BOSTON & HONG KONG & SINGAPURA & DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 3 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) hari ini mengumumkan pelantikan Marcus Portbury sebagai Presiden Serantau, Asia Timur Tengah (AME). Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa, Marcus turut akan memegang jawatan sebagai Ketua Eksekutif Cawangan Hong Kong. Dalam kedua-dua peranan tersebut, beliau menggantikan Marc Breuil yang bersara daripada syarikat dan industri insurans.
“Marcus telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan perniagaan kami di seluruh Asia dan Timur Tengah sejak pelancaran operasi di rantau ini, dengan membawa disiplin pengunderaitan BHSI, kekuatan kewangan serta komitmen terhadap perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan serantau,” kata Peter Eastwood, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif BHSI. “Saya menantikan kerjasama berterusan untuk membina hubungan kukuh serta memperkukuh falsafah mengutamakan pelanggan di seluruh rantau ini.”
“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Marc Breuil. Di bawah kepimpinannya, BHSI berjaya membina portfolio yang kukuh dan stabil serta membentuk pasukan cemerlang di Asia dan Timur Tengah. Marc menikmati kerjaya yang gemilang dalam industri insurans global. Saya berbangga dapat menganggap beliau sebagai rakan sekerja dan sahabat, dan mendoakan yang terbaik dalam persaraannya,” tambah Peter.
Marcus Portbury menyertai Berkshire Hathaway Specialty Insurance (BHSI) pada tahun 2014 dan sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Serantau Third-Party Lines, Asia. Beliau mempunyai lebih tiga dekad pengalaman dalam industri insurans, termasuk lebih 20 tahun memegang jawatan kepimpinan kanan di seluruh Asia. Marcus kekal berpangkalan di Hong Kong dan boleh dihubungi melalui
Marcus.Portbury@bhspecialty.com.
Di Asia dan Timur Tengah, BHSI menawarkan rangkaian penuh perlindungan insurans harta komersial dan liabiliti, termasuk penyelesaian multinasional serta Kemalangan & Kesihatan.
Berkshire Hathaway Specialty Insurance Company (diperbadankan di Nebraska, Amerika Syarikat) menyediakan perlindungan insurans harta komersial, liabiliti, liabiliti profesional penjagaan kesihatan, talian eksekutif dan profesional, liabiliti transaksi, surety, marin, perjalanan, program khusus, kemalangan dan kesihatan, perlindungan had kerugian perubatan, pemilik rumah, serta insurans multinasional. Terma dan syarat sebenar bagi setiap produk mungkin berbeza mengikut polisi. Di rantau Asia Timur Tengah, BHSI menulis polisi atas kertas Berkshire Hathaway Specialty Insurance Company, yang memegang penarafan kekuatan kewangan A++ daripada AM Best dan AA+ daripada Standard & Poor's. Berpangkalan di Boston, Berkshire Hathaway Specialty Insurance mempunyai pejabat di pelbagai bandar utama global termasuk Atlanta, Boston, Chicago, Columbia, Dallas, Houston, Indianapolis, Irvine, Los Angeles, New York, Plymouth Meeting, San Francisco, San Ramon, Seattle, Stevens Point, Adelaide, Auckland, Barcelona, Brisbane, Brussels, Calgary, Cologne, Dubai (Dikawal selia oleh Dubai Financial Services Authority), Dublin, Frankfurt, Hamburg, Hong Kong, Kuala Lumpur (Diluluskan oleh Labuan FSA sebagai Penanggung Semula Am – IS2016165), London, Lyon, Macau, Madrid, Manchester, Melbourne, Milan, Munich, Paris, Perth, Singapore, Stockholm, Sydney, Toronto dan Zurich.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiKENALAN MEDIA
JoAnn Lee / +1 617.936.2937
Sumber: Berkshire Hathaway Specialty Insurance
--BERNAMA