Senarai Juara Kategori Belia Mengikut Kumpulan Umur Dan Acara 3x3 LelakiJINJIANG, China, 10 Feb, 2026 /Xinhua-AsiaNet/--Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Master Asia “Piala Samaranch” 2026 anjuran Kumpulan Budaya & Pelancongan Jinjiang, yang dianjurkan bersama Yayasan Samaranch dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Jinjiang, berakhir dengan jayanya pada 6 Feb di Bandar Jinjiang, Wilayah Fujian, selepas enam hari pertandingan yang menyaksikan saingan hebat.
Pelbagai aktiviti sampingan turut memeriahkan acara utama, termasuk Salon (Forum) Bola Keranjang Belia Asia, lawatan kebudayaan ke kawasan Wulin di Jinjiang untuk atlet antarabangsa, program komuniti “Bakat Cilik Bola Keranjang” serta pesta budaya dan pelancongan. Inisiatif berkenaan memanfaatkan penganjuran kejohanan itu bagi merancakkan inovasi dalam pengintegrasian sektor sukan, budaya dan pelancongan.
Acara ini merupakan kejohanan bola keranjang Asia komprehensif pertama anjuran Yayasan Samaranch di China. Penganjurannya bertujuan mempromosikan sukan bola keranjang di seluruh Asia, memperkasa agenda kecergasan awam, menyebarluaskan semangat Olimpik serta menggalakkan pertukaran budaya antarabangsa.
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Kumpulan Budaya & Pelancongan Jinjiang · Kejohanan Bola Keranjang Jemputan Master Asia “Piala Samaranch” 2026 --BERNAMA