UOB Malaysia pertingkat bantuan pembiayaan untuk PKS melalui Kemudahan Bantuan Kestabilan BNM

Released on: Friday, 15 May 2026 3:37PM

Kemudahan ini melengkapi bantuan kewangan sedia ada Bank untuk membantu pelanggan terjejas akibat ketidakpastian ekonomi yang berterusan
 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Mei (Bernama) --UOB Malaysia hari ini mengumumkan bantuan pembiayaan yang dipertingkatkan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS (SME SRF) yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM). Kemudahan ini menyediakan bantuan tersasar untuk membantu perniagaan mengukuhkan aliran tunai dan mengekalkan operasi akibat ketidakpastian ekonomi yang berterusan.
 
SME SRF daripada BNM bertujuan menyediakan bantuan kewangan yang tepat pada masanya kepada PKS yang mengalami gangguan dan tekanan kewangan, khususnya yang menghadapi tekanan luaran seperti konflik Asia Barat, yang telah menjejaskan aliran pendapatan dan kestabilan operasi bagi kebanyakan perniagaan.
 
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Dalam persekitaran semasa yang semakin tidak menentu, kami memahami cabaran sebenar yang dihadapi pelanggan. Melalui kemudahan seperti Kemudahan Bantuan Kestabilan PKS daripada Bank Negara Malaysia, kami dapat menyalurkan sokongan yang praktikal dan tepat pada masanya untuk membantu perniagaan menguruskan tekanan aliran tunai, mengekalkan operasi dan kekal berdaya maju di masa hadapan. Sebagai tambahan kepada bantuan kami sebelum ini, tumpuan kami kekal untuk menyokong pelanggan di setiap langkah ketika mereka berdepan dengan keadaan pasaran yang semakin berubah.”
 
Di bawah SME SRF, pelanggan boleh mendapat pembiayaan sehingga RM750,000 pada kadar sehingga 3.75% setahun, termasuk fi jaminan, untuk tempoh pembiayaan sehingga lima tahun. Kemudahan ini disokong oleh perlindungan jaminan daripada Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) atau Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
 
Permohonan kini dibuka kepada PKS yang ingin memohon SME SRF daripada BNM. PKS boleh hubungi Pengurus Perhubungan UOB mereka atau hubungi bank melalui e-mel di businessbanking.servicecentre@uob.com.my. Maklumat lanjut mengenai program bantuan kewangan UOB boleh didapati di uob.com.my.
  
Mengenai UOB Malaysia
UOB Malaysia diiktiraf sebagai antara bank utama di Malaysia dengan penarafan AAA jangka panjang dari Ratings Agency of Malaysia. Ia telah memantapkan kedudukannya selama lebih tujuh dekad di negara ini dan mempunyai 55 cawangan di seluruh negara, menawarkan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam kepada para pelanggannya.
 
UOB Malaysia adalah anak syarikat UOB, sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global di Asia Tenggara, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Beroperasi melalui ibu pejabat kami di Singapura dan anak syarikat perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, kami mempunyai rangkaian global melebihi 430 cawangan dan pejabat di 19 pasaran. UOB telah mengamalkan pendekatan berpusatkan pelanggan bagi mewujudkan nilai jangka panjang supaya kekal relevan, melalui semangat keusahawanan dan melakukan segala yang diperlukan bagi pelanggannya. UOB memberi tumpuan kepada pembinaan masa depan ASEAN – untuk rakyat dan perniagaan di dalam, dan yang berhubung dengan ASEAN.
 
Dengan jejak serantau yang tiada tandingannya, Bank dapat menghubungkan perniagaan kepada peluang di rantau ini. Bank juga memanfaatkan data dan maklumat bagi memperkenalkan pembaharuan serta mewujudkan pengalaman dan penyelesaian perbankan yang diperibadikan demi memenuhi keperluan unik dan pilihan pelanggan yang sentiasa berubah. UOB juga komited membantu perniagaan menempa masa depan yang mampan, dengan memupuk keterangkuman sosial, mewujudkan impak alam sekitar yang positif dan mencapai kemajuan ekonomi. UOB berusaha menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan teguh dalam menyokong seni, pembangunan sosial kanak-kanak dan pendidikan, melakukan segala yang diperlukan demi komuniti dan pihak berkepentingannya.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.uob.com.my

Sumber: UOB Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:  
Nama: Averlyn Lim
Brand, Media and Communications 
E-mel: averlyn.limsl@uob.com.my 
Tel: 01802299 168

Nama: Nizam Arop
Brand, Media and Communications
E-mel: nizam.arop@uob.com.my
Tel: 603- 2638 6304/ 6017-333 6329

--BERNAMA
Back to Home