NIPPON EXPRESS HOLDINGS Memperoleh Pegangan Minoriti di dalam TCS Logistics (Private) Limited yang beroperasi di Pakistan

Released on: Tuesday, 10 Feb 2026 2:57PM

TOKYO, 10 Feb., 2026 /Kyodo JBN/ -- 

NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC. mengumumkan bahawa ia telah memperoleh satu pegangan minoriti di dalam TCS Logistics (Private) Limited (kemudian dari ini dirujuk sebagai "TCSL"), sebuah syarikat logistik yang terutamanya terlibat di dalam menyediakan perkhidmatan logistik domestik di Pakistan, melalui anak syarikatnya NX South Asia & Oceania Co., Ltd. Pengambilalihan itu dilakukan pada Isnin, 2 Februari, 2026.

Logo:
https://drive.google.com/file/d/1dqm0cxpYamnvMUra1AGXMuGlX932Z353/view?usp=drive_link 

Foto:
https://drive.google.com/file/d/1YnnuMQ4QhY-f8Hpi9r5O-tf_Cq34QwSK/view?usp=drive_link

Kumpulan NX meletakkan penyediaan penyelesaian hujung ke hujung yang meliputi keseluruhan rantaian bekalan pelanggan sebagai satu strategi utama untuk mempercepatkan pertumbuhan perniagaan di pasaran global, dengan tumpuan khusus kepada memperkukuh keupayaan logistik global di Asia Selatan dan di wilayah sekitarnya. 

Ditubuhkan pada tahun 1983 dan beribu pejabat di Karachi, Pakistan, Kumpulan TCS adalah di antara konglomerat logistik terbesar di negara itu. TCSL, satu daripada syarikat Kumpulan TCS, memiliki sebuah infrastruktur logistik yang meluas di seluruh Pakistan, dengan mengendalikan pengangkutan darat domestik, penggudangan dan pengedaran, serta pengangkutan darat antarabangsa yang menghubungkan Asia Tengah ke destinasi luar negara melalui Pelabuhan Karachi. Pakistan mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta, dengan demografi belia yang besar, dan pertumbuhan ekonomi masa depan dijangkakan kukuh untuk negara itu.

Melalui pengambilalihan ini, Kumpulan NX akan memanfaatkan rangkaian logistik domestik dan pangkalan pelanggan TCSL untuk mengukuhkan operasi logistik mereka di Pakistan, di mana permintaan domestik dijangka meningkat. Kumpulan NX juga akan berusaha untuk meningkatkan laluan perdagangan ke Asia Tengah yang berpusat di Pakistan, dengan tumpuan untuk membangunkan perkhidmatan logistik baharu dan mengenal pasti keperluan pasaran baru muncul.

Melalui kerjasama dengan TCSL, Kumpulan NX berhasrat untuk merealisasikan peluang pertumbuhan pada peringkat lebih awal, sekali gus menyediakan sokongan yang lebih kukuh kepada rantaian bekalan pelanggan mereka. 

Gambaran Keseluruhan TCSL

(1) Nama: TCS Logistics (Private) Limited 

(2) Lokasi: 101-104, Jalan Kelab Penerbangan Awam, Berhampiran Terminal Haji, Lapangan Terbang Karachi, Karachi 

(3) Lokasi & Kemudahan Gudang
Bilangan Lokasi Gudang: 25
Keluasan Gudang: 1,494,587 kaki persegi (Lebih kurang 140,000m2) 
Kenderaan Dimiliki: 322 

(4) Nama dan Jawatan Wakil:
Khalid Awan (Pengerusi)
Saira Awan (Presiden) 

(5) Aktiviti Perniagaan: Pengangkutan darat, penggudangan dan pengedaran, pengangkutan sempadan darat, penghantaran, perkhidmatan pembungkusan dan operasi berkaitan yang lain 

(6) Tarikh Penubuhan: 3 Jun, 2002 

Maklumat mengenai Kumpulan NX: https://drive.google.com/file/d/1mbvBL6C8THZNrR5LREgGeafNkEdaAmV-/view?usp=drive_link 

Laman web rasmi Kumpulan NX: https://www.nipponexpress.com/ 

Akaun LinkedIn rasmi Kumpulan NX: https://www.linkedin.com/company/nippon-express-group/ 

Sumber: NIPPON EXPRESS HOLDINGS, INC. 

--BERNAMA 
Back to Home