​LANJUTAN WAKTU OPERASI KAUNTER PPZ-MAIWP BERMULA 22 HINGGA 31 DISEMBER 2025

Released on: Tuesday, 23 Dec 2025 4:14PM


Table
Waktu Operasi Kaunter PPZ-MAIWP dilanjutkan sehingga 9.00 malam bermula 22 hingga 31 Disember 2025.

 
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Waktu operasi 10 kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan dilanjutkan bagi memberi ruang kepada pembayar menunaikan kewajipan berzakat sebelum berakhir tahun 2025.
 
Bermula 22 hingga 31 Disember 2025, semua kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi bermula 8.00 pagi sehingga 9.00 malam kecuali di UTC Pudu Sentral sehingga 8.00 malam.
 
Pembayar yang mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP akan mendapat cenderahati istimewa seperti shopping bag eksklusif dan kelendar 2026. Bagi memeriahkan suasana hujung tahun, pembayar zakat yang hadir berurusan di kaunter-kaunter PPZ-MAIWP akan disambut dengan jamuan ringan, serta booth asnaf dan rakan strategik yang disediakan khas untuk pengunjung.
 
Selain itu, pembayar juga boleh membuat bayaran zakat secara online melalui portal PPZ-MAIWP di www.zakat.com.my, Aplikasi MyZakat serta melalui ejen-ejen bayaran yang dilantik seperti perbankan internet dan juga e-Wallet.
 
Bagi pembayar yang tidak berkesempatan untuk mengunjungi kaunter PPZ-MAIWP dan mahukan perkhidmatan secara personal boleh mendapatkan perkhidmatan Amil2U di mana pegawai PPZ-MAIWP akan hadir ke lokasi pembayar untuk urusan pembayaran zakat. Tempahan perkhidmatan boleh dibuat di mytemujanji.zakat.com.my.
 
PPZ-MAIWP turut menawarkan perkhidmatan Zakat 1 Call Away membolehkan pembayar menunaikan zakat dengan mudah hanya melalui talian zakat kami di 1 300 88 5757.
 
PPZ-MAIWP menyeru orang ramai agar segerakan bayaran zakat di PPZ-MAIWP pada atau selewat-lewatnya 31 Disember 2025 bagi mendapatkan 100% rebat cukai pendapatan tahun taksiran 2025.
 
Sempena Kempen Year End Zakat 2025, pembayar juga berpeluang untuk memenangi pakej umrah dan lebih 1,500 hadiah menarik yang akan diumumkan pada Februari 2026.

SUMBER: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: FATIN AQILAH ZULKEFLI
Eksekutif Kanan Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Tel: 017 393 5432 
E-mel: aqilah@zakat.com.my 

--BERNAMA

 
Back to Home