​TOURISE Menjenamakan Semula Sektor Pelancongan sebagai Kuasa Besar Global di Landasan Menuju $16 Trilion Sempena Davos

Released on: Tuesday, 27 Jan 2026 11:09AM

 
Table
Yang Mulia Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi dan Pengerusi TOURISE, mempertemukan eksekutif dari Trip.com, Visa, TikTok, PayPal, Salesforce, Forbes, Avolta, ByteDance, dan lain-lain di Davos 2026.


DAVOS, Switzerland, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TOURISE memperkukuhkan peranan pelancongan sebagai sektor penting yang menghubungkan industri, ekonomi dan rantau bagi menangani cabaran global bersama di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos.

Sering dipandang sebagai industri yang terasing, TOURISE menegaskan kepentingan pelancongan diiktiraf sebagai sektor strategik, yang menyumbang satu daripada setiap $10 kepada KDNK global serta memperkasakan setiap industri yang disentuhnya.

Yang Mulia Ahmed Al Khateeb, Menteri Pelancongan Arab Saudi merangkap Pengerusi TOURISE, berkata pakatan dan kerjasama merentas sektor akan memastikan pelancongan terus berkembang.

“Pelancongan bukan sekadar sektor gaya hidup, ia sebaliknya berfungsi sebagai satu sistem ekonomi strategik. TOURISE berperanan sebagai platform di mana para pemimpin membentuk pakatan untuk membangunkan penyelesaian bersama, di mana teknologi diselaraskan dengan pembangunan komuniti, kewangan dengan kelestarian, dan pendidikan dengan mobiliti. Perkongsian ini akan membentuk dekad pelancongan akan datang, mewujudkan kepercayaan serta matlamat bersama untuk menggerakkan dunia ke hadapan.”

Semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos, TOURISE menganjurkan serta mengambil bahagian dalam beberapa libat urus utama, termasuk Membentuk Semula Pelancongan: Dunia Penuh Potensi di Axios House, di mana Yang Mulia Al Khateeb bersama para pemimpin global membincangkan peranan strategik pelancongan yang semakin berkembang di tengah-tengah transformasi ekonomi serta perubahan dinamik geopolitik.

Dua bengkel strategik mendasari program TOURISE di Davos. ‘ Bolehkah Pelancongan Menyelamatkan Dunia?’ mempertemukan pemimpin kanan dari seluruh ekosistem pelancongan serta sektor berkaitan untuk meneliti bagaimana pelancongan dapat menyumbang kepada ketahanan ekonomi dan pembangunan lestari. Sesi ini akan menjadi rujukan bagi agenda TOURISE sepanjang tahun serta sidang kemuncak 2027.

Bengkel kedua, ‘ Pelancongan Agentik: Dari Wawasan ke Tindakan’, mempertemukan eksekutif global, pakar teknologi, dan pelabur untuk meneroka landskap baharu dalam pelancongan. Berdasarkan Inisiatif Pelancongan Agentik yang dilancarkan di Sidang Kemuncak pada November, sesi ini memajukan pembangunan sebuah Protokol Pelancongan Agentik, rangka kerja bersama yang direka untuk mendayakan sistem AI yang selamat, bersambung, dan saling beroperasi merentasi sektor pelancongan.

Para pemimpin dan eksekutif dari Trip.com, Visa, TikTok, PayPal, Salesforce, Forbes, Avolta, ByteDance, dan lain-lain telah menyertai bengkel TOURISE, menekankan keluasan industri yang kini terlibat dalam pelancongan sebagai platform untuk pertumbuhan dan inovasi.

TOURISE juga menaja Resepsi Pemimpin Wanita tahunan bersama Adecco Group, Pinterest, Bayer, dan APCO. Semasa majlis resepsi, Ahli Lembaga Penasihat TOURISE dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Antarabangsa, Kementerian Pelancongan Arab Saudi, Hawazen Nassief, berucap kepada para hadirin untuk menekankan keperluan memajukan wanita ke jawatan kepimpinan dalam sektor yang menyaksikan wanita mewakili hampir separuh tenaga kerja global.

Davos menandakan permulaan kalendar global TOURISE 2026, yang akan merangkumi bengkel merentas sektor, laporan pandangan industri, dan kerjasama baharu yang direka untuk memacu pelancongan ke pusat transformasi global.

Masa depan pelancongan sedang dibentuk sekarang. Sertai perjalanan ini di tourise.com dan jadi sebahagian daripada fasa seterusnya di Sidang Kemuncak TOURISE yang seterusnya pada Mac 2027.

TOURISE adalah platform utama dunia yang membentuk horizon baharu bagi pelancongan global.

Di bawah naungan Kementerian Pelancongan Arab Saudi, Sidang Kemuncak TOURISE sulung telah berlangsung pada November 2025 di Riyadh, mempertemukan pemimpin global untuk mempercepatkan perjanjian transformasi dan merangka masa depan sektor ini.

Sebagai platform sepanjang tahun, TOURISE memacu tindakan terselaras merentasi inovasi, mobiliti, budaya, dan pelaburan. Sepanjang 2026, menjelang Sidang Kemuncak keduanya pada Mac 2027, TOURISE akan memperluaskan komuniti globalnya, melancarkan laporan pandangan industri, dan memajukan inisiatif yang menjadikan idea berani sebagai penyelesaian dunia nyata.

Bersama, kita boleh membentuk pelancongan untuk 50 tahun. Untuk maklumat lanjut, lawati www.tourise.com

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260123950180/en

Hubungi

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Media@TOURISE.com.

Sumber: TOURISE

--BERNAMA
Back to Home