Datavault AI Inc. Mengumumkan Cadangan Dividen Waran

Released on: Wednesday, 31 Dec 2025 10:24AM

 

PHILADELPHIA, 31 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Datavault AI Inc. (“Datavault AI” atau “Syarikat”) (NASDAQ: DVLT), peneraju dalam teknologi pengewangan data, pengesahan kredensial dan penglibatan digital, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat bercadang untuk mengisytiharkan pengagihan dividen khas dalam bentuk waran kepada pemegang saham biasa Datavault AI serta pemegang sekuriti ekuiti tertentu lain Datavault AI. Syarat-syarat waran yang dijangka dihuraikan di bawah. Tarikh rekod bagi dividen yang dicadangkan ditetapkan pada 7 Januari 2026, manakala tarikh pengagihan berkaitan belum ditentukan. Syarikat menjangkakan bahawa ia akan mengumumkan maklumat tersebut pada atau sebelum 7 Januari 2026.

Datavault AI pada masa ini menjangkakan bahawa syarat-syarat dividen dan waran yang akan diagihkan berkaitan dengannya akan merangkumi perkara berikut:
Syarikat telah mengumumkan bahawa tarikh rekod ditetapkan pada 7 Januari 2026. Tarikh pengedaran berkaitan dividen masih belum ditentukan oleh Lembaga Pengarah Datavault AI (“Lembaga Datavault”). Waran tersebut akan ditadbir melalui perjanjian waran yang dijangka difailkan oleh Syarikat dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) pada atau sebelum tarikh pengagihan.

Ia juga dijangka bahawa, setelah ditentukan oleh Lembaga Datavault, tarikh rekod bagi dividen boleh diubah oleh Lembaga Datavault atas sebarang sebab pada bila-bila masa sebelum tarikh pengedaran. Pengedaran waran akan tertakluk kepada syarat bahawa Lembaga Datavault tidak membatalkan dividen tersebut sebelum tarikh pengedaran, termasuk sekiranya berlaku perubahan material terhadap analisis kemampuan membayar (solvency) atau lebihan (surplus) yang dibentangkan kepada Lembaga Datavault.

Terma dan syarat muktamad bagi dividen serta waran yang akan diagihkan dibawah dividen tersebut akan diumumkan kemudian oleh Syarikat selepas Lembaga Datavault secara rasmi mengisytiharkan dividen yang dicadangkan dan menetapkan tarikh rekod serta tarikh pengedaran.

Tiada Tawaran atau Permintaan Proksi

Siaran akhbar ini tidak seharusnya dianggap sebagai penawaran untuk menjual atau permintaan penawaran untuk membeli dan tiada penjualan sekuriti ini akan berlaku di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan tersebut adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti negeri atau bidang kuasa berkenaan. 

Pengagihan waran yang berkaitan dengan dividen yang dicadangkan tidak pernah dan tidak akan didaftarkan di bawah Akta Sekuriti 1933, sebagaimana dipinda (“Akta Sekuriti”), kerana pengagihan waran tanpa sebarang balasan tidak dianggap sebagai suatu penjualan sekuriti di bawah Seksyen 2(a)(3) Akta Sekuriti. Kenyataan pendaftaran Borang 8-A dan prospektus tambahan yang menerangkan terma waran akan difailkan pada atau sebelum tarikh pengagihan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan akan tersedia di laman web SEC di http://www.sec.gov. Para pemegang hendaklah membaca prospektus tambahan dengan teliti apabila ia tersedia, termasuk bahagian Faktor Risiko yang dimasukkan dan digabungkan melalui rujukan di dalamnya.

Perihal Datavault AI

Datavault AI™ (Nasdaq: DVLT) menerajui pengalaman data dipacu AI, penilaian dan pengewangan dalam persekitaran Web 3.0. Platform berasaskan awan syarikat ini menyediakan penyelesaian menyeluruh melalui kerjasama antara Divisyen Sains Akustik dan Divisyen Sains Data. Divisyen Sains Akustik Datavault AI menampilkan teknologi berpaten WiSA®, ADIO® dan Sumerian® yang menyokong bunyi HD spatial serta tanpa wayar berbilang saluran. Divisyen Sains Data memanfaatkan teknologi Web 3.0 dan pengkomputeran berprestasi tinggi bagi persepsi data berpengalaman, penilaian serta pengewangan selamat merentasi pelbagai industri termasuk sukan & hiburan, bioteknologi, pendidikan, fintech, hartanah, penjagaan kesihatan dan tenaga. Information Data Exchange® (IDE) membolehkan penciptaan Digital Twins dan pelesenan NIL yang selamat, sekali gus memupuk pembangunan AI yang bertanggungjawab serta berintegriti. Rangkaian teknologi boleh suai Datavault AI menawarkan automasi AI/ML, integrasi pihak ketiga, analitik, automasi pemasaran serta pemantauan pengiklanan. Syarikat ini beribu pejabat di Philadelphia, PA. Ketahui lebih lanjut di www.dvlt.ai.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Siaran akhbar ini mengandungi “kenyataan pandang ke hadapan” (dalam erti kata Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, sebagaimana dipinda, serta undang-undang sekuriti lain) mengenai Datavault AI Inc. (“Datavault AI,” “Syarikat,” “kami” atau “kita”) dan industri kami, yang melibatkan risiko dan ketidakpastian. Dalam sesetengah kes, kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mungkin,” “barangkali,” “akan,” “sepatutnya,” “menjangkan,” “merancang,” “menjangkakan,” “boleh,” “berniat,” “sasar,” “mengunjurkan,” “mempertimbangkan,” “percaya,” “menganggarkan,” “meramalkan,” “potensi,” “matlamat,” “objektif,” “mencari,” “kemungkinan” atau “meneruskan,” atau bentuk negatif perkataan-perkataan tersebut, serta istilah dan ungkapan lain yang serupa yang berkaitan dengan jangkaan, strategi, pelan atau niat kami. Ketiadaan perkataan-perkataan ini tidak bermaksud bahawa sesuatu kenyataan bukan kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan pandang ke hadapan ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada kenyataan mengenai peristiwa masa hadapan, sama ada Datavault AI akan meneruskan pengagihan dividen berpotensi dalam bentuk waran serta jangkaan Datavault AI berhubung terma dan/atau masa pelaksanaannya (termasuk kemungkinan Lembaga Datavault mengubah tarikh rekod dan/atau tarikh pengagihan), jangkaan masa bagi pengumuman oleh Datavault AI mengenai tarikh rekod dan tarikh pengagihan, harga pelaksanaan yang dijangka, syarat pelaksanaan dan tarikh luput waran, penerimaan dagangan waran di Nasdaq Stock Market LLC serta kewujudan pasaran dan harga dagangan masa hadapan bagi waran tersebut, adalah semestinya berdasarkan anggaran dan andaian yang walaupun dianggap munasabah oleh Syarikat dan pengurusannya, secara asasnya tidak menentu. Para pembaca diingatkan agar tidak meletakkan kebergantungan yang berlebihan terhadap kenyataan pandang ke hadapan ini serta kenyataan pandang ke hadapan lain yang terkandung di dalamnya.
Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan ini akibat pelbagai risiko dan ketidakpastian termasuk, tetapi tidak terhad kepada, perkara berikut: risiko berkaitan dengan prosiding undang-undang yang mungkin dimulakan terhadap Datavault AI berhubung waran dan pengagihan dividen tersebut kepada pemegang ekuiti Datavault AI yang layak; risiko berkaitan dengan hak Lembaga Datavault untuk mengubah tarikh rekod dan tarikh pengagihan, dan/atau membatalkan dividen tersebut sebelum tarikh pengagihan; perubahan dalam keadaan ekonomi, pasaran atau peraturan; ketidakpastian mengenai metodologi penilaian dan laporan pihak ketiga; risiko berkaitan dengan rangka kerja kawal selia yang sedang berkembang dan terpakai kepada aset teroken serta risiko dan ketidakpastian lain sebagaimana dihuraikan dengan lebih terperinci dalam pemfailan Datavault AI dengan SEC, termasuk Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 dan pemfailan lain yang dibuat dari semasa ke semasa dengan SEC, yang boleh didapati di laman web SEC di www.sec.gov, dan yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada jangkaan.

Kenyataan pandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini hanya berkaitan dengan peristiwa setakat tarikh kenyataan tersebut dibuat. Datavault AI tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang dibuat dalam siaran akhbar ini bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan selepas tarikh siaran akhbar ini, atau bagi mencerminkan maklumat baharu atau berlakunya peristiwa yang tidak dijangka, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang. Datavault AI mungkin tidak akan mencapai sepenuhnya pelan, niat atau jangkaan yang didedahkan dalam kenyataan berpandangan ke hadapannya, dan anda tidak seharusnya meletakkan pergantungan yang berlebihan terhadap kenyataan pandang ke hadapan tersebut. Kenyataan pandang ke hadapan Datavault AI tidak mencerminkan potensi impak sebarang pemerolehan, penggabungan, pelupusan, usaha sama atau pelaburan masa hadapan yang mungkin dilakukannya.

Pertanyaan pelabur:

ir@dvlt.ai

Komunikasi Korporat
IBN
Austin, Texas
www.InvestorBrandNetwork.com
512.354.7000 Pejabat
Editor@InvestorBrandNetwork.com 

SUMBER: Datavault AI Inc.

PENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA
Back to Home