Mary Kay Inc., peneraju jualan langsung global dalam inovasi kecantikan dan penjagaan kulit, memasuki tahun 2026 dengan prestasi memberangsangkan apabila memperoleh pengiktirafan peringkat tertinggi dalam senarai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Forbes 2026, di mana syarikat ini menduduki tempat kedua secara keseluruhan. (Imej Ihsan: Mary Kay Inc.)Mary Kay Melabuh Tirai 2025 dengan 25 Anugerah Reputasi Korporat DALLAS, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., sebagai peneraju jualan langsung global dalam inovasi kecantikan dan penjagaan kulit, memasuki tahun 2026 dengan prestasi memberangsangkan apabila memperoleh pengiktirafan peringkat tertinggi dalam senarai
Perkhidmtan Pelanggan Terbaik Forbes’ 2026, di mana syarikat ini menduduki kedudukan #2 secara keseluruhan. Penghormatan ini menyusuli tahun cemerlang Mary Kay, yang melabuh tirai 2025 dengan sejumlah 25 anugerah global, menunjukkan tumpuannya yang berterusan terhadap kecemerlangan korporat, industri jualan langsung, impak sosial, kelestarian alam sekitar, sains, dan inovasi.
Pengiktirafan terkini ini menekankan komitmen berterusan Mary Kay untuk mengutamakan kepentingan pelanggannya dalam semua aspek, daripada sokongan digital yang lancar hingga nasihat kecantikan yang diperibadikan. Kedudukan dalam senarai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Forbes mengetengahkan organisasi yang telah menetapkan piawaian emas bagi kecekapan, empati, dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan – dan kedudukan Mary Kay di tangga kedua mencerminkan tahun transformasi perniagaan yang luar biasa.
“Setiap interaksi dengan pelanggan kami adalah peluang untuk membuat seseorang merasa diperhatikan, disokong, dan dihargai,” kata
Ryan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif of Mary Kay Inc. “Mendaki ke tangga kedua dalam kedudukan Forbes merupakan pengiktirafan kukuh terhadap budaya berasaskan tenaga insan kami dan menunjukkan betapa pentingnya apa yang boleh kita capai bersama. Ia mencerminkan reputasi Perunding Kecantikan Bebas kami yang tiada tandingan, semangat pasukan perkhidmatan pelanggan kami, dan nilai-nilai syarikat yang berasaskan perkhidmatan serta masa yang diperuntukkan untuk orang lain. Asas inilah yang mengilhamkan kami untuk sentiasa memberikan pengalaman pelanggan yang tidak dapat dilupakan melalui produk kami yang terbukti berkesan.”
“Senarai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik kami bergantung pada 3.8 juta penilaian pelanggan setiap tahun untuk melihat bagaimana pengguna sebenar menilai beribu-ribu jenama dan produk,” kata
Alan Schwarz, Penolong Editor Urusan Forbes yang menguruskan senarai tahunan ini. “Lebih daripada 3,500 jenama berbeza telah dinilai. Untuk sekadar tersenarai dalam 300 teratas sudah merupakan pencapaian — kedudukan Mary Kay di tangga kedua secara keseluruhan menunjukkan betapa tinggi penghargaan pelanggannya terhadap syarikat ini.”
Pengiktirafan Forbes ini merupakan yang terkini dalam siri anugerah reputasi yang diraih oleh Mary Kay pada tahun 2025:Kecemerlangan Korporat- Forbes #2 | Senarai Perkhidmatan Pelanggan Terbaik
- Newsweek | Tempat Kerja Terhebat Amerika untuk Wanita 2025
- Newsweek | Tempat Kerja Terhebat Amerika 2025
- WWD Beauty Inc. #11 | 100 Syarikat Kecantikan Terbaik 2024
- Happi #13 | 50 Syarikat A.S Terbaik
- Forbes Diamonds 2025 – Mary Kay Poland
- EXPANSIÓN | Anugerah Pematuhan 2025 – Mary Kay Sepanyol
- China Association for Business Culture | Anugerah Kecemerlangan Perusahaan 2025 – Mary Kay China
Prestasi Jenama
- Euromonitor International #1 | Jenama Jualan Langsung Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna di Dunia1 bagi tiga tahun berturut-turut (2023, 2024, 2025)
- Euromonitor International #1 Jenama Solekan Wajah di Amerika Latin2
- Euromonitor International #1 Jenama Produk Bibir di Amerika Latin3
- Euromonitor International #1 Jenama Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna di Mexico4
- Euromonitor International #1 Jenama Kosmetik Warna di Mexico5
- Nielsen | #1 Jenama dalam Produk Bedak Asas di Brazil
- Nielsen | #1 Jenama dalam Solekan di Brazil
- 2025 Jenama Super | Mary Kay Slovakia dan Mary Kay Czech Republic
Jualan Langsung & Inovasi
- Anugerah Perusahaan Jualan Langsung yang Dihormati 2025 – Mary Kay China
- Direct Selling News (DSN) | 2025 DSN 40 Bawah 40: Megan Gregg bagi Kecemerlangan dalam Undang-undang
- Direct Selling News (DSN) | 2025 DSN 40 Bawah 40: Julia Santosuosso bagi Impak Tanggungjawab Sosial Korporat
- Persatuan Jualan Langsung Jerman (BDD) | Anugerah “Inovasi 2025” bagi Foundation Finder Mary Kay dengan teknologi AI – Mary Kay Jerman
Impak Sosial & Kelestarian Alam Sekitar
- Forbes #9 | Senarai Jenama Terbaik untuk Impak Sosial – 2025
- Golden Bee | Laporan Kelestarian Korporat Cemerlang 2025 untuk Anugerah "Pendedahan Maklumat Kesaksamaan Gender” – Mary Kay China
- Cemefi | Distintivo ESR® Syarikat yang Mengamalkan Tanggungjawab Sosial (Empresa Socialmente Responsable) – Mary Kay Mexico (2024, 2025)
- The Dallas Entrepreneurship Center (DEC) Network State of Entrepreneurship | Anugerah “Syarikat Besar Terbaik Tahun Ini” Award
- Baylor Scott & White Dallas Foundation | Anugerah “Rangkaian Penjagaan” Award.
***
Maklumat Tentang Mary KaySebagai salah seorang perintis yang memecahkan siling kaca, Mary Kay Ash menubuhkan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu kini berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan jutaan ahli tenaga jualan bebas di lebih 40 pasaran. Selama lebih 60 tahun, peluang Mary Kay telah membolehkan wanita menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi, dan inovasi. Mary Kay komited untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan serta menghasilkan penjagaan kulit, kosmetik warna, suplemen pemakanan, dan wangian dengan teknologi terkini. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terkesan oleh kanser dan keganasan rumah tangga, serta menggalakkan belia untuk merealisasikan impian mereka. Ketahui lebih lanjut di
marykayglobal.com. Temui kami di
Facebook,
Instagram, dan
LinkedIn, atau ikuti kami di
X.
Maklumat Tentang ForbesForbes adalah jenama media global ikonik yang telah menjadi simbol kejayaan selama lebih satu abad. Didorong oleh kewartawanan yang memberi maklumat dan inspirasi, Forbes menonjolkan individu dan tindakan yang membentuk industri, mencapai kejayaan, dan memberi impak kepada dunia. Forbes menghubungkan dan menghimpunkan komuniti paling berpengaruh, daripada jutawan, pemimpin perniagaan, dan usahawan muda sehingga pencipta dan inovator. Jenama Forbes mencapai lebih 140 juta orang setiap bulan di seluruh dunia melalui kewartawanan yang dipercayai, acara ForbesLive tersohor, dan 49 edisi tempatan berlesen di 81 negara.
###
1 “Source Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2025 Edition, value sales at RSP, 2024 data”
2 “Source Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2025 Edition, value sales at RSP, 2024 data”
3 “Source Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2025 Edition, value sales at RSP, 2024 data”
4 “Source Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2025 Edition, value sales at RSP, 2024 data”
5 “Source Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care 2025 Edition, value sales at RSP, 2024 data”
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260210599426/enMaklumat HubunganMary Kay Inc. Corporate Communications
newsroom.marykay.com
972.687.5332 or
media@mkcorp.com Sumber: Mary Kay Inc.
--BERNAMA