Xsolla Memperluaskan Liputan Pembayaran di Taiwan dengan JKOPay, Jenama Pembayaran Mudah Alih Terkemuka Taiwan yang Dipercayai 6.5 Juta Pengguna

Released on: Thursday, 29 Jan 2026 11:51AM


Table
Grafik: Xsolla


Integrasi Baharu Memperkukuhkan Jangkauan Pembangun dan Pengalaman Pemain di Salah Satu Pasaran Paling Terhubung Secara Digital di Dunia

LOS ANGELES, 29 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Xsolla, sebuah syarikat perdagangan permainan video global yang membantu para pembangun melancarkan, mengembangkan dan mengewangkan permainan mereka, hari ini mengumumkan peluasan penyelesaian pembayarannya di Taiwan dengan penambahan JKOPay, Jenama pembayaran mudah alih yang digunakan paling meluas di Taiwan. Integrasi melalui Xsolla Pay Station ini membolehkan para pembangun dan penerbit permainan menawarkan pilihan pembayaran yang selamat dan berorientasikan mudah alih kepada salah satu khalayak permainan paling terhubung serta aktif di Asia, dengan sokongan integrasi daripada Antom, penyedia perkhidmatan pembayaran pedagang dan pendigitalan di bawah Ant International.

Taiwan menonjol sebagai salah satu pasaran berteraskan digital yang paling maju di dunia, dengan lebih 95% penduduknya dalam talian serta antara kadar penggunaan telefon pintar tertinggi di peringkat global. Pembayaran mudah alih telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan seharian, mengubah cara pengguna membeli-belah, melancong dan menikmati aktiviti riadah. JKOPay, yang dipercayai oleh 6.5 juta pengguna dan diterima oleh lebih 300,000 peniaga di seluruh negara, telah muncul sebagai peneraju pasaran dalam revolusi tanpa tunai ini.

Manfaat utama Integrasi JKOPay termasuk:

· Kaedah pembayaran tempatan yang dipercayai: JKOPay telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan digital seharian di Taiwan. Diterima secara meluas dalam sektor runcit, e-dagang, pengangkutan dan permainan, ia menawarkan kepada para pemain cara pembayaran yang selamat dan mudah dikenali melalui transaksi kod QR terus dari peranti mudah alih mereka.
· Ekosistem digital serba lengkap: JKOPay menggabungkan e-dagang, pembayaran, perkhidmatan pengangkutan dan program kesetiaan ke dalam satu platform mudah alih, seterusnya memberikan pengalaman sehenti yang mudah kepada para pemain.
· Peningkatan kadar penukaran dan jangkauan pemain bagi para pembangun: Dengan menawarkan JKOPay melalui Xsolla Pay Station, pembangun dapat menjangkau jutaan pengguna aktif yang berorientasikan mudah alih serta memperoleh manfaat daripada kadar penyelesaian pembayaran yang lebih tinggi, penglibatan pengguna yang lebih kukuh, dan jangkauan khalayak yang lebih meluas.

“Di Taiwan, pembayaran mudah alih bukan sekadar kemudahan — ia adalah gaya hidup,” kata Chris Hewish, Presiden Xsolla. “Dengan menambah JKOPay, kami membolehkan pembangun berhubung dengan para pemain melalui salah satu penyelesaian pembayaran yang paling dipercayai dan meluas digunakan di pasaran, seterusnya memastikan akses dan penglibatan yang lancar di seluruh rantau ini.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang atau mengaktifkan pembayaran JKOPay untuk permainan anda, layari: xsolla.pro/JKOPay

Perihal Xsolla

Xsolla adalah sebuah syarikat perdagangan global yang menyediakan alat dan perkhidmatan kukuh untuk membantu pembangun menangani cabaran asas dalam industri permainan video. Dari syarikat indie hingga AAA, pelbagai syarikat bekerjasama dengan Xsolla untuk membantu membiayai, mengedarkan, memasarkan, dan memonetkan permainan mereka. Berlandaskan kepercayaan terhadap masa depan permainan video, Xsolla bertekad dalam misi untuk mengumpulkan peluang dan sentiasa menyediakan sumber baharu kepada pencipta. Beribu pejabat dan diperbadankan di Los Angeles, California, Xsolla beroperasi sebagai pedagang rasmi dan telah membantu lebih 1,500 pembangun permainan untuk mencapai lebih ramai pemain serta mengembangkan perniagaan mereka di seluruh dunia. Dengan lebih banyak jalan untuk meraih keuntungan dan cara untuk berjaya, pembangun mempunyai semua yang diperlukan untuk menikmati permainan mereka.

Untuk maklumat lanjut, layari xsolla.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260127432191/en

Hubungi

Hubungan Media
Derrick Stembridge
Naib Presiden Perhubungan Awam Global, Xsolla
d.stembridge@xsolla.com

Sumber: Xsolla

--BERNAMA
Back to Home