Have a Puffy* Summer – *Moncler Ringan, Berlapis dan Tidak Dapat Disangkal Lagi

Released on: Friday, 17 Apr 2026 11:07AM

Table
KOLEKSI MONCLER MUSIM PANAS 2026_RAIKAN MUSIM PANAS DENGAN PUFFY_JAMIE DORNAN


Puffy Summer bukan sekadar satu musim. Ia merupakan intipati DNA Moncler, yang dievolusi untuk hari-hari di luar rumah yang lebih cerah dan ceria – diabadikan dalam kempen global yang dibintangi oleh Jamie Dornan.
 
MILAN, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Koleksi Moncler melangkah ke musim Puffy Summer dengan sentuhan ikonik bertekstur puffy yang diberi nafas baharu untuk hari-hari luar yang lebih ringan dan ceria. Visi terbaharu ini diterjemahkan melalui koleksi peralihan yang direka khas untuk perubahan cuaca bermusim: lembut, berstruktur artistik, berwarna-warni dan dipadankan dengan lapisan puffy yang sempurna untuk gaya berlapis yang lebih sofistikated – direalitikan dalam kempen ceria yang menampilkan Jamie Dornan.

Diwujudkan daripada keinginan untuk membawa DNA Moncler ke dalam hari-hari musim panas yang cerah, elemen puffy ikonik ini ditafsir semula melalui sistem lapisan ringan yang halus namun penuh karakter – satu ekspresi kepakaran jenama yang berterusan dalam memberikan keselesaan dan perlindungan.

Menyemarakkan imaginasi tentang gaya hidup musim panas Moncler Collection, kempen yang mengiringi koleksi ini menzahirkan hubungan rapat jenama dengan gaya berlapis untuk aktiviti luar, yang dipancarkan melalui prisma ceria *Puffy Summer*. Dikenali dengan persembahan lakonannya yang menonjol dalam Belfast dan The Fall, ikon global Jamie Dornan membawa pesona santai dan karisma yang tampak bersahaja. Digayakan dengan helaian sofistikated namun bebas daripada koleksi terbaharu, beliau turut bergandingan dengan arca haiwan yang unik dan penuh imaginasi.

“Langkah yang menarik apabila mengambil identiti yang begitu sinonim dengan Moncler dan mengalihkannya ke suasana musim panas. Anda masih dapat merasai elemen kehangatan dan puffy itu, cuma dalam versi yang lebih ringan dan santai. Keseluruhan kempen ini benar-benar memancarkan rasa keceriaan dan sifat yang lincah.” Jamie Dornan

Diilhamkan oleh elemen puffy ikonik Moncler serta nalurinya dalam gaya berlapis – kini ditafsir semula untuk musim panas – kempen ini menampilkan siri arca haiwan yang lincah, seakan-akan boleh ditiup, dihasilkan oleh pereka set Andy Hillman bersama pasukannya. Sotong, paus, udang kara, kuda laut, ketam dan flamingo muncul dalam tona warna yang dipadankan sempurna dengan koleksi. Hidupan pantai yang dikenali ini menggambarkan suasana musim: berani, ringan dan indah dalam tekstur puffy.

KOLEKSI MUSIM PANAS 2026

Walaupun musim panas mungkin tidak membangkitkan hubungan segera yang setara dengan jenama yang mentakrifkan gaya cuaca sejuk yang klasik; untuk tahun 2026, pendekatan berlapis Moncler Collection memberikan kenyataan baharu dengan almari pakaian Puffy Summer yang terunggul.

Kod gaya yang diketengahkan ialah elegan yang santai: memadankan pakaian luar bertekstur lembut, berdimensi dan seringan udara dengan lapisan yang disempurnakan – disusun untuk gaya yang kreatif, fleksibel namun penuh tujuan, diserikan dengan sentuhan playful serta pendekatan warna yang baharu – ke mana sahaja dinamik Puffy Summer dibawa.

WANITA
Palet warna yang segar dan feminin: merah jambu pastel, jingga, hijau hutan dan tona neutral yang rangup menjadi asas kepada motif klasik musim panas – jalur, kotak gingham dan flora tropika. Lapisan luar diperkaya dengan perincian yang teliti, daripada ikatan reben yang chic dan poket jejaring segi empat, hinggalah pinggang bertali yang boleh dilaras serta motif bunga terinspirasi orkid yang penuh hiasan.

Lapisan pertengahan menampilkan jaket "shell" dan parka nilon ringan berkemasan "washed", digayakan bersama jaket kemeja berkuilt motif bunga yang halus. Sentuhan sporty terserlah melalui hud nilon dan penarik tali boleh laras. Lapisan asas pula mengimbangi keselesaan dan kehalusan gaya, dengan kemeja polo berbutang bermotif jalur klasik, "playsuit" bercorak kotak dengan reben leher, gaun ringan beralun, serta seluar pendek bercetak pastel.

LELAKI
Kasual namun tetap kemas, gaya berlapis ini bermain dengan palet warna yang kuat seperti merah skarlet, kuning cerah, biru langit, merah tua mewah dan tona neutral yang bersih. Fabrik ringan menjadi definisi musim ini — nilon ultra ringan, denim santai, chambray campuran nilon, serta poplin kapas yang segar dan kemas.

Untuk cuaca peralihan, jaket gilet berbulu lembut, jaket pelindung angin, jaket lapangan dan jaket kemeja berhud tanpa bulu menawarkan perlindungan dengan sentuhan yang anggun. Pakaian asas meluaskan kemungkinan penggayaan: seluar pendek, seluar santai, kemeja boling retro, polo berjalur dan kemeja-T grafik. Topi baldi poplin berjalur atau mengait dan topi "beanie" yang ceria melengkapkan penampilan berlapis.

Koleksi Moncler Musim Panas 2026 kini boleh didapati di kedai Moncler terpilih dan moncler.com.

Ketahui lebih lanjut tentang Puffy Summer Moncler di sini.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260410478338/en

Hubungi 

monclerpress@moncler.com
 
Sumber: Moncler

--BERNAMA
Back to Home