Prestasi Portfolio Komoditi Segmen Baja & Metanol (F&M) mencatat prestasi operasi yang kukuh dengan kadar penggunaan loji sebanyak 103%. Harga purata produk meningkat kira-kira 18% bagi urea dan 13% bagi metanol, disokong oleh kekangan bekalan global serta permintaan bermusim yang kukuh. Hasil segmen meningkat kepada RM2.6 bilion, manakala EBITDA naik 49% kepada RM1.1 bilion, didorong oleh spread produk yang lebih baik.
Segmen Olefin & Derivatif (O&D) Kumpulan mencatat kadar penggunaan loji sebanyak 87%, terutamanya disebabkan aktiviti penyelenggaraan berjadual di loji MTBE. Pendapatan segmen meningkat 5% suku ke suku kepada RM2.9 billion, disokong oleh harga purata produk yang lebih tinggi serta peningkatan jumlah jualan. Kerugian Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (LBITDA) menunjukkan peningkatan ketara kepada RM91 juta daripada RM600 juta pada 4Q 2025, didorong oleh spread produk purata yang lebih tinggi dan kos operasi loji yang lebih rendah
Bahan Kimia Khusus Portfolio ini mencatatkan jumlah jualan yang lebih tinggi, terutamanya dalam segmen Pengantaraan, disokong oleh pemulihan permintaan susulan aktiviti pengisian semula stok oleh pelanggan. Hasil suku ke suku meningkat sebanyak 17% kepada RM1.4 billion, didorong oleh peningkatan jumlah jualan. EBITDA meningkat kepada RM198 juta, mencerminkan peningkatan hasil, sumbangan daripada penjualan hak pelepasan, serta nilai yang dicipta daripada inisiatif pengoptimuman kos yang berterusan.
Mazuin Ismail, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG berkata:
“Konflik di Asia Barat telah mengubah landskap operasi kami dengan pantas, mewujudkan persekitaran yang lebih tidak menentu dan kompleks. Ia turut menekankan kerentanan rantaian bekalan industri, memandangkan kepentingan strategik rantau itu dalam bekalan -stok suapan dan bahan kimia global.
“Model bersepadu kami memastikan bekalan stok suapan yang stabil dan diperoleh secara domestik untuk operasi berasaskan gas kami di Malaysia melalui rangkaian saluran paip yang luas, sekali gus membantu mengurangkan kesan gangguan dalam bekalan global.
“Peningkatan EBITDA mencerminkan kekuatan asas serta daya tahan model perniagaan kami yang disokong oleh penekanan berterusan terhadap kecemerlangan operasi dan komersial serta pengurusan kos yang berdisiplin.
“Kami terus melaksanakan penilaian dan rationalisasi portfolio bagi memastikan pelaburan, rantaian nilai serta penawaran produk kekal kukuh dan sejajar dengan keperluan pasaran yang sentiasa berubah. Dalam suku pertama, Kumpulan telah melupuskan pelaburan dalam sebuah subsidiari dan sebuah syarikat bersekutu, yang menghasilkan jumlah keuntungan pelupusan sebanyak RM63 juta.
“Komitmen kami terhadap keselamatan dan kebolehpercayaan operasi kekal teguh, khususnya apabila kami melaksanakan aktiviti penutupan berjadual di beberapa loji O&D di Kertih serta loji baja di Bintulu pada suku kedua."
Prospek Masa Depan Persekitaran operasi dijangka kekal tidak menentu, dipengaruhi oleh perkembangan geopolitik yang berterusan, gangguan rantaian bekalan serta permintaan hiliran yang lebih lemah.
Dalam segmen Olefin & Derivatif (O&D), harga dijangka menyederhana berikutan kekangan kemampuan yang menjejaskan permintaan daripada pengeluar hiliran. Segmen baja pula dijangka terus disokong oleh keutamaan keselamatan makanan global serta sekatan eksport di beberapa negara pengeluar utama, manakala bekalan methanol dijangka menjadi lebih ketat susulan aktiviti penutupan loji berjadual di rantau ini. Bagi segmen Pengkhususan, Kumpulan kekal berwaspada memandangkan sektor pembinaan dan automotif yang masih pelahan, namun permintaan bagi barangan pengguna menunjukkan pertumbuhan sederhana.
Dalam persekitaran ini, PCG kekal fokus kepada kecemerlangan operasi dan komersial serta disiplin kewangan yang ketat bagi mengekalkan daya tahan dan daya saing merentasi kitaran.
Mengenai PETRONAS Chemicals Group Berhad PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terkemuka di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara dari segi kapasiti. Syarikat ini mengendalikan rangkaian tapak pengeluaran bertaraf dunia di seluruh Malaysia, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara dengan jumlah kapasiti pengeluaran gabungan sebanyak 16.8 juta metrik tan setahun (mtpa).
PCG terlibat dalam aktiviti pembuatan, pemasaran dan penjualan pelbagai jenis produk kimia, termasuk olefin, polimer, baja, metanol, bahan kimia asas lain, produk terbitan serta bahan kimia khusus.
Disenaraikan di Bursa Malaysia dengan pengalaman lebih daripada empat dekad dalam industri bahan kimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.
PCG komited untuk memastikan amalan perniagaannya selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat gloval bagi amalan Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial (EESG), seperti yang dibuktikan melalui penyertaan berterusan dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia.
Maklumat lanjut berkenaan PCG boleh didapati di
www.petronas.com/pcgUntuk gambar, klik di sini:
https://drive.google.com/drive/folders/1XqJ0o_ddplDTsbwKhTRugehub56RQe-t?usp=sharing SUMBER: PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Gary Khoo Tse-Yau
Jabatan Komunikasi Korporat
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)
Tel : (6) 013 932 9280
E-mel : khoo.tseyau@petronas.com
--BERNAMA