MidOcean Energy EIG Mengumumkan Pelaburan Sebanyak $120 juta daripada Dana Tenaga Arab sebagai Sebahagian daripada Pengumpulan Ekuiti

Released on: Thursday, 21 May 2026 11:24AM

Table
 MidOcean Energy EIG Mengumumkan Pelaburan Sebanyak $120 juta daripada Dana Tenaga Arab sebagai Sebahagian daripada Pengumpulan Ekuiti
 
WASHINGTON, 21 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean” atau “Syarikat”), syarikat gas asli cecair (LNG) yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pada hari ini mengumumkan pelaburan ekuiti berjumlah $120 juta daripada Dana Tenaga Arab (‘’TAEF’’), institusi kewangan impak pelbagai hala yang terkemuka, sebagai sebahagian daripada pengumpulan modal ekuiti semasa.

Pelaburan TAEF mengukuhkan lagi asas pelabur MidOcean yang berkualiti tinggi dan menegaskan minat berterusan terhadap strategi Syarikat untuk membina perniagaan LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan dan bertahan lama.

Terdapat momentum selanjutnya yang ketara daripada pelabur tambahan yang sedang dalam dokumentasi dan MidOcean akan terus mengumpul modal, dengan sasaran terkumpul sehingga $2 bilion daripada pelabur baharu.

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan Dana Tenaga Arab sebagai pemegang saham dalam MidOcean. Kepakaran penting dana tersebut dalam pelaburan tenaga merupakan pengesahan kukuh strategi MidOcean untuk membina perniagaan LNG global yang terkemuka. Sejajar dengan itu, EIG dan TAEF sedang berusaha mencari peluang kerjasama merentasi infrastruktur tenaga di Timur Tengah, dengan tujuan untuk mendalamkan lagi hubungan kami.”

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean, berkata: “Pelaburan ini menyokong strategi kami untuk membina portfolio LNG yang terpelbagai dan meletakkan kami pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan peluang pertumbuhan yang dikenal pasti. Kami mengalu-alukan TAEF dengan pengalaman lebih daripada 50 tahun dalam pelaburan tenaga dan memberikan tumpuan kepada keselamatan dan kelestarian tenaga.”

Khalid Al-Ruwaigh, Ketua Pegawai Eksekutif Dana Tenaga Arab, berkata: “Pelaburan kami dalam MidOcean Energy menunjukkan komitmen Dana tersebut untuk menyokong platform tenaga strategik yang menyumbang kepada keselamatan tenaga global dan gabungan tenaga yang lebih mampan. LNG terus memainkan peranan kritikal sebagai sumber tenaga yang andal dan fleksibel, serta pendekatan berdisiplin MidOcean bersama asas aset berkualiti tinggi sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang kami. EIG ialah rakan kongsi hebat dan kami berharap dapat membuka nilai selanjutnya melalui kerjasama merentasi infrastruktur tenaga, terutamanya di Timur Tengah.”

Notis Penting

Pengumuman ini untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak membentuk tawaran untuk menjual atau meminta tawaran untuk melanggan atau membeli mana-mana sekuriti. Apa-apa tawaran hanya akan dibuat menurut dokumen tawaran berkenaan dan mematuhi undang-undang sekuriti yang terpakai.

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan aset berjumlah $25.9 bilion di bawah pengurusan pada 31 Mac 2026. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 44 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen - $53.9 bilion kepada sektor tenaga melalui 426 projek, atau syarikat di 44 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi www.eigpartners.com.

Maklumat Tentang MidOcean

MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini menunjukkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai elemen kritikal sistem tenaga global yang lebih rendah karbon, berdaya saing dan lebih selamat. MidOcean Energy mempunyai pelbagai kepentingan LNG, termasuk dalam LNG Kanada, Gorgon LNG, Pluto LNG, QCLNG dan Peru LNG. Syarikat diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 30 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc. Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi www.midoceanenergy.com.

Maklumat Tentang Dana Tenaga Arab

Dana Tenaga Arab (Dana) ialah institusi kewangan impak pelbagai hala yang memberikan tumpuan kepada sektor tenaga dan utiliti MENA, ditubuhkan pada tahun 1974 oleh sepuluh negara pengeksport minyak Arab. Misi Dana ini ialah menyokong ekosistem tenaga dengan penyelesaian hutang dan ekuiti bagi membolehkan keselamatan dan kelestarian tenaga, serta membangunkan rantaian nilai dan perkhidmatan setempat di rantau MENA. Dana Tenaga Arab mewujudkan impak dengan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi dan membolehkan komuniti tempatan melalui pembangunan bakat dan penciptaan pengetahuan. Dana ini menawarkan rangkaian penyelesaian pembiayaan yang menyeluruh merentasi keseluruhan rantaian nilai tenaga kepada rakan niaga sektor awam dan swasta yang terkemuka di lebih 35 pasaran. Dana Tenaga Arab menerapkan prinsip ESG amalan terbaik merentasi semua operasi, dengan projek berkaitan alam sekitar dan sosial yang merangkumi kira-kira 20% daripada portfolio pinjaman USD5.8 bilion dana tersebut. Dana Tenaga Arab merupakan satu-satunya institusi kewangan yang tertumpu kepada tenaga di rantau MENA dan diberikan penarafan ‘Aa2’ oleh Moody’s, ‘AA+’ oleh Fitch dan ‘AA-’ oleh S&P.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260520063539/en

Contacts

Maklumat Hubungan EIG/MidOcean
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com

Maklumat Hubungan Dana Tenaga Arab
Jabatan Komunikasi
Yasa Ahmad
Yasa.Ahmad@edelmansmithfield.com
 
Sumber: EIG 

--BERNAMA 
Back to Home