​ Xsolla Menerbitkan Laporan Industri Baharu Mengenal Pasti Peluang Terbesar untuk Masa Depan Permainan Video bagi Pembangun

Released on: Thursday, 12 Mar 2026 12:00PM

Table
Grafik: Xsolla

Laporan Xsolla Mendedahkan Bagaimana Studio Menjana Hasil Baharu, Menjangkau Audiens Global, dan Membina Kelebihan Daya Saing yang Berkekalan
 
LOS ANGELES, 12 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global terkemuka, hari ini mengeluarkan edisi terkini The Xsolla Report, yang dilancarkan bersempena pengaktifan dan kerjasama minggu ini di San Francisco. Edisi ini memberikan pandangan yang terhasil daripada kerjasama dengan ribuan studio bagi memetakan di mana peluang terbesar dalam industri sedang muncul. 

Industri permainan kekal rancak, dan formula kejayaan sedang berubah. Studio yang menyesuaikan strategi komersial mereka, menyambut baik perdagangan terus kepada pemain, berkembang ke pasaran global yang pesat berkembang, serta memanfaatkan AI untuk memperkemaskan operasi kini berada di hadapan dan membina perniagaan yang direka untuk terus berkembang maju pada tahun-tahun akan datang.

"Ekonomi pembangunan permainan telah dan akan terus berubah serta berkembang pada masa hadapan. Bajet telah meningkat, kos pemerolehan pemain melonjak, dan model penerbitan tradisional semakin tertekan,” kata Chris Hewish, Presiden Xsolla. “Kita telah mencapai satu titik perubahan di mana andaian lama tidak lagi terpakai, dan pemimpin yang mengenal pasti perubahan ini lebih awal akan mendapat kelebihan yang jauh lebih besar."

"Perbincangan mengenai model terus kepada pengguna dalam industri permainan telah berubah secara asas berikutan pelbagai perubahan peraturan,” kata Berkley Egenes, Ketua Pegawai Pemasaran dan Pertumbuhan di Xsolla. “Apa yang pada awalnya merupakan langkah taktikal untuk mempelbagaikan hasil kini telah berkembang menjadi keperluan strategik bagi studio untuk berkembang dan terus maju dalam masa depan permainan live-service.“

Dapatan Utama Daripada Laporan Xsolla Termasuk:

·  Syarikat permainan terkemuka kini sudah menjana 15–45% daripada jumlah hasil melalui kedai web D2C, yang menghasilkan sehingga 25% lebih keuntungan bagi setiap transaksi berbanding pembelian berasaskan platform.
·  Pasaran pesat berkembang seperti Turkey (CAGR 13%), India (11%), dan Asia Tenggara (6%) mewakili peluang pengembangan paling menarik bagi industri ini hingga 2029.
·  AI menawarkan keuntungan operasi sebenar, memendekkan garis masa pembangunan sebanyak kira-kira 20% dan mengurangkan kos sokongan sebanyak lebih kurang 40%.
·  "Pemain “platform omnivore” yang bermain merentasi konsol, PC, dan peranti mudah alih kini mewakili 43% daripada pemain di United States, meningkat daripada 30%, membuka laluan baharu bagi studio untuk menjangkau pemain di mana sahaja mereka berada.
·  Tajuk dengan model perkhidmatan langsung yang lestari terus berkembang, dengan PUBG: Battlegrounds mencapai kira-kira 75 juta pengguna Steam dan Roblox di Xbox yang meningkat kepada hampir 30 juta pemilik.
·  Keputusan mahkamah AS pada April 2025 yang membenarkan pautan dalam aplikasi ke tawaran luaran telah membuka peluang bagi pembangun untuk berinteraksi dengan pemain merentasi saluran yang tidak pernah berlaku sebelum ini

Laporan itu juga menggariskan peta hala tuju yang jelas mengenai keutamaan seterusnya bagi para pemimpin: membangun dengan modulariti dan kitaran pembangunan yang lebih pantas, melabur dalam infrastruktur audiens yang dimiliki, serta menjadikan pemenuhan peraturan sebagai kelebihan daya saing apabila pasaran global semakin terbuka.

"Kita sedang memasuki satu era di mana studio dengan infrastruktur komersial asas yang kukuh akan mengatasi mereka yang hanya mengutamakan pelaksanaan kreatif,” tambah Berkley Egenes. “D2C kini menjadi keperluan asas bagi permainan live-service yang progresif, dan studio yang menganggap detik ini sebagai strategik akan menjadi penentu masa depan kejayaan permainan mudah alih" 

Laporan Xsolla lengkap tersedia untuk dimuat turun di: xsolla.pro/xsolla-report-v9

Perihal Xsolla

Xsolla adalah sebuah syarikat perdagangan global yang menyediakan alat dan perkhidmatan kukuh untuk membantu pembangun menangani cabaran asas dalam industri permainan video. Dari syarikat indie hingga AAA, pelbagai syarikat bekerjasama dengan Xsolla untuk membantu membiayai, mengedarkan, memasarkan, dan memonetkan permainan mereka. Berlandaskan kepercayaan terhadap masa depan permainan video, Xsolla bertekad dalam misi untuk mengumpulkan peluang dan sentiasa menyediakan sumber baharu kepada pencipta. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, Xsolla beroperasi sebagai pedagang rasmi dan telah membantu lebih 1,500 pembangun permainan untuk mencapai lebih ramai pemain serta mengembangkan perniagaan mereka di seluruh dunia. Dengan lebih banyak jalan untuk meraih keuntungan dan cara untuk berjaya, pembangun mempunyai semua yang diperlukan untuk menikmati permainan mereka.

Untuk maklumat lanjut, lawati xsolla.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20260311021020/en

Contacts

Hubungan Media
Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com
 
Sumber: Xsolla 

--BERNAMA 
Back to Home