OPAQUE Peroleh Teknologi AI Kriptografi Dibangunkan di Abu Dhabi daripada TII, Memperluas AI Sulit Merentasi Keseluruhan Kitaran Hayat dengan Perlindungan Pascakuantum (Foto: AETOSWire)Keupayaan baharu ini membolehkan ejen AI digunakan secara selamat pada data yang paling sensitif dan tertakluk kepada kawal selia dengan peraturan yang boleh disahkan serta penguatkuasaan berasaskan perkakasan, disokong jaminan kriptografi yang direka untuk bertahan terhadap ancaman pengkomputeran kuantum
REDWOOD CITY, California & ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 5 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OPAQUE, syarikat AI Sulit yang beribu pejabat di San Francisco, California, hari ini mengumumkan pemerolehan teknologi AI kriptografi termaju daripada Technology Innovation Institute (TII), cabang penyelidikan gunaan di bawah Advanced Technology Research Council (ATRC) Abu Dhabi. Teknologi yang diperoleh — yang telah terbukti dalam kes penggunaan dunia sebenar, menambah dua keupayaan kritikal kepada platform OPAQUE: latihan model AI sulit berasaskan teknik kriptografi maju seperti pengiraan pelbagai pihak dan penyulitan homomorfik sepenuhnya, selain perlindungan kriptografi pascakuantum.
Diasaskan oleh penyelidik daripada RISELab, University of California Berkeley, OPAQUE kini menyokong aliran kerja AI Sulit merentas latihan dan inferens, sekali gus membantu perusahaan beralih daripada eksperimen AI terpencil kepada pelaksanaan produksi sehingga empat hingga lima kali lebih pantas.
Pemerolehan ini diselia oleh Penasihat Presiden UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan merangkap Setiausaha Agung ATRC, Tuan Yang Terutama Faisal Al Bannai, serta Pengasas Bersama dan Ahli Lembaga OPAQUE, Ion Stoica, yang juga Pengasas Bersama Databricks dan Profesor Sains Komputer di UC Berkeley. Ia menandakan kali pertama teknologi AI kriptografi yang dibangunkan di UAE diperoleh dan dilaksanakan secara berskala oleh syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat.
“Pemerolehan ini mencerminkan aspirasi UAE untuk menghasilkan—teknologi asas yang diterima pakai di seluruh dunia,” kata Faisal Al Bannai. “Keupayaan AI kriptografi yang dibangunkan di Abu Dhabi kini digunakan pada skala global oleh syarikat teknologi terkemuka dari AS. UAE bukan sahaja menerima ekonomi AI—malah menerajui perkembangannya. ATRC akan terus melabur dalam penyelidikan yang menentukan generasi seterusnya AI yang dipercayai.”
“Masa depan AI bergantung kepada keupayaan membuka akses kepada data yang sebelum ini tidak pernah dapat dimanfaatkan oleh organisasi,” kata Pengasas Bersama OPAQUE, Ion Stoica. “Kebanyakan perusahaan memiliki himpunan data yang terlalu sensitif untuk digunakan, tetapi pada masa yang sama terlalu bernilai untuk diabaikan. Dengan pemerolehan ini, OPAQUE merupakan satu-satunya platform yang menyediakan bukti kriptografi berasaskan pengesahan perkakasan merentasi keseluruhan kitaran hayat AI, termasuk latihan, penalaan halus, inferens dan ejen AI dengan perlindungan yang direka untuk menahan ancaman era kuantum. Gabungan keupayaan ini tidak wujud di mana-mana dalam pasaran pada masa ini.”
“Ejen AI sangat berkuasa: ia beroperasi pada kelajuan mesin dengan keupayaan yang hampir menyerupai manusia, serta mampu menyiapkan dalam beberapa hari apa yang sukar dicapai oleh seluruh pasukan dalam tempoh setahun,” kata Ketua Pegawai Eksekutif kepada OPAQUE, Aaron Fulkerson. “Namun kuasa yang sama inilah yang menjadikannya sukar untuk digunakan dalam persekitaran produksi. Ejen yang disambungkan kepada sistem sensitif atau data terkawal, seperti rekod pesakit, penyelidikan klinikal atau tuntutan kewangan boleh menyebabkan kerosakan dalam masa beberapa hari yang tidak mampu ditandingi oleh kumpulan pelaku berniat jahat dalam tempoh setahun. Satu-satunya cara untuk menggunakannya secara selamat ialah melalui peraturan yang dikuatkuasakan oleh perkakasan dan boleh disahkan: bukti yang boleh diperiksa tentang apa yang dijalankan, di mana ia dijalankan, dan peraturan mana yang dikuatkuasakan. Dengan membina di atas asas daripada setiap penyedia awan utama, OPAQUE membolehkan ejen AI digunakan dalam persekitaran produksi termasuk sistem dan data yang paling sensitif serta paling dikawal selia.”
Perusahaan menyimpan sejumlah besar data sensitif termasuk rekod pesakit, transaksi kewangan, risikan terperingkat dan penyelidikan proprietari yang berpotensi mentransformasi keupayaan AI mereka. Namun, penggunaan data tersebut merentasi keseluruhan kitaran hayat AI memerlukan penggabungan pelbagai penyelesaian daripada vendor berbeza, dengan setiap satu merangkumi fasa tertentu: satu untuk latihan, satu lagi untuk inferens, dan satu lagi untuk aliran kerja ejen AI. Hasilnya ialah jurang, kerumitan, serta risiko yang sering menyebabkan pasukan pematuhan tidak meluluskannya.
OPAQUE menghapuskan jurang tersebut. Teknologi yang diperoleh ini memperluas platform AI Sulit OPAQUE merentasi latihan, penalaan halus, inferens, dan pelaksanaan ejen AI. Ia menyediakan jaminan boleh disahkan pada setiap peringkat, disokong oleh kriptografi pascakuantum yang melindungi beban kerja daripada ancaman semasa dan masa hadapan. Sebagai contoh, ServiceNow menggunakan OPAQUE dalam persekitaran produksi untuk memperluas keupayaan AI kepada pelanggan perusahaan tanpa mendedahkan data mereka. Sebuah sistem kesihatan nasional pula boleh melatih model diagnostik menggunakan data pesakit merentas bidang kuasa, menjalankan inferens di pelbagai fasiliti, serta melaksanakan ejen AI pada data klinikal secara langsung semuanya dalam satu platform tunggal. Platform ini menjana bukti pengesahan berasaskan perkakasan yang selaras dengan keperluan SOC 2, ISO 27001, ISO 42001, Artikel 32 GDPR, serta obligasi berisiko tinggi di bawah EU AI Act, sekali gus membuktikan bahawa data kekal sulit, polisi telah dikuatkuasakan dan keperluan kawal selia dipenuhi.
Secara kritikal, seni bina OPAQUE bermaksud penguatkuasaan kriptografi berasaskan perkakasan, bukannya bergantung kepada kepercayaan terhadap vendor. Data pelanggan termasuk data yang diproses oleh program AI berdaulat dan perusahaan yang dikawal selia kekal dilindungi melalui Trusted Execution Environments serta pengesahan boleh disahkan, yang walaupun OPAQUE sendiri tidak dapat mengaksesnya. Ini membolehkan platform tersebut digunakan pada infrastruktur awan berdaulat di seluruh dunia dengan bukti kriptografi lokasi data, sekali gus membolehkan program AI nasional mengguna pakai AI Sulit tanpa melepaskan kawalan data di dalam negara atau kedaulatan bidang kuasa.
Di seluruh industri berisiko tinggi, cabaran yang sama timbul apabila sistem AI bergantung kepada data sensitif: bank melatih model penipuan merentas bidang kuasa kawal selia, kontraktor pertahanan menala halus pada risikan terperingkat, serta vendor perisian membenamkan AI ke dalam produk yang menyentuh data pelanggan.
Pemerolehan ini menyusuli pusingan Siri B OPAQUE sebanyak $24 juta pada penilaian $300 juta, dan dibina atas asas pelanggan yang merangkumi ServiceNow, Anthropic, Accenture, dan Encore Capital. Dengan teknologi yang diperoleh ini, OPAQUE menyokong aliran kerja AI Sulit merentasi latihan, penalaan halus, inferens dan ejen AI, membolehkan perusahaan serta program AI berdaulat beralih daripada eksperimen terpencil kepada penggunaan pengeluaran 4–5 kali lebih pantas, dengan keselamatan yang boleh disahkan serta perlindungan pascakuantum.
Bagi TII dan ATRC, transaksi ini mengesahkan strategi yang dirancang: melabur dalam penyelidikan kriptografi asas, membuktikannya pada model bahasa besar bertaraf dunia, kemudian mengembangkannya secara global melalui rakan kongsi yang mempunyai platform dan asas pelanggan untuk penskalaan. Teknologi AI asas yang dibangunkan di Abu Dhabi kini akan digunakan merentasi perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, kerajaan, dan perisian perusahaan di seluruh dunia dengan UAE muncul sebagai pengeluar infrastruktur kriptografi yang menyokong generasi baharu AI yang dipercayai.
“Kami membangunkan teknologi kriptografi ini untuk menangani cabaran asas dalam AI: bagaimana membolehkan model berkuasa bekerja dengan data yang sangat sensitif tanpa menjejaskan kerahsiaan atau kepercayaan,” kata Dr. Najwa Aaraj, Ketua Pegawai Eksekutif kepada TII. “OPAQUE ialah rakan kongsi yang tepat untuk membawa ini ke pasaran kerana ia sudah mempunyai platform perusahaan dan pangkalan pelanggan untuk skala penggunaan. Inilah tujuan penyelidikan gunaan, teknologi asas yang dibangunkan di Abu Dhabi, kini bergerak daripada makmal ke penggunaan global dunia sebenar.”
Pengumuman ini diperkukuh di acara Make it in the Emirates, yang menekankan perjalanan teknologi yang dibangunkan di Abu Dhabi daripada makmal UAE ke penggunaan antarabangsa, serta mengukuhkan peranan negara tersebut yang semakin berkembang sebagai pengeluar teknologi maju yang dibangunkan di UAE dan digunakan oleh dunia.
Sumber: AETOSWireTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260504705475/en Hubungitii@edelman.comUntuk Opaque
opaquesystems@inkhouse.comJennifer Dewan
Jennifer.dewan@tii.ae Sumber: Technology Innovation Institute
--BERNAMA