TEMECULA, Calif., 14 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group (Nikkiso CE&IG) telah mengumumkan pada hari ini bahawa kumpulan itu telah menandatangani perjanjian perkhidmatan jangka panjang dengan firma perkapalan tangki minyak Maran Tankers Management Inc.
Di bawah perjanjian lima tahun itu, Nikkiso CE&IG akan menyampaikan sokongan pascapasaran global yang menyeluruh untuk pam bertekanan tinggi Maran Tankers, termasuk pembaikan injap bahagian sejuk secara berjadual pada selang masa yang ditetapkan. Bagi menjamin masa pusing balik yang minimum, Nikkiso CE&IG akan mengekalkan inventori kritikal merentasi
Hab Marin di seluruh dunia kumpulan itu,membolehkan bahagian sejuk diterima oleh kapal dalam beberapa hari berbanding purata industri yang mengambil masa berbulan-bulan. Nikkiso CE&IG juga akan menyediakan panduan teknikal kepada Maran Tankers dan menjalankan baik pulih lanjutan semasa tempoh limbungan kering berjadual.
Sean Fanniff, Presiden Unit Perniagaan Perkhidmatan Kriogenik Nikkiso CE&IG, berkata: “Dengan Hab Marin merentasi Asia Tenggara, Eropah, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan China, kami berupaya menyediakan pelanggan kami dengan pendekatan global yang terlaras dan perkhidmatan pelabuhan-ke-pelabuhan yang lancar.
“Maran Tankers ialah pengendali terkemuka dalam industri kapal tangki dan perjanjian ini merupakan satu lagi langkah dalam pertumbuhan kami bagi pasaran marin. Kami berharap dapat bekerjasama untuk beberapa tahun yang akan datang dalam usaha menyokong flit Maran Tankers.”
Perjanjian itu merupakan susulan pemeteraian
perkongsian perkhidmatan strategik dengan Exion Asia Pte Ltd memandangkan Nikkiso CE&IG terus mengukuhkan kedudukan kumpulan itu sebagai rakan kongsi yang dipercayai dalam pasaran marin.
Maklumat Tentang Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases GroupNikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group adalah penyedia kelengkapan, penyelesaian dan perkhidmatan kriogenik di seluruh dunia, memenuhi permintaan pasaran yang berubah-ubah untuk tenaga rendah karbon dan gas perindustrian dengan produk berinovatif dan penyelesaian kolaboratif. Kami memacu masa depan pasaran tenaga, pengangkutan, marin, aeroangkasa dan gas perindustrian.
Kumpulan tersebut diketuai oleh Cryogenic Industries, Inc., yang merupakan anak syarikat milik penuh
Nikkiso Co., Ltd. (TSE: 6376).
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Nikkiso CE&IG sila kunjungi
NikkisoCEIG.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
ContactsHubungan mediaRoss Davidson
Pengarah Komunikasi Luaran
+44 (0)7946 930741
Ross.davidson@nikkisoceig.compr@nikkisoceig.com Sumber: Nikkiso Clean Energy & Industrial Gases Group
--BERNAMA