TYT Faisal F. Alibrahim, Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi, mengumumkan bahawa Kerajaan akan menganjurkan Mesyuarat Kerjasama dan Pertumbuhan Global Forum Ekonomi Dunia di Jeddah pada April 2026 (Foto: AETOSWire)DAVOS, Switzerland, 28 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Arab Saudi akan menganjurkan Mesyuarat Kerjasama dan Pertumbuhan Global Forum Ekonomi Dunia (WEF): Building Common Ground and Reviving Growth di Jeddah pada 22-23 April 2026, seperti yang diumumkan pada hari penutupan Forum Ekonomi Dunia ke-56. Mesyuarat Tahunan Forum di Davos, Switzerland.
Tuan Yang Terutama (TYT) Faisal F. Alibrahim, Menteri Ekonomi dan Perancangan Arab Saudi hari ini mengesahkan perincian mesyuarat ahli tertinggi WEF berkala, yang telah
diumumkan semasa Mesyuarat Tahunan WEF 2025.
Menyeru pragmatisme dan kerjasama berlatarbelakangkan pemecahan geopolitik, TYT Alibrahim berkata “kestabilan tidak boleh dibangunkan dengan cepat, dan ia tidak boleh dibeli”.
“Kestabilan perlu diasaskan sejak awal, dipupuk, dilindungi, diperkukuh serta perlukan bimbingan. Kestabilan tidak boleh dikompromi" katanya kepada para hadirin yang terdiri daripada pemimpin global.
TYT Alibrahim menekankan perlunya dialog yang berterusan dalam memulihkan pertumbuhan global: “Tiada satu pertemuan pun, tidak kira betapa baiknya niat disebaliknya, akan menyelesaikan setiap cabaran global. Namun setiap kali pertemuan, terdapatnya peluang, peluang untuk kita bertekad dan komited, serta untuk kita membangunkan budaya yang membolehkan kerjasama bermanfaat sejak dari awal. Budaya yang memupuk kekuatan dan kemajuan, dan menyingkap potensi ekonomi global dalam segala kepelbagaiannya.”
Beliau menjemput perwakilan untuk menghadiri Mesyuarat Kerjasama dan Pertumbuhan Global: Building Common Ground and Reviving Growth, TYT Alibrahim berkata mesyuarat itu akan membina momentum Mesyuarat Khas WEF yang diadakan di Riyadh, tambah beliau lagi, Arab Saudi telah menjadi “ibu kota pragmatisme dan kepentingan global”.
Beliau menambah: “Sewaktu ekonomi global menghadapi cabaran struktur yang berlarutan, usaha ini membantu untuk mengubah niat menjadi pencapaian, dengan menetapkan jangkaan yang jelas, mengukuhkan tanggungjawab, dan akhirnya, menjadikan dialog sesuatu yang bermakna.”
Mengulas pengumuman itu, Børge Brende, Presiden WEF, menekankan penglibatan Forum yang semakin mendalam dengan Kerajaan. Beliau berkata: “Kami berbesar hati dapat kembali ke Arab Saudi pada tahun 2026 untuk meneruskan perbualan yang dimulakan pada Mesyuarat Tahunan kami – mewujudkan ruang untuk para pemimpin bekerjasama, membina kepercayaan, dan memastikan dialog membawa kepada kerjasama dan tindakan yang bermakna.”
Mesyuarat Kerjasama dan Pertumbuhan Global mencerminkan peranan Arab Saudi sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam memupuk dialog dan menyokong kestabilan antarabangsa untuk mencapai kemakmuran. Kerajaan terus menyatukan perspektif daripada ekonomi maju dan sedang membangun untuk bersama-sama membentuk pertumbuhan dan menangani cabaran global yang dikongsi.
*Sumber: AETOSWireTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260123725881/enHubungi Danah Alhumaid
dalhumaid@mep.gov.sa Sumber: Saudi Ministry of Economy and Planning
--BERNAMA