Bilion Pengguna Seterusnya Bukan Manusia: Menlo Security Melancarkan Platform Keselamatan Pelayar Pertama dalam Industri untuk Mengawal Ejen AI

Released on: Thursday, 19 Mar 2026 10:26AM


Seiring pertumbuhan pelaksanaan perusahaan berasaskan ejen, Menlo Security menawarkan satu-satunya platform yang melindungi kedua-dua manusia dan ejen AI, ketika penyerang mengeksploitasi jurang tersebut.

MOUNTAIN VIEW, Calif., 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menlo Security, peneraju dalam keselamatan pelayar untuk manusia dan ejen autonomi, hari ini mengumumkan platform Browser Security, pertama yang direka khusus untuk melindungi perusahaan berasaskan ejen dengan ejen AI autonomi dijangka melebihi jumlah pekerja manusia, dan pelayar menjadi “sistem operasi” bagi kedua-duanya. Platform ini menyediakan lapisan kawalan bersatu pertama untuk melaksanakan tadbir urus pada kelajuan mesin serta pencegahan ancaman bagi pengguna manusia dan bukan manusia, dan digunakan secara global melalui infrastruktur cloud elastik Menlo.

Menurut Bill Robbins, Ketua Pegawai Eksekutif Menlo Security, “Bilion pengguna web seterusnya bukan manusia. Ini bukan lagi ramalan masa depan; ia adalah realiti semasa bagi perusahaan moden. Dengan memindahkan perlindungan terus ke dalam sesi pelayar, kami membolehkan organisasi melaksanakan ejen AI pada skala dan kelajuan yang mustahil dicapai manusia tanpa membuka ruang kepada serangan seperti prompt injection atau kebocoran data. Tanpa perlindungan ini, satu ejen AI yang terjejas boleh bergerak merentas sistem perusahaan, mencuri data atau melakukan transaksi penipuan pada kelajuan mesin tanpa campur tangan manusia.”

“Menlo Security mengambil pendekatan baharu terhadap keselamatan ejen AI. Berbanding penyelesaian lain yang cuba menjejak ejen dan membina perimeter keselamatan di sekelilingnya yang sebenarnya satu usaha yang sukar dimenangi, Menlo membina tadbir urus terus ke dalam ejen sejak dari awal,” kata Michael D'Arezzo, Pengarah Eksekutif Keselamatan Maklumat dan GRC di Wellstar Health System. “Ini membolehkan kawalan keselamatan yang membantu pengguna membangunkan ejen yang selamat, dengan tahap keizinan dan tempoh hayat yang tepat. Dengan keyakinan bahawa ejen secara asasnya dilindungi daripada ancaman dan kebocoran data, kami dapat membangunkan serta menskalakan strategi berasaskan ejen kami dengan lebih berkesan.”

Pelancaran ini menyusuli tahun fiskal rekod bagi Menlo, dengan pendapatan berulang tahunan (ARR) melebihi $140 juta dan kadar pengekalan bersih melebihi 120%. Untuk memperkukuh lagi kedudukan pasaran, Menlo baru-baru ini bekerjasama dengan Google bagi menyediakan akses jauh berprinsip keistimewaan paling rendah kepada aplikasi desktop dan data melalui pelayar untuk manusia dan ejen. Pendekatan ini membantu organisasi mengurangkan kos dan kerumitan operasi VDI tradisional, sambil memperluaskan kawalan sifar kepercayaan Menlo kepada ejen AI serta semua jenis peranti, sama ada diurus, tidak diurus atau BYOD (bawa peranti anda sendiri).

Melindungi Era “Agentic”

Perusahaan kini semakin melaksanakan ejen AI untuk mengautomasikan aliran kerja yang kompleks. Namun, ejen ini sering menggunakan pelayar tanpa antaramuka atau beroperasi terus melalui protokol web, sekali gus berada di luar liputan teknologi keselamatan tradisional. “Tenaga kerja perusahaan sedang berubah. Ejen AI kini membuat keputusan dalam sistem perusahaan, tetapi kebanyakan program keselamatan tidak pernah direka untuk mengambil kira kewujudan mereka,” kata Antonio Bovoso, Pengasas & Prinsipal di Consiro Advisory. “Pelayar ialah titik di mana identiti, niat, dan tindakan ejen bertemu, menjadikannya titik kawalan kritikal dalam perusahaan.” Pelaku ancaman sudah mula mengeksploitasi peralihan ini melalui serangan yang tidak dapat dikesan oleh manusia, seperti prompt injection melalui dokumen dan steganografi. Sebagai contoh, ejen AI yang ditugaskan memproses invois mungkin secara tidak sedar “membaca” teks tersembunyi (contohnya teks putih di atas latar putih) dalam fail digital, yang mengarahkan ejen tersebut untuk mengalihkan pembayaran ke akaun pihak ketiga yang berniat jahat. Arahan ini akan dianggap sah oleh ejen, sedangkan penyelia manusia hanya melihat invois biasa tanpa menyedari manipulasi tersebut.

Platform Browser Security oleh Menlo Security menangani cabaran ini dengan menganggap manusia dan ejen sebagai peserta setara dalam tenaga kerja, serta menyediakan:

· Menlo AI Agent Security: Bertindak sebagai “Guardian Runtime” untuk ekonomi berasaskan ejen. Ia menguatkuasakan pemisahan antara arahan dan data bagi memastikan ejen tidak tersilap menganggap data berniat jahat sebagai arahan sah. Ini secara asasnya meneutralkan rampasan matlamat dan pergerakan lateral, serta memastikan ejen tidak dapat mengekstrak data sensitif.
· Kesalinghubungan Sejagat: Mengatasi “Tembok Pemodenan” dengan menterjemah aplikasi dan laman web kompleks yang kekurangan API. Menlo memudahkan navigasi aplikasi dan akses data oleh ejen, sambil memastikan data dibersihkan sebelum disampaikan. Ini membolehkan ejen AI meniru aliran kerja manusia dengan selamat, berinteraksi dengan data yang sebelum ini terperangkap dalam infrastruktur tanpa API kukuh sekali gus menghapuskan “hutang pemodenan” dan mempercepat pulangan pelaburan AI.
· Keterlihatan Deterministik: Berbeza dengan sistem legasi yang tidak dapat melihat konteks sesi pelayar dan format visual fail, Menlo beroperasi pada tahap DOM pelayar dan komponen fail untuk menyediakan intel forensik penuh serta paparan aliran sesi masa nyata.
· Tadbir Urus Ejen Berprinsip Keizinan Minimum: Menguatkuasakan kawalan granular bagi menghalang ejen AI autonomi daripada bergerak secara lateral atau mengekstrak data tanpa kebenaran.

Imuniti Seni Bina untuk Manusia dan Ejen

Platform ini memindahkan titik kawalan keselamatan terus ke dalam sesi pelayar bagi memastikan perlindungan yang konsisten. Pendekatan ini mewujudkan “Imuniti Seni Bina” keadaan dengan ancaman yang cuba mengelak secara asasnya tidak dapat dilaksanakan kerana permukaan serangan telah dineutralkan melalui pemprosesan cloud runtime dengan analisis visual multimodal, sebelum sampai ke aliran kerja penaakulan AI atau titik hujung manusia. Dengan menyediakan lapisan kepercayaan bersatu ini, Menlo Security mampu menghapuskan ancaman paling canggih dalam era berasaskan ejen seawal titik kemasukan.

Menurut Ramin Farassat, Ketua Pegawai Produk di Menlo Security, “Ejen AI mewakili perubahan asas dalam pengkomputeran perusahaan. Buat pertama kalinya, pasukan keselamatan mempunyai satu lapisan kawalanyang menggunakan dasar keselamatan dan tadbir urus yang sama, baik kepada ejen AI yang memproses invois mahupun kepada CFO manusia yang meluluskannya pada kelajuan mesin, dengan keterlihatan forensik penuh.”

Menlo Security akan mempamerkan platform Browser Security ini di RSAC 2026. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.menlosecurity.com/lp/menlo-rsa.

Maklumat tentang Menlo Security

Menlo Security ialah perintis kepada Browser Security Platform, infrastruktur pertama dalam industri yang direka untuk mentadbir tenaga kerja hibrid yang merangkumi manusia dan ejen AI autonomi. Dengan meletakkan pelayar sebagai sistem operasi baharu bagi perusahaan, Menlo menyediakan “Guardian Runtime” yang menangani risiko unik apabila ejen AI beroperasi pada kelajuan mesin tanpa pertimbangan manusia. Platform Menlo membolehkan perusahaan berasaskan ejen menskalakan penggunaan AI dengan yakin, melalui kesalinghubungan sejagat kepada data legasi serta pencegahan ancaman sifar-hari yang bersatu merentasi setiap sesi. Dipercayai oleh lebih 1,000 perusahaan global, termasuk lapan daripada sepuluh institusi kewangan terbesar dunia serta agensi kerajaan utama Menlo melindungi lebih 8 juta pengguna dan berjuta-juta sesi ejen AI serentak. Beribu pejabat di Mountain View, California, dan disokong oleh pelabur seperti JPMorgan Chase, American Express Ventures, dan Vista Equity Partners, Menlo komited untuk melindungi pelayar bagi era berasaskan ejen. Ketahui lebih lanjut di www.menlosecurity.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hunbungi

Hubungan Media:
Greenough Communications
menlo@greenoughagency.com

Sumber: Menlo Security

--BERNAMA
Back to Home