· Falcon H1R 7B Menggabungkan Keupayaan Penaakulan Termaju dalam Model Padat 7 Bilion Parameter yang Dioptimumkan untuk Kelajuan dan Kecekapan
· Model AI Terbaharu TII Mengatasi Pesaing Lebih Besar daripada Microsoft, Alibaba dan NVIDIA dalam Penanda Aras Utama
ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 7 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Institut Inovasi Teknologi (Technology Innovation Institute, TII), tonggak penyelidikan gunaan di bawah Advanced Technology Research Council (ATRC) Abu Dhabi, telah mengumumkan pelancaran
Falcon H1R 7B, sebuah model AI generasi baharu yang menandakan langkah signifikan ke arah menjadikan AI termaju lebih mudah diakses berbanding sebelum ini, dengan menawarkan prestasi penaakulan bertaraf dunia dalam format yang padat, cekap dan tersedia secara terbuka.
Dengan hanya 7 bilion parameter, Falcon H1R 7B mencabar dan dalam banyak kes mengatasi model AI sumber terbuka yang lebih besar dari seluruh dunia, termasuk model daripada Microsoft (Phi 4 Reasoning Plus 14B), Alibaba (Qwen3 32B), dan NVIDIA (
Nemotron H 47B). Pelancaran model ini mengukuhkan lagi kedudukan TII di barisan hadapan inovasi AI cekap serta menegaskan pengaruh UAE yang semakin meningkat dalam kepimpinan teknologi global.
Yang Amat Berhormat Faisal al Bannai, Penasihat kepada Presiden UAE dan Setiausaha Agung Advanced Technology Research Council, berkata, “Falcon H1R mencerminkan komitmen UAE untuk membangunkan AI yang terbuka dan bertanggungjawab serta memberikan nilai sebenar di peringkat nasional dan global. Dengan membawa keupayaan penaakulan bertaraf dunia ke dalam model yang padat dan cekap, kami memperluas akses kepada AI termaju dengan cara yang menyokong pertumbuhan ekonomi, kepimpinan penyelidikan, dan daya tahan teknologi jangka panjang.”
Terobosan dalam Penaakulan Masa UjianFalcon H1R 7B dibangunkan berasaskan asas Falcon H1-7B dengan pendekatan latihan khusus serta seni bina hibrid Transformer–Mamba yang meningkatkan ketepatan dan kelajuan secara serentak.
“Falcon H1R 7B menandakan lonjakan besar dalam keupayaan penaakulan sistem AI yang padat,” kata
Dr Najwa Aaraj, Ketua Pegawai Eksekutif TII. “Ia mencapai skor hampir sempurna pada penanda aras elit sambil mengekalkan penggunaan memori dan tenaga yang amat rendah, kriteria kritikal untuk pelaksanaan dunia sebenar dan kemampanan.”
Pendekatan ini membuka apa yang digelar oleh penyelidik sebagai “kecerdasan terpendam” (latent intelligence), membolehkan Falcon H1R 7B membuat penaakulan dengan lebih berkesan dan cekap. Model ini menetapkan
sempadan Pareto baharu, iaitu titik keseimbangan prestasi di mana peningkatan kelajuan tidak mengorbankan kualiti.
Penanda Aras Terbaik dalam KelasnyaDalam penanda aras kompetitif, Falcon H1R 7B mencatatkan pencapaian yang menonjol:
·
Matematik: Mencapai skor 88.1% pada AIME-24, mengatasi
Apriel 1.5 (15B) (86.2%) keluaran ServiceNow AI - membuktikan bahawa model 7B yang padat mampu menyaingi atau mengatasi sistem yang jauh lebih besar.
·
Kod dan Tugas Agentik: Mencapai ketepatan 68.6%, prestasi terbaik dalam kelasnya bagi model di bawah 8B, serta memperoleh skor lebih tinggi dalam penanda aras LCB v6, SciCode Sub dan TB Hard. Falcon H1R mencatatkan 34% berbanding
DeepSeek R1-0528 Qwen 3 8B (26.9%) dari China, malah mengatasi pencabar yang lebih besar seperti
Qwen3-32B (33.4%).
·
Penaakulan Umum: Menunjukkan keupayaan logik dan pematuhan arahan yang kukuh, setara atau hampir menyamai prestasi model yang lebih besar seperti
Phi 4 Reasoning Plus (14B), daripada Microsoft, walaupun hanya menggunakan separuh bilangan parameter.
·
Kecekapan: Mencapai sehingga 1,500 token/saat/GPU pada kelompok 64, hampir menggandakan kelajuan Qwen3-8B dari China, hasil seni bina hibrid Transformer–Mamba - memberikan prestasi yang lebih pantas dan berskala tanpa mengorbankan ketepatan.
“Model ini merupakan hasil penyelidikan dan kejuruteraan bertaraf dunia. Ia menunjukkan bagaimana ketepatan saintifik dan reka bentuk berskala boleh bergerak seiring,” kata
Dr Hakim Hacid, Ketua Penyelidik di Pusat Penyelidikan Kecerdasan Buatan dan Digital TII. “Kami berbangga dapat memperkenalkan model yang membolehkan komuniti membangunkan sistem AI yang lebih pintar, lebih pantas dan lebih mudah diakses.”
Sumber Terbuka dan Dipacu KomunitiSelaras dengan komitmen TII terhadap ketelusan dan kerjasama dalam AI, Falcon H1R 7B dilancarkan sebagai
model sumber terbuka di bawah Lesen Falcon TII. Pembangun, penyelidik dan institusi di seluruh dunia boleh mengakses model ini melalui Hugging Face, bersama laporan teknikal penuh yang memperincikan strategi latihan serta prestasi pada penanda aras penaakulan utama.
Pelancaran terbaharu ini meneruskan kejayaan global program Falcon TII. Sejak diperkenalkan, model Falcon secara konsisten disenaraikan antara sistem AI berprestasi tertinggi di dunia, dengan empat generasi pertamanya mencapai kedudukan nombor satu global dalam kategori masing-masing. Sepanjang iterasi berturut-turut, Falcon telah menetapkan penanda aras baharu dari segi prestasi, kecekapan dan kebolehlaksanaan penggunaan dunia sebenar, membuktikan bahawa model padat dan berdaulat mampu mengatasi sistem yang jauh lebih besar. Pencapaian ini menggariskan kepimpinan Abu Dhabi dan UAE secara keseluruhan yang semakin kukuh dalam bidang AI termaju, serta keupayaan TII untuk menghasilkan penyelidikan yang kompetitif di peringkat global.
*Sumber: AETOSWireGaleri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20260105981339/en Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
ContactsJinan Warrayat
jinan.warrayat@tii.aeSumber: Technology Innovation Institute
--BERNAMA