Textron Aviation Defense Raih Kontrak Pertama untuk Membekalkan Sistem Latihan Bersepadu Beechcraft T-6 Texan II kepada Jepun

Released on: Tuesday, 23 Dec 2025 2:14PM

Table
Textron Aviation Defense Raih Kontrak Pertama untuk Membekalkan Sistem Latihan Bersepadu Beechcraft T-6 Texan II kepada Jepun  

WICHITA, Kan., 23 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Textron Aviation Defense LLC, syarikat di bawah Textron Inc. (NYSE:TXT), hari ini mengumumkan pemuktamadan kontrak pertamanya untuk membekalkan sistem latihan bersepadu Beechcraft T-6JP Texan II kepada Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun (JASDF), dengan kerjasama Kanematsu Corporation. Kontrak awal ini merangkumi dua pesawat Beechcraft T-6JP Texan II serta bahan latihan untuk juruterbang pengajar dan penyelenggara pesawat. Penghantaran dua pesawat pertama dijadualkan pada 2029, dengan kontrak tambahan dijangka menyusul.

Beechcraft T-6 Texan II direka bentuk dan dikilangkan oleh Textron Aviation Defense LLC, anak syarikat milik penuh Textron Aviation Inc.

“Kontrak ini menandakan langkah penting dalam memperkukuh keupayaan latihan juruterbang generasi baharu Jepun,” kata Travis Tyler, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Textron Aviation Defense. “Kami berbesar hati menyokong Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun dengan sistem latihan yang terbukti, boleh beroperasi bersama, dipercayai oleh tentera udara di seluruh dunia dan disesuaikan untuk memenuhi keperluan misi Jepun untuk jangka masa panjang.”

Dengan lebih 1,000 pesawat beroperasi dan melebihi 5 juta jam penerbangan direkodkan, T-6 Texan II merupakan sistem latihan bersepadu yang paling meluas digunakan di dunia. Kini termasuk Jepun, platform ini menyokong latihan juruterbang di 15 negara, juruterbang dari 40 negara di dua sekolah penerbangan NATO serta beberapa cabang ketenteraan Amerika Syarikat.

Pemilihan platform Beechcraft T-6 Texan II oleh Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun mencerminkan keyakinan terhadap sistem latihan ketenteraan yang ditawarkan oleh Textron Aviation Defense.

Maklumat tentanfg Beechcraft T-6 Texan II

Beechcraft T-6 Texan II ialah pesawat latihan penerbangan ketenteraan terunggul di dunia. Disokong oleh lebih 95 tahun pengalaman dengan penghantaran melebihi 255,000 pesawat ke seluruh dunia, kos pemerolehan, operasi dan sokongan yang rendah bagi Texan II membolehkan tentera udara global mempercepatkan pengeluaran juruterbang. Dengan pangkalan pengguna terpasang yang melebihi empat kali ganda pesaing terdekatnya, keluarga pesawat Beechcraft T-6 Texan II telah menjadi sistem latihan bersepadu (ITS) nombor satu dunia selama lebih 20 tahun. Texan II memanfaatkan barisan pengeluaran yang aktif dengan penarafan Tahap Kesediaan Pembuatan (Manufacturing Readiness Level, MRL) terkemuka industri pada tahap 10, serta rantaian bekalan yang terbukti.

Maklumat tentang Textron Aviation Defense LLC

Dengan legasi ribuan Sistem Latihan Bersepadu Beechcraft dan Cessna yang terbukti, dihasilkan dan diubah suai untuk misi di kawasan tengah Amerika sejak Perang Dunia Kedua, pelanggan ketenteraan memilih Textron Aviation Defense apabila memerlukan penyelesaian udara bagi misi kritikal mereka. Sebagai penyedia pesawat latihan penerbangan ketenteraan terunggul dunia, Textron Aviation Defense melengkapkan angkatan tentera di seluruh dunia serta menerajui industri dari segi kos pemerolehan, sokongan berterusan dan latihan yang rendah. Armada Beechcraft T-6 Texan II yang melebihi 1,000 pesawat telah merekodkan lebih 5 juta jam penerbangan merentasi dua sekolah penerbangan ketenteraan NATO dan 15 negara sejak 2001. Textron Aviation Defense ialah anak syarikat Textron Aviation Inc. Untuk maklumat lanjut, layari www.defense.txtav.com

Maklumat tentang Textron

Textron Inc. ialah sebuah syarikat pelbagai industri yang memanfaatkan rangkaian global perniagaan dalam bidang penerbangan, pertahanan, perindustrian dan kewangan bagi menyediakan penyelesaian serta perkhidmatan inovatif kepada pelanggan. Textron dikenali di seluruh dunia menerusi jenama-jenama berprestij seperti Bell, Cessna, Beechcraft, Pipistrel, Jacobsen, Kautex, Lycoming, E-Z-GO dan Textron Systems. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.textron.com.

Kenyataan tertentu dalam siaran media ini mungkin melibatkan unjuran hasil atau menerangkan strategi, matlamat, prospek atau perkara lain yang bukan bersifat sejarah; kenyataan berpandangan ke hadapan ini hanya sah setakat tarikh ia dibuat, dan kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kininya. Kenyataan tersebut tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian serta faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada yang dinyatakan atau tersirat, termasuk tetapi tidak terhad kepada keberkesanan pelaburan penyelidikan dan pembangunan dalam menghasilkan produk baharu, perbelanjaan atau kelewatan yang tidak dijangka berkaitan pelancaran produk atau program baharu yang signifikan, serta risiko berkaitan kontrak Kerajaan Amerika Syarikat seperti yang dihuraikan dalam pemfailan kami kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC).

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20251221925354/en

Contacts

Hubungan Media:
 Doug Scott
 +1.316.347.0116
 dscott2@txtav.com
 txtav.com
 
Sumber: Textron Inc.

--BERNAMA 
Back to Home