Gradiant Memperkenalkan Hypersolved, Penyelesaian Pusat Data AI Kepada Hyperscaler Global Terkemuka

Released on: Thursday, 14 May 2026 4:18PM

Table
HyperSolved™ ialah platform infrastruktur air pusat data AI Gradiant yang bersepadu sepenuhnya yang mengurus keseluruhan kitaran hayat air penyejukan, daripada penyumberan hingga pelepasan, untuk menghapuskan kekangan air dan mempercepatkan penggunaan hiperskala.

Platform hujung ke hujung itu menghapuskan air sebagai kekangan kepada pertumbuhan pusat data, menggantikan pendekatan legasi yang berpecah-pecah dengan penyelesaian infrastruktur bersepadu sepenuhnya

BOSTON, 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Gradiant hari ini mengumumkan bahawa HyperSolved™, penyelesaian air penyejukan hujung ke hujung untuk pusat data AI miliknya, kini digunakan oleh beberapa pengendali hiperskala terbesar dunia bagi menyokong infrastruktur kritikal misi di pasaran utama global.

Infrastruktur AI berkembang pada kadar yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan kapasiti pusat data global dijangka meningkat enam kali ganda antara 2025 hingga 2035. Kemudahan generasi baharu ini memerlukan kuasa dan penyejukan yang jauh lebih tinggi berbanding pengkomputeran tradisional, sekali gus mendorong peningkatan mendadak dalam penggunaan air. Sebuah kampus hiperskala 100MW sahaja boleh memerlukan jumlah air bersamaan penggunaan sebuah bandar dengan 80,000 penduduk setiap hari.

Di banyak rantau, pertumbuhan semakin dibatasi bukan sahaja oleh kuasa dan tanah, tetapi juga oleh ketersediaan air, kerumitan permit dan had pelepasan air. Walaupun sistem pengkomputeran dan tenaga telah matang, infrastruktur air masih berpecah-pecah, memaksa pengendali mengurus pelbagai vendor dan sistem yang tidak saling berkaitan, sekali gus meningkatkan risiko dan melambatkan pelaksanaan.

HyperSolved menggantikan model ini dengan mengintegrasikan keseluruhan kitar hayat air penyejukan, daripada sumber hingga pelepasan, ke dalam satu platform yang disampaikan oleh satu rakan kongsi bertanggungjawab. Direka khusus untuk persekitaran hiperskala, ia mengurangkan kerumitan, meningkatkan kebolehpercayaan dan mempercepat pelaksanaan.

“Air merupakan antara lapisan infrastruktur pusat data yang paling kurang bersepadu dan paling berpecah-belah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Gradiant, Prakash Govindan. “Kita kini berada di tengah-tengah pembangunan infrastruktur AI yang berlaku sekali dalam satu generasi, setanding dengan peluasan besar seperti pembinaan rangkaian kereta api pada tahun 1800-an yang menghubungkan wilayah dan mengubah keseluruhan ekonomi. Tahap pertumbuhan sebegitu memerlukan pendekatan baharu. Hari ini, air masih diurus melalui gabungan vendor dan penyelesaian yang tidak pernah direka untuk hiperskala. HyperSolved mengubah keadaan itu dengan menjadikan air sebagai infrastruktur kritikal yang direka, disampaikan dan dikendalikan sebagai satu sistem bersepadu.”

HyperSolved memperluas akses kepada sumber air alternatif termasuk penggunaan semula air perbandaran dan bekalan air terjejas lain, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap air tawar dan meningkatkan fleksibiliti lokasi. Ia melindungi prestasi penyejukan melalui rawatan bersepadu, CURE Chemicals dan SmartOps AI serta meminimumkan pelepasan melalui kepekatan pemulihan tinggi dan penggunaan semula air, sekali gus meningkatkan prestasi alam sekitar dan mengurangkan kekangan kawal selia.

“Anda mengendalikan pusat data. Kami mengurus lapisan air,” kata Ketua Projek Khas Gradiant, Sankar Natarajan. “Dengan mengintegrasikan air ke dalam satu sistem, ia beroperasi dengan tahap kebolehpercayaan dan akauntabiliti yang sama seperti kuasa atau penyejukan. HyperSolved memberikan laluan jelas kepada pengendali untuk berkembang dengan risiko dan kekangan yang lebih rendah.”

Direka untuk memenuhi kadar pembangunan AI yang pantas, HyperSolved menyokong pelaksanaan pantas melalui sistem berkontena, membolehkan kapasiti segera atau sementara bagi menyokong garis masa pembinaan yang cepat, sambil menyediakan prestasi jangka panjang yang dioptimumkan menerusi infrastruktur kekal.

Gradiant menyaksikan penerimagunaan komersial HyperSolved yang kukuh dalam kalangan pengendali hyperskala terkemuka dunia, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat terhadap infrastruktur air bersepadu. Syarikat itu menjangkakan pusat data akan mewakili kira-kira 25% daripada perniagaan globalnya menjelang 2027, apabila air menjadi faktor penentu utama dalam lokasi dan cara infrastruktur AI boleh dibangunkan.

HyperSolved tersedia di seluruh dunia bagi menyokong hyperscaler, pemaju dan pengendali pusat data serta rakan kejuruteraan di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Maklumat tentang Gradiant

Gradiant ialah Syarikat Air yang Berbeza. Bersama rangkaian lengkap penyelesaian menyeluruh untuk rawatan air dan air buangan lanjutan yang berbeza dan proprietari, dikuasakan oleh individu terkemuka dalam bidang air, syarikat itu menjalankan operasi kritikal misi pelanggan dalam industri penting dunia, termasuk semikonduktor, farmaseutikal, makanan & minuman, litium dan mineral kritikal, serta tenaga boleh baharu. Penyelesaian berinovatif Gradiant mengurangkan penggunaan air dan air buangan yang dikeluarkan, mendapatkan semula sumber berharga dan memperbaharui air buangan kepada air tawar. Syarikat yang beribu pejabat di Boston ini diasaskan di MIT dan mempunyai lebih daripada 1400 pekerja di seluruh dunia. Temui kami di gradiant.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260512006086/en

Contacts

Corporate Contact
Felix Wang
Ketua Global Pemasaran, Gradiant
fwang@gradiant.com
 
Sumber: Gradiant 

--BERNAMA 
Back to Home