TOKYO, 28 Jan., 2026 /Kyodo JBN/ --
Yayasan Hadiah Jepun telah mengumumkan pemenang bagi Hadiah Jepun 2026 pada 21 Januari 2026. Prof. Cynthia Dwork (Amerika Syarikat) telah menerima Hadiah Jepun dalam bidang Elektronik, Maklumat dan Komunikasi. Prof. Shizuo Akira (Jepun) dan Prof. Zhijian "James" Chen (Amerika Syarikat) telah menerima Hadiah Jepun dalam bidang Sains Hayat.
- Bidang yang Layak bagi Anugerah itu: Elektronik, Maklumat dan Komunikasi
- Bidang yang Layak bagi Anugerah itu: Sains Hayat
Untuk Hadiah Jepun tahun ini, Prof. Dwork diiktiraf di atas sumbangan beliau di dalam menerajui penyelidikan bagi membina sebuah masyarakat digital yang beretika, termasuk dalam bidang privasi pembezaan dan keadilan. Prof. Akira dan Prof. Chen pula diberi penghormatan di atas penemuan mereka tentang mekanisme pengesanan asid nukleik oleh sistem imun semula jadi.
Bagi Hadiah Jepun 2026, Yayasan itu telah meminta kira-kira 16,000 ahli sains dan jurutera terkemuka dari seluruh dunia untuk mencalonkan penyelidik yang bekerja dalam bidang yang layak pada tahun ini. Yayasan itu telah menerima 107 pencalonan bagi bidang Elektronik, Maklumat dan Komunikasi, dan 185 pencalonan untuk bidang Sains Hayat. Pemenang tahun ini telah dipilih daripada sejumlah 292 orang calon.
Maklumat mengenai Hadiah Jepun
Penubuhan Hadiah Jepun pada tahun 1981 telah didorong oleh hasrat kerajaan Jepun untuk mewujudkan sebuah anugerah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang akan menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi di seluruh dunia. Dengan sokongan daripada pelbagai sumbangan, Yayasan Hadiah Jepun telah menerima pengiktirafan daripada Pejabat Kabinet pada tahun 1983.
Hadiah Jepun itu dianugerahkan kepada ahli sains dan jurutera dari seluruh dunia yang telah membuat pencapaian yang kreatif dan berimpak besar dalam membantu memajukan bidang mereka dan menyumbang secara signifikan ke arah merealisasikan keamanan dan kemakmuran bagi manusia sejagat.
Penyelidik di dalam semua bidang sains dan teknologi layak untuk menerima anugerah itu, dengan dua bidang dipilih pada setiap tahun dengan mengambil kira arah aliran semasa di dalam pembangunan saintifik dan teknologi. Pada asasnya, seorang individu di dalam setiap bidang diiktiraf dengan anugerah itu, dan menerima sekeping sijil, sebuah pingat, dan juga hadiah wang tunai. Setiap majlis penganugerahan dihadiri oleh Maharaja dan Maharani yang memerintah, ketua bagi tiga cabang kerajaan dan pegawai lain yang berkaitan, dan wakil daripada pelbagai elemen masyarakat yang lain.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi:
https://www.japanprize.jp/en/index.html Sumber: Yayasan Hadiah Jepun
--BERNAMA