Persidangan Wilayah Fujian 2026 mengenai Pembangunan bagi Ekonomi Kebudayaan dan Pelancongan akan dibuka pada 17 April di Zhangzhou di China Tenggara

Released on: Monday, 13 Apr 2026 11:03AM

Table
 Kediaman tradisional (Gucuo) di Kampung Daimei, Zhangzhou, tersusun rapi dalam barisan dan lajur yang seragam. Diwujudkan semasa zaman pemerintahan Jingtai dalam Dinasti Ming, Kampung Daimei mempunyai sejarah lebih daripada 570 tahun.


ZHANGZHOU, China, 13 April, 2026 /Xinhua-AsiaNet/--

Dengan bertemakan "Membina sebuah Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia dan Memupuk Kebudayaan dan Pelancongan sebagai sebuah Industri Teras," Persidangan Wilayah Fujian 2026 mengenai Pembangunan bagi Ekonomi Kebudayaan dan Pelancongan akan berlangsung dari 17 hingga 18 April di Zhangzhou di China Tenggara. Acara itu bertujuan untuk memacukan peningkatan menyeluruh bagi industri kebudayaan dan pelancongan Fujian, sekali gus memenuhi matlamat "menganjurkan satu acara untuk merancakkan bandar raya itu dan merangsangkan ekonomi serantau".

Sebagai bandar raya tuan rumah, Zhangzhou terletak di selatan Wilayah Fujian. Bandar itu menempatkan Nanjing Tulou – sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO – serta memiliki landskap yang menakjubkan yang mempertemukan gunung-ganang dan laut, sekali gus menarik aliran pelancong domestik dan antarabangsa secara berterusan. Dengan memanfaatkan persidangan itu, Zhangzhou akan memberi tumpuan kepada lima tema utama kebudayaan dan pelancongan: Budaya Maritim, Tamadun Ekologi, Warisan Tulou, Pesona Bandar Purba, dan Seni Bina Minnan. Melalui inisiatif seperti pelancaran poster dengan terjemahan Hokkien (dialek Minnan), menganjurkan lawatan tinjauan ke Fujian untuk agensi pelancongan dari pasaran sumber utama, dan mengadakan pementasan persembahan komedi kebudayaan Minnan, bandar raya itu akan menampilkan daya tarikan unik budaya Minnan kepada khalayak global, sekali gus memperkayakan visi Fujian untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia yang kaya dengan nilai budaya.

Menurut data yang tersedia, pasaran pelancongan kebudayaan Fujian menunjukkan prestasi yang mantap pada tahun 2025, dengan mengalu-alukan 5.5525 juta kunjungan pelancong antarabangsa – satu peningkatan 51.2% tahun ke tahun. Wilayah itu telah menetapkan 2026 sebagai Tahun Penggunaan Kebudayaan dan Pelancongan, dengan tema "Menyegarkan Fujian · Gaya Hidup Minnan". Seiring dengan itu, persidangan itu akan melancarkan kira-kira 100 senario kebudayaan dan pelancongan terpilih di bawah inisiatif "Gaya Hidup Minnan" dan memperkenalkan sebuah peta panduan elektronik. Meliputi pelbagai sektor termasuk ekologi, budaya dan teknologi, inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan satu peralihan ke arah model penggunaan yang pelbagai dan menyeluruh sepanjang hari.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Wilayah Fujian 2026 mengenai Pembangunan bagi Ekonomi Kebudayaan dan Pelancongan

--BERNAMA
Back to Home