​PELANTIKAN PENGERUSI BAHARU PUSAT PUNGUTAN ZAKAT - MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (PPZ-MAIWP) BAGI TEMPOH 2026 – 2028

Released on: Friday, 08 May 2026 5:42PM

Table
YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam bin Ab Rahman dilantik sebagai Pengerusi baharu PPZ-MAIWP berkuat kuasa 21 April 2026 hingga 31 Disember 2028
 
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) hari ini mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam bin Ab Rahman sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP yang baharu berkuat kuasa 21 April 2026 hingga 31 Disember 2028.

Pelantikan beliau merupakan langkah strategik dalam memastikan kesinambungan kepimpinan PPZ-MAIWP, khususnya dalam memperkasa fungsi kutipan zakat dan wakaf secara lebih tersusun dan inovatif demi kesejahteraan ummah. Beliau mengisi kekosongan jawatan yang sebelum ini disandang oleh Dato’ Seri Amrin Awaluddin yang telah menamatkan perkhidmatannya pada 14 Februari 2026.

Profil Kepimpinan Berwibawa

YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam, 66, merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam aktiviti kemanusiaan, diplomasi antarabangsa serta pembangunan masyarakat. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Indiana State University dan Ijazah Sarjana Pentabdiran Perniagaan dari Stephen F. Austin State University.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai peranan di beberapa buah organisasi termasuk MARA, Institut Kajian Dasar serta sebagai tenaga pengajar di Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam.

Antara sorotan kerjaya dan sumbangan utama beliau termasuk:
Ahli Lembaga Pengarah, barisan pengurusan dan warga kerja PPZ-MAIWP merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan YBhg. Dato’ Haji Ahmad Azam dan yakin pengalaman luas serta kepimpinan strategik yang dimiliki akan terus memperkukuh kelangsungan tadbir urus serta keberkesanan operasi kutipan zakat dan wakaf di Wilayah Persekutuan. 

MENGENAI PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) adalah sebuah agensi yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mengutip zakat harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sejak ditubuhkan, PPZ-MAIWP telah merevolusikan pengurusan zakat menerusi pendekatan korporat, efisien dan mesra pelanggan, menjadikannya antara institusi zakat paling progresif di Malaysia. PPZ-MAIWP menyediakan pelbagai saluran bayaran zakat secara dalam talian dan fizikal, bagi memudahkan umat Islam menunaikan kewajipan berzakat dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Selain memperkasakan kutipan zakat, PPZ-MAIWP kini menggalas tanggungjawab besar dalam memacu kecemerlangan institusi wakaf melalui penjenamaan semula Wakaf Wilayah Persekutuan. Inisiatif wakaf tunai ini dirangka secara strategik untuk memberi impak langsung kepada pembangunan ummah, khususnya dalam sektor pendidikan, kesihatan, kebajikan serta program pemerkasaan ekonomi asnaf yang lestari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zakat.com.my atau www.wakafwilayah.com.my 

SUMBER: PPZ-MAIWP

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: NORAZLINA MOHD NORDIN
Pengurus Kanan Komunikasi Korporat
Tel: 019 728 3839

Nama: FATIN AQILAH ZULKEFLI
Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat
Tel: 017 393 5432

Nama: NOR ATHIRAH MOHD HANAPIAH
Eksekutif Komunikasi Korporat
Tel: 013 456 2603

--BERNAMA 
Back to Home