KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Sempena kempen global Generali,
“Here.Now.”, Generali Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran kumpulan baharu yang dijenamakan semula, melibatkan 30 buah trak tunda Generali Malaysia Assistance.
Dengan membawa mesej
“Here.Now.”, trak tunda yang tampil dengan wajah baharu ini melambangkan janji Generali untuk sentiasa berada di sisi pelanggan-pelanggan ketika diperlukan. Mesej ini menjadi kenyataan melalui perkhidmatan bantuan tepi jalan yang menawarkan bantuan pantas dan dipercayai boleh membuat perbezaan kritilkal bagi pemilik kenderaan apabila mengalami kerosakan atau kemalangan.
Pelancaran kumpulan baharu yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan kongsi Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) Generali Malaysia yang dihormati dan sangat dipercayai ini menandakan satu langkah yang mengujakan dalam menjamin penyampaian perkhidmatan yang konsisten, penyelarasan penghantaran bantuan yang pantas, serta pengurusan kes yang lancar di seluruh negara.
“Kecemasan di jalan raya boleh menimbulkan tekanan dan tidak boleh diduga. Pelanggan-pelanggan mungkin sukar untuk mengingati nombor telefon trak tunda atau berasa keliru dengan pelbagai pilihan pengendali trak tunda yang ada. Dengan bantuan Generali Malaysia Assistance, kami mewujudkan pengalaman bantuan tepi jalan yang lebih lancar dan mengutamakan pelanggan-pelanggan, menawarkan proses yang mudah, teratur dan boleh diyakini. Kini, jika berlaku kerosakan, kemalangan, atau bantuan diperlukan di lokasi, pelanggan-pelanggan boleh mendapatkan pertolongan hanya dengan menghubungi talian bebas tol kami atau melalui aplikasi mudah alih GeneraliMY,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Pengurus Besar bagi Entiti Generali di Malaysia.
Perkhidmatan bantuan tepi jalan Generali Malaysia berusaha untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan tanpa kerumitan sebaik sahaja pelanggan-pelanggan meminta bantuan. Dengan hanya satu ketikan pada aplikasi GeneraliMY atau panggilan ke talian utama, bantuan akan diaktifkan dengan serta-merta. Aplikasi tersebut menyediakan penjejakan masa nyata, membolehkan pelanggan-pelanggan memantau lokasi trak tunda serta anggaran masa ketibaannya untuk kepastian. Apabila bantuan tiba, trak tunda yang berjenama Generali jelas menampakkan kredibiliti dan keterjaminan, serta menjamin kenderaan dikendalikan secara profesional dan dihantar ke bengkel panel yang dipercayai. Setelah urusan selesai, pelanggan-pelanggan juga boleh mengemukakan tuntutan mereka melalui aplikasi yang sama.
Untuk bantuan tepi jalan yang pantas, Pelanggan-pelanggan boleh menghubungi Generali Malaysia Assistance melalui talian bebas tol
1800-22-2262 atau talian tetap
+603-2779 6923, atau memuat turun aplikasi GeneraliMY. Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://www.generali.com.my/roadside-assistance SUMBER: Generali Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho
Emel: sheena.ho@generali.com.my
Nama: Samantha David
Emel: samantha.david@generali.com.my
--BERNAMA