Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS Chemicals Group Berhad, Setiausaha Syarikat, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-28 (AGM) PCG
•Peningkatan EBITDA RM574 juta •
Pengagihan dividen berjumlah RM560 juta bagi FY2025 •
Melangkah ke 2026 dengan disiplin dan fokus jangka panjang KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan membentangkan prestasi kewangan serta operasi bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, yang mencerminkan disiplin pelaksanaan dalam menghadapi cabaran berterusan pasaran kimia global.
Pelaksanaan Berdisiplin dalam Persekitaran Pasaran yang Lemah Berlatarbelakangkan lebihan bekalan global, permintaan yang sederhana, tekanan kos serta ketidaktentuan geopolitik, PCG mencapai kadar penggunaan loji sebanyak 88%, disokong oleh integriti aset yang kukuh serta pengurusan loji yang dioptimumkan merentas portfolio.
Kumpulan mencatatkan peningkatan EBITDA sebanyak RM574 juta walaupun berdepan harga pasaran yang tidak memihak, didorong oleh pengoptimuman bahan mentah, peningkatan kebolehpercayaan loji serta kecekapan kerja baik pulih berjadual. Keanjalan komersial melalui strategi perolehan pihak ketiga dan pengoptimuman pasaran secara aktif telah meningkatkan fleksibiliti bekalan, manakala pengurangan kos berstruktur dicapai melalui pengurusan kontrak yang aktif, kecekapan logistik serta inisiatif kitaran semula sisa.
Sejajar dengan prestasi ini, Lembaga Pengarah mengisytiharkan jumlah dividen sebanyak RM560 juta bagi FY2025, dengan mengambil kira keseimbangan antara pulangan kepada pemegang saham dan fleksibiliti kewangan untuk menyokong pertumbuhan masa hadapan.
Prospek: Kewaspadaan, Disiplin dan Pertumbuhan Terpilih pada 2026 PCG melangkah ke 2026 berteraskan disiplin dan daya tahan, dengan jangkaan ketidaktentuan pasaran yang berterusan, pemulihan yang tidak sekata, serta perkembangan geopolitik terkini di Asia Barat yang telah mecetuskan volatiliti baharu terhadap dinamik bahan mentah dan rantaian bekalan. Strategi Kumpulan tertumpu kepada pengukuhan disiplin dalam aspek keselamatan, operasi dan peruntukan modal, di samping inisiatif terpilih untuk memperkukuh ketahanan portfolio—termasuk pengoptimuman berterusan perniagaan teras, pengembangan dalam bahan kimia khusus secara berdisiplin, serta pelaburan bersasar yang sejajar dengan keperluan pelanggan dan pasaran yang semakin berkembang.
Mengulas mengenai tinjauan tersebut,
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail berkata, "Keutamaan kami bagi tahun 2026 adalah untuk terus berwaspada, memperkukuh disiplin dan melindungi kekuatan operasi kami, sambil membina asas bagi pertumbuhan mampan. Dalam persekitaran operasi yang semakin dinamik dan kurang dapat diramal, pendekatan ini membolehkan kami kekal berdaya tahan dalam menghadapi volatiliti jangka pendek serta berada pada landasan yang kukuh untuk terus meningkatkan prestasi.
“PCG kekal komited untuk mengutamakan permintaan domestik berbanding ekspot bagi memastikan ketersediaan berterusan produk berkualiti tinggi di pasaran tempatan. Pelanggan boleh bergantung kepada PCG bagi bekalan stabil dan kualiti produk yang konsisten.”
AGM itu dipengerusikan oleh Pengerusi PCG, Datuk Sazali Hamzah, dengan Mazuin dan Ketua Pegawai
Kewangan, Mohd Azli Ishak, membentangkan prestasi Syarikat, perancangan pertumbuhan serta prospek 2026 kepada para pemegang saham.
Laporan 2025 PCG; Laporan Bersepadu, Laporan Lestari dan Laporan Kewangan boleh didapati di laman sesawang PCG di
https://www.petronas.com/pcg/media/reports serta laman sesawang Bursa Malaysia.
Mengenai PETRONAS Chemicals Group Berhad PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terkemuka di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini mengendalikan beberapa tapak pengeluaran bertaraf dunia di Malaysia, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara, dengan jumlah kapasiti pengeluaran gabungan sebanyak 16.8 juta tan metrik setahun (mtpa).
PCG terlibat terutamanya dalam aktiviti pembuatan, pemasaran dan penjualan rangkaian produk kimia yang pelbagai, termasuk olefin, polimer, baja, metanol, bahan kimia asas lain, produk derivatif serta bahan kimia khusus,
Disenaraikan di Bursa Malaysia dengan empat dekad pengalaman dalam industri bahan kimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.
PCG komited untuk memastikan amalan perniagaannya selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi amalan Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (EESG). PCG kini disenaraikan dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan Dow Jones Best-in-Class Indices. Maklumat lanjut berkenaan PCG boleh didapati di www.petronaschemicals.com
Sumber: PETRONAS Chemicals Group BerhadUNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Yogeswari Thangavelu
Corporate Communications Department
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)
Tel: (6) 017 2000919
E-mel : yogeswari.thangavel@petronas.com
--BERNAMA