Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 telah selesai di Dubai dengan penyertaan terbesar, menghimpunkan lebih 6,250 pemimpin global dari lebih 150 negara untuk memajukan dialog mengenai tadbir urus, inovasi, dan pembangunan lestari (Foto: AETOSWire)Edisi terbesar dalam sejarah sidang kemuncak ini menghimpunkan lebih 6,250 pemimpin global, penggubal dasar, dan pakar dari lebih 150 negara.Pemimpin dunia, termasuk presiden dari Switzerland, Sierra Leone, dan negara lain, mengetuai dialog strategik DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di bawah kepimpinan Presiden UAE, Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, dan Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri UAE serta Pemerintah Dubai, Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia telah selesai di Dubai dengan penyertaan terbesar dalam sejarahnya, menampilkan lebih daripada 6,250 peserta.
Platform Global yang Menghimpunkan Pemimpin DuniaSidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026, yang berlangsung di Dubai dari 3 hingga 5 Februari, menghimpunkan pembuat keputusan, pemikir utama, dan pakar dari pelbagai sektor, mengukuhkan peranan sidang kemuncak ini sebagai platform global untuk membentuk masa depan tadbir urus.
Perhimpunan yang belum pernah berlaku sebelum ini menampilkan wakil daripada lebih 150 kerajaan, lebih 700 Ketua Pegawai Eksekutif, lebih 500 menteri, dan 60 ketua negara. Ia juga disertai oleh lebih 87 pemenang Hadiah Nobel dan saintis yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, bersama lebih 80 organisasi dan pusat penyelidikan antarabangsa.
Presiden dan pemimpin dunia lain berhimpun untuk mengambil bahagian dalam perbincangan strategik berprofil tinggi. Sesi termasuk ‘Adakah Dekad Seterusnya Milik Afrika?’ di mana presiden Afrika menggariskan visi mereka untuk dekad akan datang; ‘Reset Geopolitik’ bersama Dr. Anwar Gargash dan Mike Pompeo; dan ‘Perbualan dengan Presiden Konfederasi Swiss’ yang menggariskan keutamaan strategik global.
Pengumuman Berimpak Tinggi dan Pencapaian StrategikDalam edisi ke-13, sidang kemuncak ini telah mengamjurkan lebih 445 sesi dialog yang melibatkan lebih 450 tokoh antarabangsa, selain 25 forum global dan lebih 45 mesyuarat peringkat menteri dan mesyuarat peringkat tinggi.
Sidang kemuncak ini menampilkan beberapa pengumuman berimpak tinggi, termasuk pelancaran inisiatif OPENSCI di Sidang Kemuncak Pemenang Hadiah Nobel Dunia; kerjasama antara Pihak Berkuasa Jalan dan Pengangkutan Dubai dengan The Boring Company milik Elon Musk untuk memajukan projek terowong penumpang Dubai Loop; pendedahan cip AI terbesar di dunia; pengumuman pod transit autonomi dengan kerjasama Glydways sebagai sebahagian daripada rancangan mobiliti generasi akan datang Dubai; serta inisiatif kelestarian baharu, termasuk rancangan untuk mengamalkan model ‘bandar span’ untuk memperkukuhkan daya ketahanan iklim bandar, berserta gelombang perjanjian dan inisiatif lain yang lebih luas.
Melangkah ke Hadapan Menuju WGS 2027Meneruskan momentum ini, edisi seterusnya sidang kemuncak dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 3 Februari 2027, dengan matlamat untuk terus membentuk masa depan kerajaan dan masyarakat di seluruh dunia.
Sumber: AETOSWireTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260210283291/en
Hubungi Ahmed Yahya
ayahya@apcoworldwide.com Sumber: World Governments Summit
--BERNAMA