EIG Memperoleh 49.87% Pegangan dalam Transportadora de Gas del PerĂº (TgP)

Released on: Monday, 22 Dec 2025 10:15AM


WASHINGTON, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- EIG, melalui entiti pelaburan yang diuruskannya, hari ini memperoleh pegangan ekuiti sebanyak 49.87% dalam Transportadora de Gas del Perú S.A. (“TgP”) daripada Canada Pension Plan Investment Board.

TgP mengendalikan saluran paip utama gas asli dan cecair gas asli Peru di bawah konsesi jangka panjang, membekalkan kira-kira 40% penjanaan tenaga elektrik negara itu.

“Kami berbesar hati untuk menyelesaikan transaksi ini dan memulakan fasa seterusnya dalam kerjasama kami dengan TgP,” kata Matt Hartman, Ketua Infrastruktur Global EIG. “Keutamaan kami adalah untuk menyokong kecemerlangan operasi dan kestabilan jangka panjang TgP, disamping memberikan nilai kepada pelanggan serta pihak berkepentingan di seluruh Peru.”

Maklumat Tentang EIG

EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, dengan aset di bawah pengurusan berjumlah AS$24.3 bilion setakat 30 September 2025. EIG mengkhusus dalam pelaburan persendirian dalam sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga di peringkat global. Sepanjang sejarahnya selama 43 tahun, EIG telah melaburkan lebih AS$51.7 bilion dalam sektor tenaga melalui 421 projek atau syarikat di 44 negara merentasi enam benua. Klien EIG merangkumi banyak pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, dana endowmen, yayasan dan dana kekayaan berdaulat di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington, D.C., dengan pejabat di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang EIG di www.eigpartners.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan Media:
FGS Global
Kelly Kimberly / Brandon Messina
+1 212-687-8080
EIG@fgsglobal.com
 
Sumber: EIG

--BERNAMA
Back to Home