Toshiba Memulakan Penghantaran Sampel Produk Siri Baharu “SmartMCD™” yang Mengintegrasikan Mikropengawal dan Pemacu Motor

Released on: Friday, 17 Apr 2026 11:04AM

Table
Toshiba: TB9M030FG, produk terbaharu dalam siri “SmartMCD™” Pemacu Kawalan Motor Pintar. 
 
 
— Teknologi Kawalan Tanpa Sensor pada Kelajuan Rendah untuk Kawalan Motor DC Tanpa Berus Tiga Fasa —
 
KAWASAKI, Jepun, 17 April (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memulakan penghantaran sampel kejuruteraan bagi "TB9M030FG,” penambahan terbaharu dalam siri peranti kawalan motor  “SmartMCD™”[1] miliknya. Peranti baharu ini mengintegrasikan mikropengawal (MCU) dan pemacu motor, serta menggabungkan teknologi kawalan tanpa sensor bagi operasi kelajuan rendah motor DC tanpa berus tiga fasa. TB9M030FG sesuai untuk kawalan tanpa sensor bagi motor DC tanpa berus tiga fasa yang digunakan dalam aplikasi automotif, seperti pam air elektrik, pam minyak elektrik, kipas elektrik dan peniup udara elektrik.

Seiring dengan peningkatan elektrifikasi sistem automotif seperti pam air, pam minyak dan kipas, pengeluar kenderaan menuntut motor yang lebih kompak, lebih cekap dan lebih senyap. Dalam masa yang sama, dengan pertambahan bilangan unit kawalan elektronik (ECU)[2] yang dipasang dalam kenderaan, pengurangan bilangan komponen dan pengoptimuman ruang papan litar menjadi semakin penting, sekali gus mendorong permintaan terhadap peranti berintegrasi tinggi yang menggabungkan MCU dan pemacu gerbang kawalan motor.

Kawalan tanpa sensor bagi motor DC tanpa berus tiga fasa menimbulkan cabaran dalam pengesanan tepat kedudukan rotor pada kelajuan rendah, sekali gus mewujudkan permintaan tinggi terhadap teknologi kawalan berorientasikan medan (FOC)[3] tanpa sensor berprestasi tinggi yang mampu memberikan kawalan stabil bermula daripada kelajuan sifar[4] .

TB9M030FG mengintegrasikan MCU berasaskan teras Arm® Cortex® ‑M0, memori kilat, pemacu gerbang yang mengawal dan memacu MOSFET kuasa saluran-N untuk operasi motor DC tanpa berus tiga fasa, pemancar-penerima rangkaian sambungan setempat (LIN)[5] serta sistem bekalan kuasa yang boleh beroperasi pada tahap bateri automotif—semuanya dalam pakej QFP48 bersaiz kecil 9×9 mm (tipikal). Integrasi ini menyumbang kepada pengecilan ECU dan pengurangan bilangan komponen.

MCD baharu ini turut menggabungkan perkakasan enjin vektor proprietari Toshiba, yang mengurangkan beban CPU dan saiz program perisian dalam aplikasi kawalan motor FOC. Teknologi kawalan tanpa sensor Toshiba yang dibangunkan untuk operasi kelajuan rendah membolehkan kawalan FOC tanpa sensor kedudukan daripada kelajuan sifar hingga kelajuan rendah apabila digunakan bersama motor kutub menonjol[6] . Pendekatan ini menghapuskan bunyi yang dihasilkan oleh kaedah suntikan isyarat frekuensi tinggi konvensional[7] , yang berpunca daripada suntikan harmonik, sekali gus menghasilkan operasi motor yang lebih senyap.

TB9M030FG mematuhi piawaian kelayakan elektronik automotif AEC-Q100[8] (Gred 0).

Ciri-ciri TB9M030FG menyumbang kepada pengecilan sistem automotif dan pengurangan bilangan komponen, sambil membolehkan kawalan motor yang lebih maju dan sofistikated, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aplikasi motor automotif.

Toshiba akan terus memperluas rangkaian siri SmartMCD™ dengan mengintegrasikan fungsi yang diperlukan untuk sistem automotif, sekali gus menyumbang kepada pengecilan sistem automotif dan pengurangan bilangan komponen.
 
Nota:
[1]SmartMCD: Siri pemacu kawalan motor automotif (MCD) yang dibangunkan oleh Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation yang mengintegrasikan pemacu motor dan mikropengawal dalam satu peranti tunggal.
[2]Unit kawalan elektronik (ECU): Istilah umum bagi unit kawalan elektronik yang dipasang dalam sistem automotif.
[3]Kawalan berorientasikan medan (FOC): Kaedah lazim kawalan vektor (iaitu kaedah kawalan yang mengawal secara bebas tork motor dan fluks magnet sebagai komponen ortogon) yang menggunakan kerangka rujukan berputar motor (sistem koordinat dq) untuk mengawal secara berasingan komponen fluks magnet (paksi-d) dan komponen tork (paksi-q).
[4]Kelajuan sifar: Keadaan di mana motor dibekalkan tenaga elektrik dan dikawal secara aktif, walaupun kelajuan putaran adalah sifar.
[5]Rangkaian sambungan setempat (LIN): Salah satu protokol komunikasi bersiri yang digunakan terutamanya untuk komunikasi antara unit kawalan elektronik (ECU) dalam kenderaan.
[6]Motor kutub menonjol: Motor DC tanpa berus tiga fasa yang rotor­nya mempunyai anisotropi magnet, menyebabkan perbezaan antara induktans paksi-d dan paksi-q (Ld ≠ Lq), serta mampu menjana tork reluktans akibat perbezaan reluktans magnet dalam motor.
[7]Kaedah suntikan isyarat frekuensi tinggi: Kaedah kawalan tanpa sensor di mana isyarat voltan (atau arus) frekuensi tinggi ditindankan dan disuntik ke dalam gelombang asas yang digunakan untuk memacu motor bagi mengesan kedudukan rotor.
[8]AEC-Q100: Piawaian kelayakan elektronik automotif yang ditetapkan oleh Automotive Electronics Council, meliputi kebolehpercayaan dan kualiti komponen elektronik automotif, khususnya litar bersepadu (IC).

Aplikasi

Peralatan automotif

·        Pam air elektrik
·        Pam minyak elektrik
·        Kipas elektrik
·        Peniup udara elektrik, dan lain-lain

Ciri-ciri
 
·        IC pemacu gerbang kawalan tanpa sensor untuk motor DC tanpa berus tiga fasa (dengan litar pam cas terbina dalam)
·        MCU 32-bit (Arm® Cortex® ‑M0) dengan frekuensi operasi 40 MHz (dengan pengayun kelajuan rendah dan kelajuan tinggi terbina dalam)
·        Memori terbina dalam dengan ECC[9] Memori kod (Code flash): 64 KBait; ROM: 12 KBait; RAM: 4 KBait
·        Enjin vektor (VE) terbina dalam untuk kawalan FOC dan pemacu motor boleh atur cara (PMD)[10]
·        Penguat pengesan arus rintangan 1-shunt terbina dalam[11] , penukar A/D 12-bit, dan penukar A/D 10-bit
·        Membolehkan kawalan FOC tanpa sensor kedudukan dari kelajuan sifar hingga julat operasi kelajuan rendah apabila digunakan bersama motor kutub menonjol
 
Nota
[9]Fungsi kod pembetulan ralat (ECC) terbina dalam: Menyokong pembetulan ralat 1-bit (SEC) dan pengesanan ralat 2-bit (DED).
[10]Pemacu motor boleh atur cara: Modul perkakasan kawalan motor yang menjana modulasi lebar denyut (PWM), mengawal pengaliran arus dan mengesan kerosakan pada peringkat perkakasan, sekali gus mengurangkan beban pemprosesan bagi kawalan motor.
[11]Penguat pengesan arus rintangan 1-shunt: Arus motor dianggarkan secara tidak langsung menggunakan rintangan shunt pengesan arus dan penguat pengesan arus.
 Spesifikasi Utama
Nombor bahagian TB9M030FG
Motor yang disokongMotor DC tanpa berus tiga fasa
Fungsi utamaPenguat pengesan arus rintangan 1-shunt,
 Perkakasan untuk kawalan FOC tanpa sensor dan kawalan gelombang segi empat (VE, PMD, ENC[12] )
Lapisan fizikal LIN: 1 saluran (responder sahaja)
Kaedah komunikasi Komunikasi LIN / komunikasi PWM[13] boleh dipilih, UART, SPI[13] , UART, SPI
Pengesanan ralat utamaPengesanan voltan rendah (Vcc, dijana 5V),
Pengesanan voltan tinggi (Vdd, dijana 1.5V),
Perlindungan penutupan terma, Pengesanan arus berlebihan,
Pengesanan kerosakan litar terbuka/pintas bagi MOSFET kuasa luaran, dan lain-lain.
 Penarafan
 maksimum
 mutlak
Power supply voltageVoltan bekalan kuasa
 Vbat (V)
-0.3 hingga +40
 Julat
 operasi
Voltan bekalan kuasa
Vbat (V)
6 hingga 18
Suhu operasi
Topr (°C)
Ta=-40 hingga +150
Tj=-40 hingga +175
PakejNamaP-HTQFP48-0707-0.50-002
Saiz (mm)Tip.9.0×9.0
KebolehpercayaanLayak AEC-Q100 (Gred 0)
Pengeluaran besar-besaranJanuari 2027 (dijadualkan)
Nota:
[12]Litar input pengekod (ENC): Litar yang menerima isyarat daripada pengekod untuk mengesan keadaan operasi motor, termasuk kedudukan, kelajuan dan arah putaran.
[13]Komunikasi PWM: Kaedah komunikasi dengan kitar tugas (lebar denyut) bagi isyarat modulasi lebar denyut (PWM) digunakan sebagai maklumat utama untuk komunikasi antara modul.
     

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu ini.
TB9M030FG

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang pemacu motor automotif Toshiba.
Peranti Analog

* Arm dan Cortex ialah tanda dagangan berdaftar milik Arm Limited (atau anak syarikatnya) di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
* SmartMCD™ ialah tanda dagangan milik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Nama syarikat lain, nama produk dan nama perkhidmatan lain mungkin merupakan tanda dagangan milik syarikat masing-masing.
* Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan serta maklumat hubungan, adalah terkini pada tarikh pengumuman namun tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan storan yang canggih, memanfaatkan lebih setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan semikonduktor diskret, sistem LSI, dan produk HDD yang luar biasa kepada pelanggan dan rakan perniagaan.

Seramai 17,000 pekerjanya di seluruh dunia berkongsi tekad untuk memaksimumkan nilai produk dan menggalakkan kerjasama rapat dengan pelanggan dalam penciptaan nilai serta pasaran baharu. Syarikat ini menantikan peluang untuk membina dan menyumbang kepada masa depan yang lebih baik bagi semua orang di seluruh dunia.

Ketahui lebih lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20260415255043/en

Contacts

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Analog
Tel: +81-44-548-2219
Hubungi Kami

Pertanyaan Media:
C. Nagasawa
Jabatan Komunikasi & Perisikan Pasaran
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation 

--BERNAMA 
Back to Home