
SBC Medical Umumkan Strategi Kesejahteraan Generasi Baharu “SBC Wellness 2.0” Menerajui kategori “Perubatan Prestasi” demi penembusan menyeluruh ke dalam pasaran kelanjutan umur — menyasarkan pasaran global yang diunjurkan mencecah $2 trilion menjelang tahun 2035 IRVINE, Calif., 25 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SBC Medical Group Holdings Incorporated (Nasdaq: SBC) (“SBC Medical” atau “Syarikat”), sebuah Organisasi Perkhidmatan Pengurusan yang mengendalikan rangkaian luas perniagaan francais merentasi pelbagai bidang perubatan, hari ini mengumumkan “SBC Wellness 2.0,” sebuah platform kesejahteraan dan kelanjutan umur baharu yang menggabungkan penjagaan kesihatan estetik, penjagaan pencegahan dan pengurusan kesihatan berasaskan data.
Inisiatif ini meletakkan SBC Medical dalam kedudukan strategik untuk menyertai pasaran kelanjutan umur yang sedang pesat berkembang, yang diunjurkan mencecah kira-kira $800 bilion pada tahun 2025* dan berkembang kepada kira-kira $2 trilion menjelang tahun 2035, dengan kadar pertumbuhan tahunan komposit melebihi 10% dari tahun 2026 hingga 2035. Strategi ini merupakan lanjutan semula jadi daripada perniagaan teras SBC Medical dalam pasaran penjagaan kesihatan estetik Jepun yang bernilai kira-kira $4 bilion. Walaupun pasaran kelanjutan umur domestik Jepun telah pun mencecah anggaran $34 bilion, ia masih berada di peringkat awal tanpa peneraju pasaran yang jelas, sekali gus memberikan peluang besar kepada Syarikat untuk meraih kelebihan sebagai penggerak pertama. SBC Medical berhasrat menggunakan rangkaian klinik dan pangkalan pelanggan sedia ada di Jepun untuk membina aliran pendapatan berulang serta platform berbeza yang kaya dengan data.
“Melalui penjagaan kesihatan estetik, kami telah membantu ramai orang membina keyakinan terhadap penampilan mereka,” kata Yoshiyuki Aikawa, Ketua Pegawai Eksekutif SBC Medical. “Apa yang kami sedari adalah mereka yang mahukan penampilan muda juga amat peka terhadap tanda-tanda kemerosotan fizikal dalaman. SBC Wellness 2.0 lahir daripada cetusan idea ini. Kami yakin hanya SBC Medical mampu menyampaikan standard penjagaan yang membolehkan individu mengejar ‘diri terbaik mereka’ — merentasi penampilan mahupun fungsi fizikal. Kami akan menjadi perubah keadaan dalam pasaran kelanjutan umur domestik Jepun terlebih dahulu sebelum menyasarkan pasaran global.”
*Sumber: Report Ocean, “Global, US & Japan Longevity Market” (diterbitkan Mac 2026)
Apakah SBC Wellness 2.0?SBC Wellness 2.0 memberikan tumpuan kepada aspek pencegahan, prestasi fizikal dan tempoh kesihatan keseluruhan berbanding sekadar merawat penyakit, di mana perkhidmatan ini memanfaatkan penanda bio darah, pengimejan, dan peralatan AI untuk menilai keadaan setiap pelanggan serta mengesyorkan protokol diperibadikan yang mungkin merangkumi prosedur perubatan, suplemen, dan sokongan gaya hidup. Dengan menyepadukan "penampilan muda" dan "pengoptimuman fizikal," SBC Medical mewujudkan kategori "perubatan prestasi" baharu yang melangkaui pendekatan bukan perubatan seperti kecergasan dan suplemen am menerusi program yang mengikuti kitaran mudah: mengukur metrik utama, memvisualisasikan usia biologi serta risiko, mengesyorkan pelan tersuai, menyediakan bimbingan digital berterusan, dan menjejaki kemajuan dari semasa ke semasa.
Kelebihan Kompetitif dan Model HasilSBC Medical yakin ia berada pada kedudukan yang kukuh dalam bidang longeviti, berikutan rangkaian 283 kliniknya dan kira-kira 6.5 juta kunjungan pelanggan setiap tahun, yang menyediakan salah satu set data kesihatan estetik terbesar di Jepun. Aset data berskala besar ini secara langsung menyumbang kepada pembangunan model AI proprietari, mewujudkan halangan yang kukuh bagi kemasukan pesaing baharu. Syarikat ini beroperasi melalui platform perubatan yang merangkumi prosedur kesihatan estetik dan rawatan yang dilindungi insurans, dengan pengalaman yang lama dalam melayani pelanggan premium yang berulang. Tambahan pula, kepakaran SBC Medical dalam hospitaliti bernilai tinggi dan reka bentuk pengalaman pengguna (UX), yang dibangunkan melalui pengurusan klinik mewah, memberikan kelebihan penting dalam memenuhi keperluan pelanggan longeviti premium. SBC Medical menjangka untuk mengkomersialkan Wellness 2.0 melalui gabungan program berbungkus yang dijual kepada syarikat sebagai manfaat kesejahteraan pekerja dan perkhidmatan kesihatan perubatan serta estetik berbayar sendiri yang bernilai tinggi, dijual terus kepada pelanggan. Model B2B ini menawarkan pelanggan korporat bentuk pelaburan modal insan baharu untuk meningkatkan pengambilan pekerja dan mengurangkan kadar keluar pekerja, sambil menyediakan model pertumbuhan yang cekap dengan kos pemasaran yang rendah. Pengurusan percaya gabungan kontrak korporat seperti langganan dan perkhidmatan perubatan pilihan ini dapat menyokong hasil berulang, meningkatkan kadar pengekalan pelanggan dan memperbaiki ekonomi unit dari masa ke masa.
Maklumat tentang SBC Medical Group Holdings IncorporatedSBC Medical Group Holdings Incorporated adalah sebuah Organisasi Perkhidmatan Pengurusan yang mengendalikan pelbagai perniagaan francais dalam bidang perubatan yang pelbagai, termasuk kesihatan estetik maju, dermatologi, ortopedik, rawatan kesuburan, ginekologi, pergigian, rawatan alopecia (AGA) dan oftalmologi. Syarikat ini menguruskan portfolio jenama klinik yang pelbagai dan sedang giat mengembangkan kehadiran global, terutamanya di Amerika Syarikat dan Asia, melalui operasi langsung serta inisiatif pelancongan perubatan. Pada September 2024, syarikat ini disenaraikan di Nasdaq, dan pada Jun 2025, ia terpilih untuk dimasukkan dalam Russell 3000® Index, penanda aras luas pasaran ekuiti Amerika Syarikat. Berpandukan Tujuan Kumpulannya, “Menyumbang kepada kesejahteraan manusia di seluruh dunia melalui inovasi perubatan,” SBC Medical Group Holdings Incorporated terus menyediakan perkhidmatan perubatan yang selamat, dipercayai, dan berkualiti tinggi, sambil memperkukuh reputasinya di peringkat antarabangsa dari segi kualiti dan kepercayaan dalam penjagaan perubatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
https://sbc-holdings.com Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini daripada SBC Medical, ikuti kami di
LinkedIn.
Pernyataan Berpandangan ke HadapanSiaran akhbar ini mengandungi penyataan pandangan ke hadapan. Penyataan pandangan ke hadapan bukan fakta sejarah atau kenyataan mengenai keadaan semasa, sebaliknya hanya mencerminkan kepercayaan Syarikat mengenai peristiwa dan prestasi masa hadapan, yang sebahagiannya, secara semula jadi, tidak menentu dan berada di luar kawalan Syarikat. Penyataan pandangan ke hadapan ini menggambarkan pandangan semasa Syarikat mengenai, antara lain, rancangan dan strategi pelancaran produk; pertumbuhan hasil dan pendapatan; serta prospek perniagaan. Dalam beberapa kes, penyataan pandangan ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mungkin,” “sepatutnya,” “menjangka,” “menganggarkan,” “percaya,” “merancang,” “diunjurkan,” “meramalkan,” “potensi,” “mensasarkan” atau “mengharapkan,” atau negatif perkataan-perkataan ini atau istilah yang serupa. Syarikat menasihatkan pembaca supaya tidak meletakkan kebergantungan yang berlebihan terhadap mana-mana penyataan pandangan ke hadapan, yang hanya sah pada tarikh siaran ini dan tertakluk kepada pelbagai risiko, ketidakpastian, andaian, atau perubahan keadaan yang sukar diramalkan atau diukur. Penyataan pandangan ke hadapan adalah berdasarkan jangkaan semasa pengurusan dan bukan jaminan prestasi masa hadapan. Syarikat tidak mengambil atau menerima sebarang obligasi untuk mengeluarkan sebarang kemas kini atau semakan secara umum terhadap mana-mana penyataan pandangan ke hadapan bagi mencerminkan sebarang perubahan dalam jangkaannya atau sebarang perubahan dalam peristiwa, keadaan, atau situasi yang menjadi asas penyataan tersebut, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Faktor-faktor yang mungkin menyebabkan hasil sebenar berbeza secara ketara daripada jangkaan semasa boleh timbul dari semasa ke semasa, dan tidak mungkin bagi Syarikat untuk meramalkan kesemuanya; faktor-faktor ini termasuk, antara lain, perubahan dalam keadaan ekonomi, perniagaan, persaingan, pasaran, dan peraturan di peringkat global, serantau, atau tempatan, serta faktor-faktor yang disenaraikan di bawah tajuk “Faktor Risiko” dan lain-lain dalam dokumen Syarikat yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat ("SEC"), yang boleh diakses melalui laman web SEC di
www.sec.gov.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260323000188/enHubungiSBC Medical Group Holdings IncorporatedHikaru Fukui / Ketua Jabatan IR; E-mel:
ir@sbc-holdings.comAkiko Wakiyama / Ketua Pegawai Perhubungan Awam; E-mel:
pr@sbc.or.jpICR LLC (Waktu AS) Bill Zima / Rakan Kongsi Pengurusan; E-mel:
bill.zima@icrinc.com Sumber: SBC Medical Group Holdings Incorporated
--BERNAMA