Marquee Brands Memeterai Perkongsian Strategik dengan DAMAC Group bagi Pegangan Majoriti dalam Roberto Cavalli

Released on: Friday, 22 May 2026 4:21PM


Table
Roberto Cavalli Musim Bunga/Musim Panas 2026


Perkongsian Ini Membawa Roberto Cavalli ke Fasa Baharu Pengembangan Global dan Pertumbuhan Omnisaluran
 
NEW YORK, 22 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Marquee Brands, syarikat pengurusan jenama global unggul dan pemacu pertumbuhan jenama terkemuka, hari ini mengumumkan perjanjian muktamad bagi pegangan majoriti dalam Roberto Cavalli menerusi perkongsian strategik dengan DAMAC Group, konglomerat global berpangkalan di Dubai dan pemaju hartanah mewah terkemuka. Transaksi tersebut dijangka dimuktamadkan pada suku kedua 2026, selepas itu DAMAC Group akan kekal sebagai pemegang saham penting. Diasaskan di Florence pada 1970, Roberto Cavalli, jenama fesyen mewah ikonik yang terkenal dengan reka bentuk avant-garde serta ketukangan Itali yang tersendiri, menyertai portfolio jenama global malar segar milik Marquee Brands, termasuk Martha Stewart, Laura Ashley, Sur La Table, BCBGMAXAZRIA dan Stance. Penambahan Roberto Cavalli terus mengukuhkan kedudukan Marquee Brands sebagai peneraju dalam sektor mewah dan gaya hidup, dengan jumlah jualan runcit keseluruhan portfolio mencecah kira-kira AS$5 bilion.

“Roberto Cavalli merupakan antara jenama fesyen Itali yang mencorakkan gaya hidup mewah, dengan identiti kreatif yang berani serta nilai jenama yang kekal utuh,” kata Heath Golden, Ketua Pegawai Eksekutif Marquee Brands. “Kami melihat potensi luar biasa untuk terus membina asas itu menerusi pengurusan jenama yang teliti dan pengembangan strategik. Melalui perkongsian dengan DAMAC Group, peneraju dalam hartanah mewah, kami akan terus meningkatkan pengalaman Roberto Cavalli di seluruh dunia.”

Hussain Sajwani, Pengasas DAMAC Group, berkata: “Roberto Cavalli merupakan antara jenama mewah paling ikonik di dunia. Selepas beberapa tahun memperkukuhkan asas jenama ini, kami mula mencari rakan strategik yang memiliki kepakaran untuk membawa jenama ini ke tahap seterusnya. Kami yakin Marquee Brands ialah rakan yang tepat untuk merealisasikannya. Dengan kecintaan kami terhadap jenama ini serta pegangan saham berterusan yang bermakna, kami berharap dapat menyokong usaha Marquee Brands, termasuk terus mengembangkan gaya hidup Roberto Cavalli menerusi kediaman berjenama dan projek hospitaliti di destinasi global utama, segmen yang kekal dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh DAMAC. Kerjasama ini menandakan era baharu yang menarik bagi jenama ini. Kami yakin jenama ini akan berkembang dengan pesat pada masa hadapan.”

Marquee Brands, yang dimiliki oleh dana di bawah pengurusan Neuberger Berman, firma pengurusan pelaburan global, terus memperluaskan platform globalnya menerusi pemerolehan jenama warisan yang mempunyai pengaruh mendalam dalam kalangan pengguna. Roberto Cavalli merupakan jenama ke-22 dalam portfolio Marquee Brands.

“Marquee Brands telah membangunkan model perniagaan yang terbukti berkesan dan cekap daripada segi modal untuk memacu pertumbuhan menerusi pengurusan jenama yang berdisiplin, perkongsian strategik serta hala tuju pelaburan jangka panjang,” kata Zachary Sigel, Pengarah Urusan di Neuberger Berman dan Pengasas Bersama Marquee Brands. “Pemerolehan Roberto Cavalli mengukuhkan keyakinan Neuberger terhadap platform ini serta keupayaannya untuk terus mencipta nilai kepada para pelabur.”

Perkongsian antara Marquee Brands dan DAMAC Group memperluaskan jangkauan global jenama Roberto Cavalli dengan menggabungkan kekuatan saling melengkapi serta komitmen bersama untuk terus mengangkat maison legenda Itali itu. Marquee Brands akan mempercepatkan pertumbuhan Roberto Cavalli menerusi pengenalan kategori, perkhidmatan dan pengalaman jenama baharu di seluruh Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Timur Tengah, Asia Pasifik dan Amerika Latin.

DAMAC Group akan terus memperluaskan kehadiran jenama Roberto Cavalli menerusi kediaman berjenama Roberto Cavalli dan projek hospitaliti di pasaran global utama, seterusnya mengukuhkan kedudukan serta daya tarikan mewah jenama itu. Perkongsian tersebut mewujudkan platform kukuh yang menggabungkan kepakaran Marquee Brands dalam pembangunan jenama global dengan kepimpinan DAMAC dalam sektor hartanah mewah dan hospitaliti, dengan ini membuka peluang baharu yang besar bagi masa depan Roberto Cavalli.

Sebagai sebahagian daripada transaksi itu, Marquee Brands mengumumkan rakan kongsi yang berpangkalan di Milan, The Level Group (TLG), sebagai rakan operasi utamanya. TLG akan menerajui pembangunan, pembuatan dan pengedaran koleksi wanita serta lelaki jenama Roberto Cavalli, seterusnya memastikan visi produk yang bersepadu dan dipertingkatkan merentasi pasaran utama. Selain itu, TLG akan mengambil alih tanggungjawab bagi operasi runcit dan e-dagang serta pengedaran borong di Eropah dan Amerika Syarikat, seterusnya memperkukuhkan kehadiran terus kepada pengguna serta strategi runcit global Roberto Cavalli.

RBC Capital Markets bertindak sebagai penasihat kewangan manakala Greenberg Traurig berfungsi sebagai penasihat perundangan kepada Marquee Brands. BDA Partners pula berperanan sebagai penasihat kewangan kepada DAMAC Group.

MAKLUMAT TENTANG ROBERTO CAVALLI

Diasaskan pada 1970, Roberto Cavalli ialah jenama Itali terkemuka dalam fesyen, aksesori dan gaya hidup mewah. Ditonjolkan menerusi estetika kontemporari yang elegan, jenama ini merupakan lambang kecemerlangan Itali, ketukangan serta asal-usul Mediterranean. Portfolio Roberto Cavalli berada dalam segmen mewah dan merangkumi koleksi Home, Junior, Eyewear, Perfumes, Watches serta Just Cavalli. www.robertocavalli.com

MAKLUMAT TENTANG MARQUEE BRANDS

Marquee Brands ialah pemacu utama dalam mempercepatkan pertumbuhan jenama-jenama yang kekal relevan, memaksimumkan nilai serta membina pengaruh global. Dengan tumpuan kepada pertumbuhan dan pembangunan ekuiti jenama yang lestari, syarikat ini bekerjasama dengan pengeluar, pengendali, peruncit dan pengedar terbaik dalam kelasnya untuk mengembangkan jenama merentasi pasaran dan saluran. Portfolio global Marquee Brands merangkumi tiga platform utama: Home & Culinary, Fashion & Lifestyle, Luxury serta Active & Outdoor. Portfolio jenamanya termasuk Martha Stewart, Laura Ashley, Sur La Table, Emeril Lagasse, America's Test Kitchen, BCBGMAXAZRIA, BCBG, Ben Sherman, Bruno Magli, Anti Social Social Club, Totes, Isotoner, Destination Maternity, Motherhood, A Pea in the Pod, Stance, Dakine dan Body Glove. Untuk maklumat lanjut, sila layari, www.marqueebrands.com.

MAKLUMAT TENTANG NEUBERGER PRIVATE MARKETS

Neuberger Private Markets ialah jabatan di bawah Neuberger dan telah menjadi pelabur pasaran swasta yang aktif serta berjaya sejak 1987. Neuberger Private Markets melabur merentasi pelbagai strategi, kelas aset dan geografi untuk sejumlah besar institusi serta individu berprofil tinggi dan berpengalaman di seluruh dunia. Setakat 31 Disember 2025, Neuberger Private Markets mengurus lebih daripada AS$155 bilion komitmen pelabur merangkumi pelaburan utama, pelaburan bersama, pasaran sekunder, kredit swasta dan strategi khusus. Neuberger Private Markets mempunyai pasukan yang berpengalaman dan pelbagai, terdiri daripada lebih 500 profesional dengan kehadiran global di 17 pejabat di seluruh dunia.

MAKLUMAT TENTANG DAMAC GROUP

DAMAC Group ialah sebuah konglomerat perniagaan swasta global yang diasaskan oleh Hussain Sajwani pada tahun 1982. Bermula dalam bidang katering dan logistik, kumpulan ini telah berkembang ke pelbagai industri termasuk hartanah, hospitaliti, pusat data, fesyen dan pasaran modal. DAMAC Properties ialah pemaju hartanah swasta terbesar di UAE dan Timur Tengah, serta telah menjadi peneraju dalam pasaran hartanah mewah rantau itu sejak 2002. Syarikat ini telah membangunkan hartanah kediaman, komersial dan rekreasi yang memenangi anugerah di seluruh rantau serta peringkat antarabangsa, termasuk di UAE, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Lubnan, Iraq, Maldives, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sejak itu, DAMAC telah menyiapkan lebih 50,000 unit rumah dengan lebih 55,000 lagi dalam pelbagai peringkat perancangan dan pembangunan. Ia juga bekerjasama dengan jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka dunia untuk mencipta pengalaman kediaman mewah, termasuk Roberto Cavalli dan de GRISOGONO. Dengan visi dan momentum yang berterusan, DAMAC sedang membangunkan generasi baharu kehidupan mewah di seluruh dunia. Kumpulan ini juga memiliki aset hotel di bawah jenama seperti Radisson, Paramount dan Rotana, dengan portfolio hospitaliti yang semakin berkembang. Selain hartanah, DAMAC merupakan peneraju dalam industri pusat data melalui DAMAC Digital serta telah mengambil alih jenama mewah seperti Roberto Cavalli dan de GRISOGONO. Melalui DAMAC Capital, ia melabur dalam industri berorientasikan masa depan seperti teknologi, kewangan dan sains hayat. Komited terhadap impak sosial, Yayasan Hussain Sajwani – DAMAC menyokong pendidikan, inovasi dan inisiatif berasaskan komuniti. Untuk maklumat lanjut, sila layari, www.damacgroup.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260520070705/en

Hubungi

Untuk pertanyaan media, hubungi Pejabat Berita Marquee Brands:
E-mel: corporate@marqueebrands.com
 
Sumber: Marquee Brands

--BERNAMA
Back to Home