PENGIKTIRAFAN KERJAYA: 143 PETUGAS KESIHATAN TERIMA PEMANGKUAN DAN KENAIKAN PANGKAT JUSA

Released on: Wednesday, 22 Apr 2026 8:51AM

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan petugas kesihatan melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan kerjaya sehingga ke hari ini.

Terkini, seramai 105 orang petugas kesihatan telah diberikan pemangkuan dan 38 orang dinaikkan pangkat ke Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA). Pengiktirafan ini adalah atas prestasi, dedikasi, serta sumbangan besar mereka terhadap perkhidmatan kesihatan negara.

Urusan ini melibatkan pelbagai skim perkhidmatan dan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan kekosongan jawatan serta keperluan perkhidmatan. Langkah ini selaras dengan usaha KKM untuk memantapkan kepimpinan organisasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat kekal cekap dan berkesan.

Inisiatif ini jelas mencerminkan komitmen KKM dalam menyediakan laluan kerjaya yang telus dan berasaskan merit. KKM akan terus menambah baik langkah-langkah sedia ada bagi memastikan kebajikan serta pembangunan profesional warga kerja sentiasa diberi perhatian sewajarnya.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
21 APRIL 2026 

SUMBER: 
Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Effaizah binti Shahidan 
Pegawai Perhubungan Awam 
Unit Komunikasi Korporat 
Tel : +603-8883 3478 / 012-3417379
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA 
Back to Home