​Universal Studios Jepun akan Menyampaikan Pengalaman Pokemon yang Mendalam buat Peminat

Released on: Thursday, 29 Jan 2026 10:52AM

OSAKA, Jepun, 29 Jan., 2026 /Kyodo JBN/ --

Pada 27 Januari, Universal Studios Jepun, yang dikendalikan oleh USJ LLC, dan The Pokemon Company mengumumkan rancangan mereka untuk menawarkan pengalaman Pokemon yang lebih inovatif, mendalam dan bertaraf dunia. Projek itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Universal Studios Jepun untuk meningkatkan penawaran mereka dan membawa watak-watak yang mengutamakan peminat dan mendorong kunjungan ke taman tema itu.

Imej: https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M108172/202601212812/_prw_PI3fl_SEE5eL7J.jpg

Universal Studios Jepun sangat berbangga untuk membina kejayaan mereka sebelum ini dan menghidupkan dunia Pokemon dengan cara baharu yang lebih memperkayakan buat kali pertama. Berikutan penampilan sulung mereka di Jepun, Universal Destinations & Experiences akan memberikan pengalaman Pokemon yang unik merentasi jejak global syarikat itu. Butiran lanjut mengenai projek itu akan diumumkan pada satu tarikh lain.

Mark Woodbury, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Universal Destinations & Experiences
"Bekerjasama dengan pencerita yang berdaya imaginasi dan inventif telah mendorong keupayaan kami untuk mencipta dan menyampaikan tarikan dan pengalaman yang menakjubkan yang mengatasi jangkaan tetamu. The Pokemon Company ialah satu daripada francais interaktif yang paling digemari di dunia, dan melalui perkongsian kami yang berterusan ini, kami akan terus menghidupkan dunia mereka yang meriah dengan cara baharu dan inovatif untuk tahun-tahun akan datang."

Tak Murayama, Naib Presiden Eksekutif & Pengurus Besar, USJ LLC
"Sejak Oktober 2021, Universal Studios Jepun telah menyampaikan pengalaman Pokemon seperti perarakan dan pertunjukan kepada tetamu dari seluruh dunia. Satu projek global baharu yang berani bakal bermula di Universal Studios Jepun, mewujudkan pengalaman yang belum pernah terjadi sebelumnya dan berinovatif dengan kerjasama Pokemon – sebuah francais kesayangan yang lahir di Jepun dan dihargai di seluruh dunia. Kami sangat berbangga untuk melancarkan perjalanan ini dari Jepun, untuk menyampaikan detik-detik luar biasa yang dipenuhi dengan kejutan dan keterujaan yang akan jauh mengatasi jangkaan tetamu kami.

Kami percaya projek global ini akan melangkaui hiburan tradisional dan memberi sumbangan yang bermakna kepada masyarakat, sekali gus mencerminkan semangat sebenar 'TIADA HAD!'"

Tsunekazu Ishihara, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, The Pokemon Company
"Sejak mengumumkan pakatan jangka panjang kami pada tahun 2021, kami telah bekerjasama dengan Universal Studios Jepun untuk menghasilkan pengalaman Pokemon yang asli seperti Perarakan TIADA HAD! dan pertunjukan Halloween. Ketika Pokemon meraikan ulang tahun mereka ke-30 pada tahun ini, kami teruja untuk melancarkan projek baharu ini pada satu pencapaian yang begitu penting. Misi kami adalah untuk memperkayakan dunia sebenar dan dunia maya melalui Pokemon, dan dengan projek ini, kami berhasrat untuk mencipta hiburan taman tema yang mengejutkan dan menggembirakan peminat di seluruh dunia."

MAKLUMAT MENGENAI UNIVERSAL DESTINATIONS & EXPERIENCES
Universal Destinations & Experiences, sebuah unit di bawah Comcast NBCUniversal, menawarkan pengalaman hiburan yang paling inovatif, imersif dan popular kepada tetamu di seluruh dunia. Portfolio mereka terdiri daripada taman tema bertaraf dunia yang menampilkan tarikan industri yang paling mengujakan dan berteknologi maju, hotel dan resort yang luar biasa, barangan unik, permainan, pengalaman hiburan maya dan secara langsung. Dengan memanfaatkan koleksi cerita dan francais yang kaya -- daripada Universal Pictures, Illumination, DreamWorks Animation dan banyak lagi – syarikat itu membawa orang ramai ke tempat-tempat yang mereka tidak dapat bayangkan sambil mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan dan penuh emosi untuk semua peringkat umur. Butiran lanjut: https://corporate.universaldestinationsandexperiences.com/

MAKLUMAT MENGENAI UNIVERSAL STUDIOS JEPUN
Universal Studios Jepun dimiliki sepenuhnya oleh Comcast NBCUniversal. Universal Studios Jepun telah berjaya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai sebuah mercu tanda hiburan dan riadah yang terkemuka, dengan menarik ramai tetamu dari kawasan jauh di Jepun dan luar negara. Universal Studios Jepun menawarkan hiburan bertaraf dunia, seperti tarikan dan pertunjukan autentik, bukan sahaja berdasarkan filem blokbuster Hollywood tetapi juga jenama hiburan popular seperti anime Jepun dan pelbagai acara bermusim, menghiburkan tetamu mereka dengan hiburan yang berkualiti tinggi di dunia. Melalui pengalaman "Super Emosional" dan "Super Menarik" yang hanya dapat dinikmati di Universal Studios Jepun, semua pengunjung taman diberi peluang untuk keluar daripada kebiasaan mereka dan menjadi "Super Bertenaga" di dalam "Daerah Super Bertenaga" iaitu Universal Studios Jepun.

Universal Studios Jepun terus berkembang sejak pembukaan mereka pada tahun 2001. Ia baru-baru ini mempercepatkan pertumbuhan mereka dengan pelancaran pengalaman hiburan bertaraf dunia seperti The Wizarding World of Harry Potter, The Flying Dinosaur, yang meluncur tinggi merentasi seluruh kawasan Jurassic Park, Minion Park, dan "Hacha Mecha Ride" di mana tetamu dapat menikmati aksi huru-hara Minions, dan SUPER NINTENDO WORLD, di mana tetamu dapat meluahkan semangat bermain dalam sebuah persekitaran yang mengasyikkan berdasarkan watak Nintendo yang terkenal di dunia.

MAKLUMAT MENGENAI THE POKEMON COMPANY
The Pokemon Company telah ditubuhkan untuk menguruskan jenama Pokemon. Pada masa ini, syarikat itu membangun dan menghasilkan permainan video, di mana Pokemon berasal, serta permainan kad dagangan, siri animasi televisyen dan filem, barangan, promosi kerjasama, acara, dan Pusat Pokemon, kedai Pokemon yang diuruskan secara langsung.

Nota: Pokemon - ejaan yang betul ialah e dengan satu tanda aksen.

HARRY POTTER dan semua watak dan elemen yang berkaitan (C) & (TM) Warner Bros. Entertainment Inc. Hak Penerbitan (C) J.K. Rowling.
MINIONS TM & (C) 2026 Universal Studios.
(C) Nintendo
TM & (C) Universal Studios & Amblin Entertainment
Elemen universal dan semua petunjuk berkaitan TM & (C) 2026 Universal Studios. Hak cipta terpelihara.

Sumber: USJ LLC

--BERNAMA
Back to Home