Jumio Melengkapkan Penilaian eKYC Malaysia dengan Dapatan Sifar

Released on: Thursday, 26 Mar 2026 11:00AM

Table
Jumio Melengkapkan Penilaian eKYC Malaysia dengan Dapatan Sifar 

Pencapaian menunjukkan komitmen berterusan syarikat pada peringkat global untuk membantu pelanggan memenuhi keperluan pematuhan peraturan
 
SINGAPURA, 26 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jumio, penyedia risikan identiti dikuasakan AI yang diperkukuh dalam pengesahan biometrik, automasi dan cerapan berasaskan data, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat itu telah berjaya melengkapkan Penilaian Rintisan eKYC Bebas yang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan dapatan sifar.

BNM mempunyai keperluan yang ketat untuk vendor eKYC merentasi tiga teras utama:

· Pengesahan ID: Mengenal pasti contoh MyKad (ID Kebangsaan Malaysia) yang palsu dan dimanipulasi.
· Pengecaman Muka: Memadankan swafoto pengguna dengan foto ID.
· Pengesanan Keaktifan: Memastikan pengguna ialah individu sebenar dan mencegah percubaan perdayaan/pemalsuan wajah.

Jumio bekerjasama dengan juruaudit bebasLGMS, firma keselamatan siber dan penilaian terkemuka di Malaysia dengan pengalaman luas dalam mengendalikan penilaian BNM. Laporan akhir mengisytiharkan penyelesaian eKYC Jumio berjaya lulus 100% kriteria dengan dapatan sifar.

Sejak bertapak di Asia Pasifik pada tahun 2018, Jumio telah membantu organisasi di seluruh rantau ini memenuhi standard pengesahan identiti dan pematuhan yang ketat. Pencapaian terbaharu ini menunjukkan pengalaman Jumio dalam menyokong bank dan teknologi kewangan yang dikawal selia di seluruh Asia Pasifik dan global.

“Berjaya lulus penilaian bebas BNM dengan dapatan sifar merupakan pencapaian penting dan pengesahsahihan kukuh terhadap pengesahan identiti, pengecaman muka dan keupayaan keaktifan kami,” kata Ee Khoon Oon, Naib Presiden dan pengarah urusan Jumio, APAC. “Bank dan teknologi kewangan di Malaysia yang memilih Jumio sebagai penyelesaian eKYC masing-masing boleh membawa pelanggan dengan lebih pantas, memenuhi atau melebihi jangkaan AML dan beroperasi dengan yakin di bawah rangka kerja ID digital Malaysia yang semakin berkembang.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pensijilan keselamatan dan sokongan untuk pematuhan peraturan Jumio, sila kunjungi jumio.com.

Maklumat Tentang Jumio

Jumio membantu organisasi mengenali dan mempercayai pelanggan masing-masing secara dalam talian. Daripada pembukaan akaun kepada pemantauan secara berterusan, Platform Jumio menyediakan risikan identiti dikuasakan AI yang diperkukuh dalam pengesahan biometrik, automasi dan cerapan berasaskan data untuk mewujudkan, mengekalkan dan menegaskan semula kepercayaan dengan tepat.

Memanfaatkan teknologi automatik yang berkuasa termasuk penyaringan biometrik, pembelajaran AI/mesin, pengesanan keaktifan dan perancangan tanpa kod dengan ratusan sumber data, Jumio membantu memerangi penipuan dan jenayah kewangan, membawa pelanggan dengan lebih pantas dan memenuhi pematuhan peraturan termasuk KYC dan AML. Jumio telah memproses lebih daripada 1 bilion transaksi merangkumi lebih 200 negara dan wilayah daripada transaksi web dan mudah alih dalam masa nyata.

Berpangkalan di Sunnyvale, California, Jumio beroperasi di seluruh dunia dengan pejabat dan perwakilan di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Asia Pasifik dan Timur Tengah, serta telah menerima pelbagai anugerah untuk inovasi. Jumio disokong oleh Centana Growth Partners, Great Hill Partners dan Millennium Technology Value Partners.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.jumio.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260324415645/en


Contacts

Hubungan Media
Luke Nazir
FINN Partners
Luke.Nazir@finnpartners.com
+65 8139 2504

Sumber: Jumio 

--BERNAMA 
Back to Home