Pencapaian kawal selia ini mengukuhkan kedudukan InterSystems sebagai penyedia terkemuka aplikasi AI bertaraf perusahaan.
BOSTON, 20 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- InterSystems, penyedia teknologi data inovatif yang menyokong lebih satu bilion rekod kesihatan di seluruh dunia, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian rekod kesihatan elektronik (EHR) miliknya telah diperakui sebagai Peranti Perubatan Kelas IIa di bawah Peraturan Peranti Perubatan (MDR) menerusi Peraturan (EU) 2017/745. Kelulusan ini menandakan EHR berteraskan AI bersepadu sepenuhnya pertama yang memperoleh pensijilan MDR Kelas IIa di Kesatuan Eropah.
Pensijilan ini menunjukkan bahawa EHR berteraskan AI InterSystems memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti ketat Kesatuan Eropah. Pencapaian penting ini memberi implikasi besar terhadap cara organisasi penjagaan kesihatan dapat memperluaskan penggunaan AI secara bertanggungjawab di samping membina keyakinan dalam kalangan penyedia penjagaan kesihatan dan pengawal selia.
InterSystems telah memperoleh pensijilan MDR bagi
InterSystems IntelliCare ™, sebuah EHR generasi baharu yang direka dengan keupayaan berteraskan kecerdasan buatan, dan
InterSystems TrakCare®, sistem maklumat penjagaan kesihatan bersepadu yang digunakan oleh sistem penjagaan kesihatan terkemuka di seluruh dunia. Dibangunkan berlandaskan asas interoperabiliti TrakCare yang terbukti, InterSystems IntelliCare membezakan dirinya menerusi pengintegrasian keupayaan AI yang direka pada peringkat asas dalam lapisan data platform tersebut, dan bukannya ditambah sebagai aplikasi pihak ketiga.
“Organisasi penjagaan kesihatan memang sewajarnya menggesa agar AI menjadi lebih daripada sekadar ciri tambahan bersifat eksperimen,” kata Don Woodlock, Presiden InterSystems. “Dengan memperoleh pensijilan MDR pertama Kesatuan Eropah bagi EHR berteraskan AI, kami menetapkan satu piawaian bahawa AI seharusnya menjadi teras kepada semua aplikasi penjagaan kesihatan.”
Dengan beralih daripada penggunaan ciri tambahan AI yang tidak bersepadu, InterSystems IntelliCare mempermudahkan organisasi melakukan pengawasan bagi tadbir urus mereka sendiri, selain melengkapkan petugas klinikal dengan alat untuk mengurangkan beban kerja dan keletihan. Platform ini memberikan ringkasan pesakit segera, dokumentasi klinikal berasaskan AI, pengalaman sembang penuh serta aliran kerja pintar yang mengekalkan perlindungan penting “human-in-the-loop”. Ciri seperti orkestrasi klinikal ambien secara automatik merekod, menyusun dan menyimpan data klinikal dalam masa nyata serta mencadangkan dokumentasi dan arahan klinikal untuk kelulusan doktor. InterSystems IntelliCare juga boleh disepadukan dengan lancar bersama infrastruktur IT kesihatan sedia ada dengan memanfaatkan pengalaman luas InterSystems dalam keupayaan integrasi dan pengurusan data.
Maklumat Tentang InterSystemsInterSystems, penyedia teknologi data inovatif, menyediakan asas bersepadu untuk aplikasi generasi baharu bagi pelanggan dalam sektor penjagaan kesihatan, kewangan, pembuatan dan rantaian bekalan di lebih 80 negara. Platform data syarikat ini menyelesaikan masalah interoperabiliti, kelajuan dan kebolehskalaan bagi organisasi besar di seluruh dunia untuk memanfaatkan potensi data serta membolehkan pengguna memahami data dengan cara yang lebih kreatif. Ditubuhkan pada 1978, InterSystems komited terhadap kecemerlangan menerusi sokongan 24×7 yang memenangi anugerah kepada pelanggan dan rakan kongsi di seluruh dunia. Syarikat milik persendirian yang beribu pejabat di Boston, Massachusetts itu mempunyai 38 pejabat di 28 negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari:
InterSystems.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260519124986/enHubungiHubungan PR InterSystems PR:Zach Keating
pr@intersystems.com617-551-5158
Sumber: InterSystems
--BERNAMA