Franklin Sports Menandatangani Perkongsian Jangka Panjang dengan Pemain Pickleball No. 1 Dunia, Anna Leigh Waters

Released on: Tuesday, 13 Jan 2026 10:50AM


Bintang sensasi pickleball berusia 18 tahun ini - yang kini menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara perseorangan wanita, beregu wanita, dan beregu campuran - menyertai Franklin Sports.”
 
STOUGHTON, Mass., 13 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Franklin Sports, sebuah jenama terkemuka dalam industri barangan sukan, dengan bangganya mengumumkan pemeteraian perjanjian jangka panjang dengan pemain pickleball nombor satu dunia, Anna Leigh Waters Seiring dengan pencapaian Waters yang terus menguasai kedudukan teratas dalam Pro Pickleball Association (PPA) dan Major League Pickleball (MLP), perkongsian strategik ini meningkatkan kehadiran Franklin Sports dalam landskap pickleball peringkat global.

“Kami amat teruja untuk mengalu-alukan pemain pickleball nombor satu dunia yang tidak dapat dipertikaikan ke dalam keluarga Franklin Sports,” kata Adam Franklin , Presiden Franklin Sports. ‘Bakat luar biasa Anna Leigh, semangat kompetitifnya, dan kecintaannya terhadap sukan ini sangat selaras dengan misi kami untuk menyokong atlet di setiap peringkat di samping terus mengembangkan sukan ini di peringkat global.’

Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Waters telah memilih untuk bertanding menggunakan versi terbaharu teknologi Carbon Fiber Paddle C45° Franklin yang memenangi anugerah. Anyaman karbon C45° berbilang termoform ini telah diiktiraf sebagai teknologi terunggul dalam litar profesional. Beliau juga akan bekerjasama rapat dengan Franklin Sports untuk mereka bentuk bersama rangkaian produk khas yang merangkumi paddle pickleball, beg pickleball, dan aksesori pickleball.

"Saya amat berbesar hati untuk memulakan fasa baharu dalam kerjaya saya bersama Franklin Sports,” kata Waters. “Dalam mencari rakan strategik yang sesuai untuk masa depan permainan saya, prestasi merupakan keutamaan, dan saya sangat kagum dengan komitmen Franklin terhadap inovasi paddle. Selain aspek teknologi, saya merasakan keserasian dengan pasukan ini dalam masa yang singkat dan berasa seperti sebahagian daripada keluarga. Saya meletakkan kepercayaan penuh terhadap perkongsian ini dan amat teruja untuk bekerjasama merealisasikan visi bersama kami bagi pengembangan di peringkat antarabangsa."

Waters dan Franklin Sports juga akan membawa bola pickleball profesional baharu bertaraf dunia ke pasaran untuk melengkapkan rangkaian produk bola X-40 Franklin sedia ada, yang merupakan bola nombor satu dalam sukan pickleball.

Hubungan ini akan merangkumi maklum balas daripada atlet, ujian produk, dan inovasi yang bertujuan meningkatkan prestasi pemain di setiap peringkat. Selain itu, perkongsian ini akan memperluaskan jejak global Franklin dan memajukan permainan melalui lawatan antarabangsa serta strategi pemasaran yang inovatif.

Pada usia hanya 18 tahun, yang bakal mencecah 19 bulan ini, Anna Leigh Waters sudahpun menjadi pemain paling berjaya dalam sejarah PPA dengan 181 pingat emas dan 39 gelaran ‘triple crown’ sepanjang kerjayanya. Dia mula meminati permainan ini pada 2017 apabila datuknya memperkenalkan dia kepada pickleball. Pada awalnya, dia bergandingan dengan ibunya, Leigh Waters, yang masih menjadi jurulatih dan pengurusnya, Anna Leigh membantu memperkenalkan gaya permainan baharu agresif, yang menarik sokongan peminat yang setia. Cintanya yang mendalam terhadap permainan ini menyamai dedikasinya terhadap para peminat, seterusnya memberi inspirasi kepada generasi baharu pemain pickleball di seluruh dunia.

Franklin Sports mula memasuki pasaran pickleball pada 2017 dengan pengenalan Bola X-40, iaitu Bola Rasmi USA Pickleball, APP Tour, dan Kejohanan Terbuka Pickleball AS. Kini, Franklin menawarkan portfolio penuh produk premium termasuk paddle, beg, jaring, aksesori, dan banyak lagi. Waters menyertai senarai atlet pickleball PPA, APP, dan lawatan antarabangsa tajaan Franklin, yang semakin mengagumkan dan berkembang. Franklin Sports terus mengukuhkan reputasinya sebagai peneraju global dalam pickleball profesional. Untuk maklumat lanjut mengenai Franklin Sports dan pickleball, sila lawati www.franklinsports.com/pickleball.

Bahan fotografi dan video yang menampilkan Waters boleh didapati di DI SINI. Kredit foto dan video: Franklin Sports.

Maklumat Tentang Franklin Sports

Ditubuhkan oleh Irving Franklin pada 1946, Franklin Sports ialah jenama barangan sukan yang berpangkalan di Stoughton, Massachusetts, yang mengeluarkan dan menjual lebih 10,000 produk merangkumi pelbagai kategori. Franklin Sports berbangga dengan kerjasamanya bersama Major League Baseball, Major League Soccer, National Basketball Association, National Football League, National Hockey League, Major League Volleyball, USA Pickleball, Women’s National Basketball Association, National Women’s Soccer League, Hasbro dan banyak lagi. Franklin merupakan perniagaan milik keluarga merentasi beberapa generasi dengan sejarah yang kaya dan reputasi yang dipercayai sebagai jenama barangan sukan berkualiti – dari sukan rekreasi sehingga ke tahap profesional. Di Franklin Sports, pasukan ini percaya bahawa sukan menjadikan kehidupan lebih baik. Untuk maklumat lanjut mengenai Franklin Sports, sila lawati www.franklinsports.com atau ikuti Franklin di Instagram @franklinsports, @franklinsportseqp, dan @franklinpickleball, Facebook, dan X @franklinsports.

Maklumat Tentang Anna Leigh Waters

Anna Leigh Waters ialah juara dunia pickleball dan fenomena unggul dalam sukan ini. Kini menduduki ranking nombor satu dunia dalam perseorangan wanita, beregu wanita, dan beregu campuran, beliau telah mencorakkan semula permainan dengan gaya bermainnya yang agresif, pantas, dan dominasi luar biasa dalam litar profesional. Beliau telah meraih 181 pingat emas dan 39 gelaran ‘triple crown’ yang bersejarah, memenangi kebanyakan acara yang disertainya dalam Major League Pickleball (MLP) dan PPA Tour, di mana beliau dianggap sebagai atlet paling dominan dalam sukan ini. Jumlah pingat dan ‘triple crown’ beliau merupakan yang tertinggi bagi mana-mana pemain pickleball profesional. Waters mencipta sejarah pada usia hanya 12 tahun apabila beliau menjadi pemain profesional dan juara pickleball termuda dalam sejarah. Beliau menemui pickleball pada 2017 apabila keluarganya berpindah sementara dari Florida semasa Taufan Irma dan datuknya memperkenalkan mereka kepada permainan ini di Pennsylvania. Pada awalnya, beliau bergandingan dengan ibunya, Leigh Waters, yang masih menjadi jurulatih dan pengurusnya, Anna Leigh membantu memperkenalkan gaya permainan baharu agresif, yang menarik sokongan peminat yang setia.

Dilahirkan di Florida, Waters menyeimbangkan kerjaya profesionalnya dengan kehidupan sebagai remaja, mudah ketawa dan berinteraksi dengan peminat sambil menunjukkan tekad yang tinggi di atas gelanggang. Di luar gelanggang, beliau gemar fesyen, memasak, melancong, bermain permainan video, dan membeli-belah.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Media:
(Bagi pihak Franklin Sports)
Jillian Tedeschi, Regan Communications
(617) 833-0507, jtedeschi@regancomm.com

(Bagi pihak Anna Leigh Waters)
Rachel Gunia, Digital & Savvy
(815) 488-8595, rachel@digitalandsavvy.com

Sumber: Franklin Sports

--BERNAMA
Back to Home