NANO Berjaya Memperoleh Komitmen Modal Sejumlah IDR 200 Bilion daripada LDA Capital untuk Menyokong Transformasi Global

Released on: Tuesday, 30 Dec 2025 9:00AM


JAKARTA, Indonesia, 30 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- PT Nanotech Indonesia Global Tbk (“NANO”), syarikat teknologi tersenarai awam di Bursa Saham Indonesia yang mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan sains dan teknologi berasaskan R&D, termasuk nanoteknologi dan kejuruteraan bahan, bersama dengan pemegang kepentingan terbesar, PT Nanotech Investama Sedaya, pada hari ini mengumumkan komitmen modal strategik sehingga IDR 200 bilion daripada LDA Capital Group, LLC, kumpulan pelaburan alternatif global.

Kemudahan ini distrukturkan untuk menyokong pelaksanaan kontrak bercagar bernilai IDR 4.95 trilion dalam tempoh tiga tahun akan datang, memperkukuh pertumbuhan dipacu pelaksanaan NANO merentasi projek dengan syarikat kebangsaan, multinasional dan tersenarai awam.

Untuk mengukuhkan lagi pengembangan serantau dan antarabangsa, NANO telah melantik Pangiran Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Abas dari Brunei sebagai Penasihat Strategik Antarabangsa, membawa rangkaian luas di seluruh ASEAN dan pandangan yang strategik.

Suryandaru, Presiden Pengarah NANO:

“Pertumbuhan NANO mempunyai asas penting yang kukuh. Bersama kontrak bercagar bernilai IDR 4.59 trilion, trajektori kami didorong oleh pelaksanaan sebenar nanoteknologi gunaan yang menyampaikan nilai perindustrian yang boleh diukur. Keupayaan pelaksanaan ini disokong oleh kepimpinan saintifik yang kuat, diketuai oleh Prof. Dr. Nurul Taufiqu Rochman, M.Eng., Ph.D. , yang mempunyai keupayaan untuk menterjemah penyelidikan lanjutan kepada penyelesaian perindustrian berskala dan mampan yang membentuk tulang belakang daya saing jangka panjang NANO. Kemudahan bernilai IDR 200 bilion daripada LDA Capital mempercepat pelaksanaan sambil memelihara disiplin tadbir urus dan nilai pemegang saham.”

Anthony Romano, Pengasas Bersama dan Rakan Pengurusan LDA Capital:

“Kami melihat penjajaran yang kukuh antara model operasi berasaskan sains NANO dan permintaan yang semakin meningkat untuk teknologi gunaan dengan impak perindustrian yang sebenar. NANO telah membina portfolio kontrak bercagar yang bermakna dan disokong oleh kepimpinan saintifik yang boleh dipercayai, serta kami amat berbesar hati dapat menyokong Syarikat tersebut semasa sedang mara ke fasa pelaksanaan dan menyampaikan penyelesaian teknologi yang praktikal di seluruh Indonesia dan rantau ini.”

Maklumat Tentang NANO

NANO ialah syarikat teknologi Indonesia yang mempunyai kepakaran dalam perkhidmatan sains dan teknologi berasaskan penyelidikan dan pembangunan, dengan keupayaan teras dalam nanoteknologi dan kejuruteraan bahan. Syarikat berkenaan menyediakan penyelesaian gunaan merentasi pelbagai sektor perindustrian dan terbuka kepada pelabur dari seluruh dunia untuk menyertai perjalanan pertumbuhan dan inovasi jangka panjang syarikat.

Maklumat Tentang LDA Capital

LDA Capital ialah kumpulan pelaburan alternatif global dengan kepakaran dalam urus niaga rentas sempadan di seluruh dunia. Pasukan ini secara kolektif telah melaksanakan lebih 350 urus niaga dalam pasaran pertengahan awam dan swasta di 45 negara dengan nilai urus niaga agregat melebihi USD 11 bilion.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

E-mel:invest@nano.or.id
Fathoni
Telefon: +62 812-8424-8736

Sumber: PT Nanotech Indonesia Global Tbk

--BERNAMA
Back to Home