Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan, RHB Islamic Bank Berhad (kanan) mewakili institusi perbankan tersebut menyampaikan zakat perniagaan berjumlah RM700,000 bagi tahun kewangan berakhir 2025 kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) dan disaksikan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah (tengah) dalam satu sesi menyantuni anak-anak yatim dan miskin baru-baru ini di Pusat Jagaan Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darussalam Al-Mukhtar, Pekan, PahangPEKAN, 5 Mei (Bernama) -- Kebawah Duli Paduka Baginda (KDPB) Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, berkenan menerima serahan zakat perniagaan daripada RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) berjumlah RM700,000 bagi tahun kewangan berakhir 2025, dalam satu sesi menyantuni anak-anak yatim dan miskin baru-baru ini di Pusat Jagaan Rumah Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darussalam Al-Mukhtar, Pekan, Pahang. Penyerahan zakat tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali.
Sejak tahun 2020, RHB Islamic telah menyalurkan pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM2.65 juta kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), sekali gus membuktikan komitmen institusi perbankan ini dalam memperkukuh institusi zakat serta membantu menampung keperluan golongan asnaf di Pahang.
Dato’ Adissadikin Ali berkata, “RHB Islamic komited untuk terus menyalurkan zakat bagi membantu golongan asnaf, di samping memperluas manfaat kewangan Islam kepada lebih ramai yang memerlukan. Tahun ini amat bermakna buat kami memandangkan jumlah zakat yang diserahkan kepada MUIP adalah yang tertinggi setakat ini. Kami berharap sumbangan ini dapat menggalakkan usaha bantuan yang lebih terancang dan berkesan serta membuka peluang ke arah masa depan yang lebih baik bagi golongan asnaf.”
Dalam majlis yang sama, RHB Islamic turut menyumbang sebanyak RM250,000 kepada MUIP yang bakal dimanfaatkan oleh kira-kira 400 orang anak yatim dan miskin dari 15 rumah kebajikan dan anak yatim negeri Pahang. Inisiatif tersebut bertujuan
menyokong keperluan asas anak-anak asnaf di rumah anak yatim di Pahang, khususnya bagi penyediaan makanan dan keperluan harian mereka.
RHB Islamic kekal komited untuk memperkukuh jaringan kerjasama strategik selaras dengan aspirasi memperkasa landskap pengurusan zakat yang lebih dinamik dan inklusif, seterusnya meningkatkan kesejahteraan golongan asnaf secara berterusan.
Sumber: RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nishanthi Palani
Vice President, Group Corporate Communications
E-mel: nishanthi.palani@rhbgroup.com
--BERNAMA