SITUASI SEMASA PENYAKIT TUBERKULOSIS DI MALAYSIA

Released on: Monday, 16 Feb 2026 3:20PM

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan situasi Penyakit Tuberkulosis atau Tibi yang berlaku di Malaysia sehingga Minggu Epidemiologi ke-5 (ME 5/2026). Sebanyak 503 kes baharu telah dikesan menjadikan bilangan kes keseluruhan sebanyak 2,571 kes. Pecahan bilangan kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

● 614 kes (23.88%) di Sabah;
● 476 kes (18.51%) di Selangor;
● 257 kes (10.00%) di Sarawak;
● 233 kes (9.06%) di Johor;
● 202 kes (7.86%) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya;
● 148 kes (5.76%) di Pulau Pinang;
● 144 kes (5.60%) di Kedah;
● 127 kes (4.94%) di Perak;
● 96 kes (3.73%) di Kelantan;
● 81 kes (3.15%) di Pahang ;
● 60 kes (2.33%) di Terengganu;
● 58 kes (2.26%) di Negeri Sembilan;
● 42 kes (1.63%) di Melaka;
● 17 kes (0.66%) di Perlis; dan
● 16 kes (0.62%) di Wilayah Persekutuan Labuan.

Saranan Pencegahan & Kawalan Sepanjang Musim Perayaan

Menjelang musim perayaan dan cuti panjang yang bakal tiba, orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap pencegahan penyakit Tibi dengan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul serta memakai pelitup muka di kawasan yang sesak. Individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan, atau susut berat badan digesa untuk segera menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat.

Langkah ini bukan sahaja berteraskan prinsip penilaian risiko kendiri, malah merupakan tanggungjawab sosial yang amat penting bagi melindungi diri, keluarga, serta komuniti daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
15 FEBRUARI 2026

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Effaizah binti Shahidan 
Pegawai Perhubungan Awam 
Unit Komunikasi Korporat 
Tel : +603-8883 3478 
Faks : +603-8888 6187

--BERNAMA

 
Back to Home