LATANCI: Kerugian Selepas Cukai dan Kepentingan Tanpa Kawalan
PATANCI: Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Tanpa Kawalan
•
Kadar purata penggunaan loji Kumpulan direkodkan pada 96%, menyumbang kepada peningkatan dalam pengeluaran dan jumlah jualan bagi kimia komoditi.
Pendapatan menurun sebanyak 3% kepada
RM6.6 billion, dipengaruhi oleh harga jualan purata yang lebih rendah serta kesan pertukaran asing yang negatif
•
Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) menurun sebanyak 77% kepada
RM115 juta, berikutan kerugian pertukaran asing yang tidak direalisasi yang lebih tinggi atas penilaian semula hutang pada PPCSB, serta kos pembaikan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi
•
Kerugian Selepas Cukai (LAT) berjumlah
RM730 juta, disebabkan oleh EBITDA yang lebih rendah serta peningkatan kerugian pertukaran asing yang kurang menguntungkan susulan penilaian semula pinjaman pemegang sahan kepada PPCSB
•
Dividen interim kedua sebanyak 4 sen sesaham telah diisytiharkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Dividen berjumlah RM320 juta yang akan dibayar pada 18 Mac 2026 menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY2025 sebanyak RM560 juta, mencerminkan komitmen berterusan PCG dalam memberikan pulangan kepada pemegang saham
Mazuin Ismail, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG berkata:
“PCG terus komited dalam memperkukuhkan asas perniagaan dan meningkatkan daya tahan operasi bagi memastikan kemampanan dan kestabilan jangka panjang. Sepanjang tahun ini, Kumpulan berhadapan dengan pelbagai cabaran luaran dan dalaman yang kompleks, yang memerlukan penyesuaian berterusan bagi memastikan prestasi dan pelaksaanan kekal mampan. Berikutan gangguan tidak dirancang yang berlaku seiring sepanjang pelaksanaan program berjadual, Kumpulan telah melaksanakan semakan operasi dan membuat keputusan untuk menangguhkan sebahagian besar aktiviti penutupan loji ke tahun ini sebagai langkah proaktif bagi memastikan kesinambungan operasi dan kelangsungan perniagaan. Walaupun menghadapi persekitaran yang mencabar, Kumpulan mengekalkan operasi yang stabil, dengan segmen O&D dan F&M yang mencatatkan kadar penggunaan loji melebihi 85%.
Sepanjang 2025, Kumpulan turut memacu projek pertumbuhan utama, termasuk loji Isononanol (INA) di Pengerang yang kini beroperasi secara komersial, dan loji Melamin di Gurun yang telah sedia untuk beroperasi. Pencapaian ini menandakan kejayaan dalam perluasan portfolio derivatif serta mengukuhkan pencapaian nilai jangka panjang.
Dalam portfolio bahan kimia khusus, kami terus memajukan peralihan ke arah pasaran bernilai tinggi. Pemerolehan OQ Chemicals Nederland B.V. pada Disember 2024 membolehkan kami menawarkan penyelesaian ester sintetik untuk aplikasi bendalir pengubah, dengan penghantaran pertama kepada pelanggan pada Julai 2025.
Kumpulan mengekalkan kawalan kos yang ketat dengan mengutamakan kebolehpercayaan operasi dan melindungi kecairan, dan ini telah menjana RM574 juta melalui penciptaan nilai dan pengoptimuman kos melaluipengurusan kos yang berdisiplin, intervensi prestasi dan pengoptimuman komersial.
Kami juga terus memperkukuh agenda kelestarian dengan meningkatkan kecekapan tenaga, mengoptimumkan proses serta mengurangkan aktiviti pembakaran gas (flaring) di seluruh operasi kami. Sepanjang tahun, kami memperluas penggunaan Sijil Tenaga Boleh Baharu berbundel serta memajukan kajian teknikal dalam laluan penyahkarbonan lain, selaras dengan kesiapsiagaan aset dan penciptaan nilai jangka panjang.”
Prospek Masa DepanPersekitaran operasi bagi tahun 2026 dijangka terus mencabar, selaras dengan sektor kimia global yang menghadapi ketidakpastian ekonomi, ketidaktentuan harga minyak, perkembangan pasaran yang pesat, serta perningkatan tekanan geo-ekonomik dan perdagangan. Kumpulan menjangkakan pasaran O&D akan terus menghadapi tekanan berikutan penambahan kapasiti baharu di China serta permintaan yang perlahan. Sementara itu, permintaan agrikultur yang kukuh di India dan Australia terus menyokong penggunaan baja, manakala bekalan metanol dijangka kekal terhad berikutan aktiviti penutupan loji berjadual di Asia Tenggara. Kumpulan turut kekal berwaspada pada segmen bahan kimia khusus, memandangkan permintaan dalam sektor pembinaan dan automotif masih perlahan, manakala pertumbuhan dalam sektor berkaitan pengguna juga sederhana.
PCG akan terus memperkukuh daya tahan portfolionya melalui pengoptimuman aset, kecekapan kos dan operasi. Perniagaan teras syarikat akan terus menjadi keutamaan, disokong oleh keselamatan dan kebolehpercayaan operasi yang kukuh, peruntukan modal yang berdisiplin, serta kecekapan berterusan bagi mengekalkan margin dan aliran tunai sepanjang kitaran pasaran.
Mengenai PETRONAS Chemicals Group Berhad PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) merupakan pengeluar bahan kimia bersepadu terkemuka di Malaysia dan antara yang terbesar di Asia Tenggara. Syarikat ini mengendalikan beberapa tapak pengeluaran bertaraf dunia di Malaysia, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara, dengan jumlah kapasiti pengeluaran gabungan sebanyak 16.8 juta tan metrik setahun (mtpa). PCG terlibat terutamanya dalam aktiviti pembuatan, pemasaran dan penjualan rangkaian produk kimia yang pelbagai, termasuk olefin, polimer, baja, metanol, bahan kimia asas lain, produk derivatif serta bahan kimia khusus,
Disenaraikan di Bursa Malaysia dengan empat dekad pengalaman dalam industri bahan kimia, PCG telah ditubuhkan sebagai sebahagian daripada Kumpulan PETRONAS untuk memaksimumkan nilai daripada sumber gas asli Malaysia.
PCG komited untuk memastikan amalan perniagaannya selaras dengan piawaian yang diiktiraf di peringkat global bagi amalan Ekonomi, Alam Sekitar, Sosial & Tadbir Urus (EESG). PCG kini disenaraikan dalam Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia (F4GBM) dan Dow Jones Best-in-Class Indices.
Maklumat lanjut berkenaan PCG boleh didapati di
www.petronaschemicals.com SUMBER: PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Yogeswari Thangavelu
Corporate Communications Department
PETRONAS CHEMICALS GROUP BERHAD (PCG)
Tel: (6) 017 2000919
Emel: yogeswari.thangavel@petronas.com
--BERNAMA