Universiti Cyberjaya turut membangunkan ekosistem industri secara progresif menerusi kerjasama strategik yang menyediakan pendedahan tempat kerja lebih berstruktur kepada pelajar sebelum tamat pengajian. Ini faktor penting dalam mengekalkan kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi bagi setiap kohort.Dapatan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi mengesahkan komitmen universiti dalam melahirkan graduan yang bersedia menghadapi industri CYBERJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Universiti Cyberjaya
(UoC) mencatatkan kadar bekerja graduan (Graduate Employability, GE) sebanyak 95.2% dan kadar Kebolehpasaran Graduan (Graduate Marketability, GM) sebanyak 95.1% menerusi Kajian Pengesanan Graduan 2025 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), sekali gus mengukuhkan kedudukan institusi tersebut sebagai pengeluar bakat yang bersedia untuk memenuhi keperluan tenaga kerja.
Kadar GE yang diperoleh daripada kohort seramai 599 graduan mengukur peratusan graduan yang berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh tertentu selepas tamat pengajian. Sementara itu, kadar GM melibatkan kohort lebih besar seramai 1,011 graduan yang merangkumi mereka yang bekerja, melanjutkan pengajian atau mengikuti latihan sekaligus mencerminkan daya saing graduan berdasarkan jangkaan semasa majikan. Pencapaian melebihi 95% bagi kedua-dua ukuran ini meletakkan UoC antara institusi berprestasi tinggi dalam landskap pendidikan tinggi negara.
Bagi graduan warganegara Malaysia, UoC merekodkan kadar GE sebanyak 94.9% dan kadar GM sebanyak 94.4%, menunjukkan prestasi yang konsisten bagi keseluruhan populasi graduan serta graduan tempatan.
Pencapaian ini membuktikan usaha berterusan UoC dalam memastikan program-programnya kekal relevan melalui semakan kurikulum secara berkala, kerjasama industri yang berstruktur serta pembelajaran berasaskan aplikasi yang merangkumi bidang teras seperti penjagaan kesihatan dan sains berkaitan, perniagaan, psikologi, teknologi maklumat, serta seni kreatif dan reka bentuk.
Naib Canselor Universiti Cyberjaya, Profesor Dr. David Whitford berkata, dapatan tersebut mengesahkan hala tuju akademik institusi berkenaan. “Keputusan ini menggambarkan komitmen kami dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan relevan dengan industri yang melengkapkan graduan dengan kemahiran dan kompetensi yang diperlukan dalam tenaga kerja masa kini
“Pencapaian ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa komitmen tinggi warga akademik dan profesional kami, pengorbanan para pelajar serta sokongan kukuh daripada rakan industri. Kami akan terus memberi tumpuan kepada penambahbaikan program, memperkukuh penyelidikan dan memperluas penglibatan industri bagi memastikan graduan kami kekal berdaya saing,” tambah beliau.
UoC turut membangunkan ekosistem industri secara progresif menerusi kerjasama strategik yang menyediakan pendedahan tempat kerja lebih berstruktur kepada pelajar sebelum tamat pengajian. Ini faktor penting dalam mengekalkan kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi bagi setiap kohort.
Ditubuhkan pada tahun 2005, UoC merupakan sebuah universiti swasta yang diiktiraf atas penekanannya dalam bidang penjagaan kesihatan dan sains berkaitan selain menawarkan pelbagai program yang memenuhi keperluan tenaga kerja di peringkat nasional dan serantau.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://cyberjaya.edu.my/ Sumber: Universiti Cyberjaya UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: E-mel:
gcmc@cyberjaya.edu.my--BERNAMA