Penganugerahan Japan Prize 2026: Dua Saintis Amerika Syarikat dan Seorang Saintis Jepun Menerima Anugerah

Released on: Wednesday, 28 Jan 2026 5:36PM

Majlis Penganugerahan Bakal Diadakan di Tokyo pada Bulan April
 
TOKYO, 28 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Yayasan Japan Prize mengumumkan para penerima Japan Prize 2026 pada jam 1:00 petang, 21 Januari 2026. Prof. Cynthia Dwork (Amerika Syarikat) telah dianugerahkan Japan Prize dalam bidang Elektronik, Maklumat dan Komunikasi. Sementara itu, Prof. Shizuo Akira (Jepun) dan Prof. Zhijian “James” Chen (Amerika Syarikat) telah dianugerahkan Japan Prize dalam bidang Sains Hayat.

Bagi penganugerahan Japan Prize tahun ini, Prof. Dwork diiktiraf atas Sumbangan beliau dalam menerajui penyelidikan ke arah pembinaan masyarakat digital yang beretika, termasuk dalam bidang privasi berbeza dan keadilan. Prof. Akira dan Prof. Chen pula diiktiraf atas Penemuan mereka tentang mekanisme pengesanan asid nukleik oleh sistem imun semula jadi.

Untuk penganugerahan Japan Prize 2026, Yayasan telah menjemput kira-kira 16,000 saintis dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia untuk mencalonkan penyelidik dalam bidang yang dipertandingkan pada tahun ini. Sebanyak 107 pencalonan diterima bagi bidang Elektronik, Maklumat dan Komunikasi, manakala 185 pencalonan diterima bagi bidang Sains Hayat. Para pemenang tahun ini telah dipilih daripada sejumlah 292 calon keseluruhan.

Maklumat Tentang Japan Prize

Penganugerahan Japan Prize pada tahun 1981 didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan anugerah yang diiktiraf diperingkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan saintifik dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan banyak kutipan derma, Japan Prize Foundation telah menerima pengendorsan daripada Cabinet Office pada tahun 1983.

Japan Prize dianugerahkan kepada saintis dan jurutera dari seluruh dunia yang telah mencapai pencapaian kreatif dan berimpak tinggi, yang memajukan bidang masing-masing serta memberi sumbangan besar ke arah merealisasikan keamanan dan kemakmuran untuk seluruh umat manusia. Penyelidik dalam semua bidang sains dan teknologi layak untuk menerima anugerah ini, dengan dua bidang dipilih setiap tahun berdasarkan pertimbangan terhadap trend semasa dalam pembangunan sains dan teknologi. Pada dasarnya, seorang individu bagi setiap bidang akan menerima anugerah ini, yang merangkumi sijil, pingat dan hadiah wang tunai. Setiap Majlis Penyampaian dihadiri oleh Maharaja dan Maharani yang memerintah, ketua-ketua tiga cabang kerajaan, pegawai berkaitan lain, serta wakil daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Contacts

Pejabat Perhubungan Awam Japan Prize`
japanprize@ml.prap.co.jp
 
Sumber: The Japan Prize Foundation 

--BERNAMA 
Back to Home