membolehkan data saling kendali digunakan untuk mempercepat penggunaan AI secara meluas di seluruh Asia Tenggara

SINGAPURA, 28 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- InterSystems, syarikat penyedia teknologi data kreatif yang komited dalam membantu pelanggan menyelesaikan masalah skalabiliti, saling kendali dan kelajuan yang kritikal, hari ini mengumumkan kerjasama baharu mereka dengan 59stVentures untuk menyediakan ekosistem data yang lebih terhubung, saling kendali dan sedia AI di seluruh ASEAN dan rantau Asia Pasifik.

Kerjasama ini menggabungkan kepimpinan global InterSystems dalam platform data yang saling kendali, berprestasi tinggi serta sedia AI dengan keupayaan 59stVentures dalam transformasi industri, inovasi dan pelaksanaan digital serantau, bagi membantu organisasi menyepadukan data berpecah-belah dan memperluas penggunaan AI.

Banyak organisasi di seluruh ASEAN yang masih berdepan kekangan akibat data berpecah-belah dan terasing yang disimpan dalam pelbagai sistem dan format berbeza. Ketiadaan saling kendali ini mengehadkan keupayaan untuk menjana pandangan yang menyeluruh, sekali gus memperlahankan usaha transformasi digital. Bersama-sama, InterSystems dan 59stVentures akan menangani kekangan ini, dengan mendorong organisasi untuk menyepadukan, menyelaraskan serta mengaktifkan data mereka bagi penggunaan AI secara meluas, analisis masa nyata serta pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat.

Platform Sedia AI untuk Penjagaan Kesihatan, Rantaian Bekalan dan Bandar Pintar

Platform data InterSystems – termasuk InterSystems IRIS® dan InterSystems IRIS for Health™ – membolehkan organisasi menyepadukan dan menyelaraskan data merentasi sistem yang kompleks, menyokong pertukaran berasaskan piawaian seperti HL7® FHIR® (Sumber Kebolehoperasian Penjagaan Kesihatan Pantas), serta membina dan menyesuaikan aplikasi sedia AI mereka sendiri.

Dengan menyelaraskan teknologi InterSystems dengan keperluan pasaran tempatan, 59stVentures bersama kepakaran berasaskan ekosistemnya akan membantu organisasi melaksanakan persekitaran data saling kendali dan sedia AI dengan lebih cekap. Ini akan mempercepatkan penerapan dalam dunia sebenar serta memastikan setiap penyelesaian disesuaikan dengan konteks peraturan dan operasi yang berbeza di seluruh rantau ini.

Akhirnya, kerjasama ini menyasarkan untuk membantu  perusahaan dan agensi sektor awam beralih daripada operasi reaktif kepada model yang lebih bersifat ramalan, mudah suai dan berdaya tahan. Walaupun sektor penjagaan kesihatan menjadi teras utama – khususnya dalam menyediakan rekod perubatan yang berterusan dan keterlihatan di seluruh sistem – kerjasama ini juga akan merangkumi rantaian bekalan, logistik dan bandar pintar, dengan penyelesaian InterSystems Data Studio™ dan InterSystems Supply Chain Orchestrator™ menggabungkan dan menyelaraskan data daripada pelbagai pihak berkepentingan.

“Di Asia Tenggara, organisasi berlumba-lumba untuk menggunakan AI dalam pelbagai industri, namun masih ramai yang terhalang disebabkan data berpecah-belah. Kejayaan AI bukan sahaja bergantung pada model, tetapi juga pada ekosistem data yang dipercayai dan saling kendali, serta kerjasama industri yang kukuh,” kata Jim Lim, Ketua Pegawai Strategi dan Pengarah Urusan 59stVentures. “Bersama-sama, kami menyasarkan untuk membantu organisasi di seluruh ASEAN mengaplikasikan AI dengan cara yang praktikal, secara meluas dan berterusan.”

“Kami melihat momentum AI yang sangat kukuh di seluruh ASEAN,” kata Luciano Brustia, Pengarah Urusan Serantau, Asia Pasifik, InterSystems. “Melalui kerjasama ini, kami memperkenalkan amalan terbaik global ke rantau ini bagi membantu organisasi mempercepat penerapan AI dan mencapai hasil yang lebih bermakna pada skala besar.”

Perihal InterSystems
InterSystems ialah penyedia teknologi data kreatif, yang menawarkan platform bersepadu untuk aplikasi generasi baharu bagi sektor penjagaan kesihatan, kewangan, pembuatan dan rantaian bekalan di lebih 80 negara. Platform data kami menyelesaikan masalah saling kendali, kelajuan dan skalabiliti untuk organisasi-organisasi besar di seluruh dunia bagi membuka potensi data serta membolehkan orang ramai melihat data dengan cara yang lebih kreatif. Ditubuhkan pada tahun 1978, InterSystems komited dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui sokongan setiap masanya kepada pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia. Merupakan sebuah syarikat persendirian dan beribu pejabat di Boston, Massachusetts, InterSystems mempunyai 38 pejabat di 28 buah negara di seluruh dunia.  Untuk maklumat lanjut, sila layari: InterSystems.com/sg.
         
Perihal 59stVentures
59stVentures ialah organisasi ekosistem sosio-teknologi yang menumpukan kepada pembangunan transformasi digital berasaskan AI melalui penyatuan elemen manusia, data dan teknologi. Syarikat ini bekerjasama dengan perusahaan, agensi sektor awam dan rakan ekosistem di seluruh Asia Pasifik untuk mempercepat penggunaan AI, saling kendali dan memacu transformasi berasaskan inovasi.

Dengan kepakaran dalam sektor kesihatan, telekomunikasi, bandar pintar, rantaian bekalan, pendidikan dan strategi data, 59stVentures menyediakan penasihat, kerjasama ekosistem serta keupayaan pelaksanaan merentasi seluruh kitaran transformasi — daripada strategi dan pembangunan keupayaan sehingga pelaksanaan penyelesaian berasaskan AI dan data. Melalui pendekatan berasaskan ekosistemnya, 59stVentures membantu organisasi mengubah teknologi baharu kepada hasil yang boleh diperluaskan dan praktikal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.59stventures.com.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
http://​https://www.businesswire.com/news/home/20260527826075/en
 
Pertanyaan Media
Redhill bagi pihak InterSystems
Asep Budiman, Pengurus Kanan Akaun
asep.budiman@redhill.asia
+62 813 9520 6113 

SUMBER: InterSystems 

--BERNAMA 
Back to Home