Tujuh Pameran Gaya Hidup HKTDCHONG KONG, 23 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC) bakal menganjurkan tujuh acara mega, termasuk
Pameran Hadiah & Premium Hong Kong,
Home InStyle dan
Fashion InStyle (27-30 April di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, HKCEC);
Pameran Percetakan & Pembungkusan Antarabangsa Hong Kong dan
DeLuxe PrintPack Hong Kong (diadakan secara serentak di AsiaWorld-Expo); serta
Pameran Pelesenan Antarabangsa Hong Kong dan
Persidangan Pelesenan Asia (27-29 April di HKCEC). Acara-acara ini menghubungkan industri kreatif Hong Kong dengan Tanah Besar China dan pasaran global, sekali gus memperkukuh peranan bandar raya tersebut sebagai hab kreatif serantau.
Hadiah Trend Terkini Pencetus Sumber PerolehanPameran Hadiah & Premium akan menampilkan Dewan Reka Bentuk Halus yang terkemuka, sebuah platform pameran utama bagi jenama reka bentuk teraju dari seluruh dunia. Edisi kali ini bakal menyaksikan kemunculan sulung Pavilion Shanxi, di samping peluasan Pavilion Zhejiang yang diterajui buat julung kalinya oleh Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang. Selain itu,
Smart Design Global bakal mempersembahkan penyertaan yang disenarai pendek, dengan memanfaatkan pameran ini sebagai platform untuk mempromosikan reka bentuk asli Hong Kong ke pasaran antarabangsa.
Menerajui Trend Kelengkapan RumahHome InStyle terus memamerkan material inovatif dalam kelengkapan rumah. Susulan kejayaan tahun lalu dalam menawarkan penyelesaian kediaman baharu bagi pasaran warga emas, pameran ini menyatukan elemen-elemen tersebut di
Pavilion Gerontech dan Material Inovatif, yang dibiayai oleh Suruhanjaya Inovasi dan Teknologi Kerajaan HKSAR.
Mentakrif Semula Sempadan Material di Fashion InStyleFashion InStyle menandakan kepulangan
NEXT@Fashion InStyle, sebuah zon tumpuan utama HKTDC yang ditaja oleh Agensi Pembangunan Industri Budaya dan Kreatif (CCIDA) Kerajaan HKSAR. Menampilkan Filipina sebagai Rakan Kongsi Utama tahun ini, zon tersebut menghimpunkan sekitar 60 pameran global yang mempamerkan bagaimana material generasi baharu memacu transformasi industri. Di bawah bimbingan Perunding Projek, Han Chong (pengasas Self-Portrait), ia mempersembahkan lima projek rentas disiplin oleh enam pereka muda Hong Kong yang sedang meningkat naik.
Dua Pameran PrintPack: Pintar + LestariPameran Percetakan & Pembungkusan bakal mengetengahkan pembungkusan pintar & material baharu di samping tawaran produk hijau, bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap inovasi dan kelestarian.
DeLuxe PrintPack Hong Kong pula akan memfokuskan kepada penyelesaian percetakan dan pembungkusan premium bagi barangan mewah, dengan tema khusus untuk industri berkaitan.
Acara-acara tersebut akan menampilkan pelbagai seminar tematik, forum pembeli, acara promosi dan pelancaran produk serta pertunjukan fesyen, yang merangkumi analisis pasaran, reka bentuk kreatif budaya, industri pintar, ekonomi warga emas dan kelestarian.
Daftar Sekarang:
https://tinyurl.com/5denzja3Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260415398629/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Hubungi Pertanyaan Media
Jabatan Pameran HKTDC:
Pak Wong
(852) 2240 4062
pakwong@hktdc.org Sumber: Hong Kong Trade Development Council
--BERNAMA