Pemenang ‘Concrete in Life 2025/26’ Diumumkan – Gambar Menakjubkan dari Seluruh Dunia

Released on: Friday, 24 Apr 2026 2:44PM

Table
PEMENANG KESELURUHAN: “Pillars Across the Sea” oleh Celbert Palaganas, Cebu City, Filipina
  
LONDON, 24 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Imej berkuasa dan memukau dari seluruh dunia telah dipilih sebagai pemenang pertandingan fotografi global Concrete in Life 2025/26 yang mengetengahkan peranan penting konkrit dalam kehidupan harian, infrastruktur, bandar dan reka bentuk.

Dianjurkan oleh Global Cement and Concrete Association (GCCA) , pertandingan tahunan ini menerima lebih 20,000 penyertaan daripada jurugambar profesional, amatur serta pengguna telefon pintar dari seluruh benua. Pertandingan ini menonjolkan bagaimana konkrit menyokong kehidupan moden, di samping memaparkan elemen keindahan, kreativiti dan hubungan sesama manusia.

Ketua Eksekutif GCCA, Thomas Guillot, berkata:“Imej luar biasa yang dihantar pada tahun ini memperlihatkan impak positif konkrit terhadap kehidupan masyarakat di seluruh dunia kadangkala bersifat praktikal, kadangkala hampir tersembunyi, dan ada kalanya sangat indah.”

Foto Terbaik Tahunan Concrete in Life 2025/26 , yang membawa hadiah utama USD10,000 , dimenangi oleh Celbert Palaganas menerusi karya bertajuk “Pillars Across the Sea” , yang dirakam di Cebu City, Filipina. Imej tersebut menampilkan tumbuhan pesisir pantai hijau di bahagian hadapan, manakala Lebuhraya Cebu–Cordova Link, jambatan terpanjang di Filipina, terbentang di latar belakang, menghasilkan kontras menarik antara alam semula jadi dan kejuruteraan.

Celbert Palaganas berkata: “Saya amat berbesar hati dan benar-benar bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang pertandingan tahun ini. Apa yang memberi inspirasi kepada saya ialah kontras yang saya saksikan dalam satu detik kekuatan dan ketahanan konkrit yang menjulang tinggi, serta kekuatan tenang alam semula jadi yang tumbuh di bawahnya. Dalam bingkai itu, saya tidak melihat konflik, tetapi kewujudan bersama, di mana kejuruteraan dan alam berkongsi ruang yang sama.”

Mengulas gambar pemenang, juri pertandingan dan Pengarah Kandungan Digital Camera World, Chris George berkata: “Imej ini sangat cemerlang dengan penggunaan warna yang menarik, memanfaatkan kedalaman medan luas yang tersedia pada telefon pintar bagi memastikan tumbuhan di bahagian hadapan kekal setajam struktur jambatan di latar belakang.”

Selain pemenang keseluruhan, empat lagi pemenang kategori turut diumumkan, masing-masing menerima hadiah USD2,500. Ralph Emerson De Peralta diumumkan sebagai pemenang kategori Konkrit Bandar menerusi foto bertajuk "Dubai Rising.” Foto terowong rel MRT di Jakarta bertajuk “Hidden Connection” oleh Rafly Rinaldy memenangi kategori Infrastruktur Konkrit. Naitao Li (李迺涛) memenangi kategori Konkrit dalam Kehidupan Harian menerusi karya “Time and Space Travellers” yang dirakam di Harbin, China. Kategori Keindahan dan Reka Bentuk Konkrit pula dimenangi oleh Marcel Van Balken melalui foto “Triangles” yang diambil di Antwerp, Belgium.

Anugerah Pilihan Orang Ramai, yang dipilih melalui undian awam dan menawarkan hadiah USD5,000, dimenangi oleh Aung Chan Thar menerusi karya “Rhythm on Concrete” yang dirakam di Hanoi, Vietnam.

Guillot menambah:“Konkrit menyediakan infrastruktur penting seperti jambatan, landasan kereta api dan jalan raya yang menghubungkan kita, selain rumah, pejabat dan sekolah yang kita gunakan setiap hari. Pertandingan ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menunjukkan betapa pentingnya konkrit dalam kehidupan mereka.”

Semua pemenang beserta maklumat gambar dan petikan mereka, termasuk 100 gambar yang disenarai pendek serta galeri dalam talian, boleh dilihat di Concrete in Life 2025/26 - Pertandingan Fotografi Global : GCCA.

Catatan kepada editor:

Imej pemenang boleh didapati menerusi pautan media di sini .

Senarai penuh yang disenarai pendek boleh dimuat turun melalui laman web kami.

Anda boleh melihat video pemenang kami di sini.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20260422352135/en

Hubungi

Stephanie Mackrell
Stephanie.Mackrell@gccassociation.org

Sumber: Global Cement and Concrete Association

--BERNAMA 
Back to Home