​Kumpulan Budaya & Pelancongan Jinjiang · Kejohanan Jemputan Bola Keranjang Masters Asia "Piala Samaranch" 2026 dibuka di Jinjiang, Wilayah Fujian di Tenggara China

Released on: Tuesday, 03 Feb 2026 2:57PM

JINJIANG, China, 3 Feb., 2026 /Xinhua-AsiaNet/--

Kejohanan Jemputan Bola Keranjang Masters Asia "Piala Samaranch" 2026 anjuran Kumpulan Budaya & Pelancongan Jinjiang telah bermula pada 1 Feb di Jinjiang, sebuah bandar raya pesisir pantai di Wilayah Fujian di tenggara China, dengan penyertaan 104 pasukan remaja dan dewasa dari seluruh Asia.

Kejohanan enam hari itu dianjurkan bersama oleh Yayasan Samaranch dan Kerajaan Rakyat Perbandaran Jinjiang. Kejohanan itu menampilkan dua kategori iaitu remaja dan dewasa. Pertandingan remaja merangkumi enam kumpulan umur dari Bawah 9 hingga Bawah 17 tahun, manakala bahagian dewasa menggunakan format 3x3 lelaki.

Juan Antonio Samaranch Jr., naib presiden bagi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan pengasas bagi Yayasan Samaranch, telah menyampaikan satu ucapan melalui video, dengan menggalakkan atlet untuk meneruskan semangat Olimpik.

Elemen kebudayaan tempatan turut diketengahkan dalam majlis perasmian itu termasuk "Tarian Naga Jintang," sebuah warisan kebudayaan tidak ketara Jinjiang yang memegang Rekod Dunia Guinness untuk tarian naga bercahaya terpanjang di dunia, dengan berukuran 297.88 meter.

Pada malam yang sama, perlawanan pertama bagi kejohanan itu menyaksikan Nanyin Sports Jinjiang (B17) berentap menentang Persatuan Bola Keranjang Selangor, Malaysia (B17).

Menurut penganjur, satu siri acara selari akan diadakan semasa kejohanan itu, termasuk satu Siri Syarahan yang bertemakan Olimpik, satu salun bola keranjang belia Asia, dan satu lawatan kebudayaan ke Wulin di Jinjiang untuk pemain antarabangsa.

Jinjiang, sebuah pangkalan industri sukan kebangsaan yang terkenal sebagai "Ibu Kota Kasut China," menghasilkan sekitar 1.5 bilion pasang kasut sukan pada setiap tahun - iaitu menyumbang kira-kira satu perlima daripada keluaran dunia - dan merupakan pengeluar kepada jenama pakaian sukan yang terkenal di dunia, termasuk Anta, Xtep dan 361°. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan berpandukan kepada "Pengalaman Jinjiang," bandar raya itu telah membangunkan satu rangkaian industri sukan yang komprehensif yang meliputi penyelidikan dan pembangunan bahan, pembuatan pintar dan pengoperasian acara. Pihak berkuasa tempatan berkata bahawa kejohanan itu dijangka dapat meningkatkan lagi reputasi sukan di bandar raya itu, sambil mempromosikan kecergasan awam dan menyokong pembangunan bersepadu bagi industri sukan.

Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Kumpulan Budaya & Pelancongan Jinjiang · Kejohanan Jemputan Bola Keranjang Masters Asia "Piala Samaranch" 2026

--BERNAMA
Back to Home